Assalamualaikum,
Hari ini sukacita penulis mahu
membuat pengumuman. Tulisan hari ini adalah tulisan mengikut perasaan.
Perasaan yang masih dikawal dengan akal dan ilmu. Insya Allah.
[harap-haraplah].
Tulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
Kerana ia adalah:
untuk orang yang mahu memahami Islam,
untuk orang yang mahu membaiki diri,
untuk orang yang masih merasakan kebimbangan kerana tiada rasa cinta pada Allah,
untuk orang yang masih mencari cahaya dan sinar hidayahNya,
dan untuk orang yang sanggup merendahkan ego kesombongannya.
Kawan-kawan,
Di bulan Ramadhan yang indah ini..
Rajin sekali kita membaca Al-Quran.
Tapi berapa ayat sahaja yang kita faham?
Faham itu cukupkah dengan mengetahui maksud setiap baris ayat..
Adakah dengan gelaran hafiz hafizah itu sudah cukup menjaga iman kita?..
Atau kita menjadi lebih riya', ujub dan takabbur?..
Ataukah cukup dengan bangganya kita kerana berjaya menghafal surah-surah tertentu dalam Al-Quran?
Adakah
dengan lancarnya bacaan Quran itu, kita sudah menjalankan tanggungjawab
sebagai daei? Apakah cukup dengan lekatnya hafalan kita itu [walaupun
sedikit] menunjukkan mulianya kita disisi Allah?
Astaghfirullah.
Aku
tidak berniat membasuh sesiapa. Ku tulis tulisan ini untuk membawa diri
dan manusia kepada Allah. Manusia sombong dan takabbur tidak akan dapat
menerima hakikat mereka perlukan manusia lain untuk diingatkan.
Wahai manusia, dan aku juga manusia.
Adakah dengan asal kamu dari universiti dan sekolah agama itu menunjukkan kamu lebih baik dari orang lain?
"oh, sejahat-jahat manusia di universiti A adalah sebaik-baik manusia di universiti lain.."
Baik sangat kah kita dengan sehingga sanggup melabel orang lain sewenang-wenangnya?..
Seterusnya,
Adakah kamu fikir dengan hidup kamu yang dirasakan bahagia dan selesa itu menunjukkan Allah memuliakan kamu?
atau
dengan kesusahan dan penghinaan itu menunjukkan Allah menghinakan kamu?..
Kawan-kawanku,
Jauhnya Allah dari hidup kita.
Mengapa?
Kerana, kita sangat lemah dan berat untuk memaafkan kesalahan orang yang kita anggap besar.
Kerana kita sentiasa cintakan perhatian dan penghormatan manusia.
Kerana kita begitu sedih dengan kebencian manusia jahil terhadap kita.
Kerana kita begitu susah hati dengan kekurangan kita..
Ya.. sungguh..
Allah sebenarnya dekat.
Tapi kita yang menjauhkan diri dari Allah.
Setiap hari kita sibuk dengan urusan-urusan yang tidak menambahkan iman.
Setiap hari kita sibuk dengan urusan mencari rezeki untuk mengenyangkan perut..
Setiap hari kita sibuk dengan urusan untuk mendamaikan hati yang terlalu cinta pada dunia..
Solat?
Entah bila solat itu benar-benar berfungsi.
Kata Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar".
Tapi setiap hari berapa banyak perkara keji dan mungkar yang kita buat?
Mataku, melihat sejauh-jauhnya..
Mulutku, berkata sewenang-wenangnya.
Tanganku, memegang dan mengambil segalanya,
Kakiku, berjalan sesuka hati kemana sahaja,
Perutku, isi dengan segala nya hingga boyot.
Fikiranku, setiap hari hanya memikirkan bagaimana mahu menjadi manusia dihormati dan disegani manusia..
Astaghfirullah..
Cuainya aku akan tujuan hidupku.
Betapa SUSAH dan BERATNYA untuk aku menjadi manusia taat padaMu.
Sedangkan aku bukan tidak tahu Engkau Yang Menciptaku..
Bukan aku tidak tahu balasan orang berdosa adalah Neraka dan kemurkaanMu..
Ya Allah,
degilnya diri aku,
Sombongnya hatiku,
betapa sukarnya aku menerima petunjukMu..
Betapa aku memandang rendah setiap perintah dan laranganMu..
Kawan-kawan..
Sudah panjang penulis meluahkan perasaan..
Marilah kita usahakan Ramadhan kali ini benar-benar menjadikan kita manusia berubah.
Berubah menjadi lebih taat dan lebih rindu padaNya.
Lebih tawadhu dan merendah diri kepadaNya.
Bukan lebih merendah diri pada manusia kerana kehebatan mereka.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Tak nak cakap. Nanti kalau tak buat berdosa. Tapi kalau kita tahu, kita wajib sampaikan. Tak nak dengar. Nanti dah tahu kena buat.. Boleh...
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Kita buat sesuatu dan kita rasa ok. Selepas mengetahui sesuatu mengenai perbuatan kita, barulah kita rasa.. "Ya Allah kenapalah aku bua...
-
Lagi cerita mengenai rokok dan tembakau. Dulu-dulu masa kecik, penulis pernah dengar cerita mak. Dulu suka suruh mak bercerita. Sebab penuli...
-
Setiap hari mengadap Al-Quran, tapi entah bila yang terasa itu peringatan dan surat cinta dari Allah. Allah itu bukan manusia biasa. Allah...
-
Sememangnya fitrah semula jadi kita, berusaha menyelamatkan diri dari sebarang musibah dan kemudharatan. (Jika kita merasakan sesuatu yang b...
-
Hmm lupa pulak nak royak (beritahu), ananiah, ujub, takabbur dan riya itu boleh di ubati. Setiap penyakit yang di cipta Allah kan ada ubat n...
-
Pernah dengar tak fasal cara-cara ulama terdahulu mengumpulkan hadis Rasulullah? Nak tahu tak macam mana? Nanti penulis cerita satu contoh.....
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Apakah kaitan antara dua gambar di atas?.. Dua-dua ciptaan Allah. Apakah perbezaan gambar di atas? Yang atas skali itu bakal menjadi Hamba A...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan