Isnin, 6 September 2010

Apa sebenarnya yang kita cari didunia ini

Siapa tidak pernah dengar cerita syurga dan neraka? Siapa tidak tahu betapa nikmatnya syurga dan betapa azabnya neraka.

Tapi berapa ramai manusia yang bertindak sebagaimana yang dia tahu? Jika sudah tahu betapa azabnya neraka, kenapa masih menurut kehendak hawa nafsu?

Jika sudah tahu betapa nikmatnya syurga, kenapa masih liat melakukan amal yang mendatangkan pahala?

Jika sudah tahu hidup didunia ini hanya sementara, kenapa terlalu keterlaluan memastikan kemuliaan, kesenangan hidup di dunia?

Jika sudah tahu akhirat tempat tinggal sebenar, kenapa begitu sedikit bekal yang dibungkus??

Jadi? Apakah sebenarnya yang kita cari didunia ini? Bukan kegembiraan dunia, bukan keselesaan hidup didunia.. Kita sedang menyediakan bekal untuk hidup akhirat. Ya.. ITUlah kehidupan kita.

Bagaimana caranya apabila kita tahu yang kita hanya singgah disuatu tempat sebelum sampai destinasi. Adakah kita bersungguh-sungguh membina rumah dan menghiasnya? Pastilah tidak. Cukuplah sekadar ‘boleh duduk’. Jadi apa yang kita buat??

Sudah tentu kita akan bekerja bersungguh-sungguh dan menyimpan wang sehingga kita mampu meneruskan perjalanan.. Untuk pulang dan menetap di destinasi pilihan. Itulah perumpamaan hidup didunia ini. Dunia hanyalah persinggahan.

Rugikah kita tidak dapat merasai nikmat dunia??? Sesungguhnya, kita lebih rugi jika kita tidak berusaha untuk memastikan kita mendapat nikmat akhirat yang kekal. Nikmat dunia tidak kekal.. Cemburukah kita melihat manusia lain memperoleh nikmat dunia? Nikmat dunia hanya ujian buat para mukmin. Ia hanyalah alat untuk menguji tahap keimanan kita..

Akhira kata, dapat tak jawapan untuk soalan “Apa yang kita cari didunia ini?”

Tiada ulasan:

Entri terkenal