Ahad, 12 Mei 2013

Sistem politik Islam

Assalamualaykum warahmatullah..

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Al-Maidah: 49

Politik.
Ia tidak boleh lari dari pemimpin dan rakyat atau orang yang diperintah.

Antara asas politik (pemerintahan Islam) adalah:
  1. pemimpin yang bertanggungjawab
  2. perpaduan ummat
  3. Penghargaan terhadap aspirasi ummat
Pemimpin yang bertanggungjawab itu..
mampu mendengar rintihan dan aduan rakyat! >> boleh la melahirkan kesatuan ummat.
dan mereka juga mampu menghormati aspirasi rakyat..

Isu: Di zaman sekarang.. siapakah pemimpin islam yang paling mendekati ciri kepimpinan islam ?

Contoh pada zaman dahulu..

Sulayman bin Abdul Malik.
apa kata dia?
"Aku risau pada hak rakyat yang tidak ditulis dan tidak diminta sedangkan aku sepatutnya memenuhi hak tersebut"

Abu Bakar r.a..
Tidak memutuskan sesuatu bagi rakyatnya hinggalah dia bermesyuarat dengan mereka..

.......
Sistem parlimen, parti mewakili rakyat.. tidaklah salah.. cuma isi kandungan dan capaiannya.. detailkah? dalamkah? menyeluruhkah?
.....

Dalam menyelami dan menghayati sistem politik... pemerintahan Islam.. Antara isu besar adalah penyebaran berita dan cerita.

Terutamanya tentang pemimpin.. Iaitu pemimpin yang bertanggungjawab.. Bagaimanakah sikap kita bila mendengar berita dan cerita.. Khabar angin; bagaimanakah tanggungjawab rakyat, rakan sejawat dalam politik, rakan sefahaman politik, rakan tidak sefahaman politik..

.....

Isu seterusnya:
Politik dan pemerintahan islam..

Sepatutnya menyatukan ummat. Bahkan ia sepatutnya menjadi penyatu ummat.
Tapi realitinya politik sekarang menyebabkan:

  1. kita rasa sangat tidak best untuk berjuang dan menyatakan pendapat
  2. ummat bergaduh dan bersangka buruk..

>> mungkin kerana ummat sangat tidak tahu atau salah faham apa itu sebenarnya politik.. maka eloklah jika kita memberikan kefahaman yang betul tentang politik


وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّـهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Al-Maidah: 48

Realiti politik di negara ku tercinta.. Bukanlah realiti politik dan pemerintahan Islam... Ia diwarisi dari penjajah yang membenci Islam..

Bangkitlah.. Berubahlah.. bukan untuk melawan dan bergaduh..

Tapi untuk mengetahui dan memahami apa itu sebenarnya pemerintahan Islam yang sebenar..

2 ulasan:

dhuha sakeenah berkata...

Khadijah, enti apa khabar? ana try contact tak dapat.. If you read this message, pls reply by any means ye.

mutiara bd berkata...

Mar.. Ana nk fon nt. Tunggu ya.. Fon ana ilang sume nombr lebih kuranh sebulan lps

Entri terkenal