Isnin, 31 Disember 2012

Bila nak lari tak cukup tanah!

Selamat petang dan selamat memperbaharui iman. Insya ALLAH.

"Wahai Allah aku berlindung dari perasaan sedih dan kecewa. Aku berlindung denganMu dari lemah dan malas. Aku berlindung denganMu dari kedekut dan bakhil dan aku berlindung denganMu dari hutang dan penindasan orang"

Ini terjemahan doa harian.
Doa yang Rasulullah s.a.w. baca setiap hari...

Salah satu dari doa yang dibaca Rasulullah s.a.w. setiap hari.

Rasulullah s.a.w. yang telah dijamin syurga dan maksum itu tetap berdoa pada Allah setiap hari dengan pelbagai doa dan salah satu doanya adalah doa di atas.

Masa Allah beri 24 jam.
Tapi kerja lebih dari 24jam per kilometer!

Kadang-kadang memang rasa tak cukup tanah dan tenaga mahu 'berlari' mengejar pahala, tanggungjawab dan keredhaan Allah.

Bagaimana mahu kurangkan alasan dan mencari jalan?

Masa untuk memuaskan hawa nafsu sentiasa ada.
masa untuk menurut kehendak diri sentiasa ada.
Tapi kenapa masa untuk Allah sentiasa tidak ada?

Kenapa-kenapa-kenapa?

Masa untuk tidur tetap ada walaupun sedikit.
Mengapa masa untuk memahami ajaran Islam takde?
Mengapa?

oh kawan-kawan yang dirahmati Allah..
Kenapa susah sangat kita nak luang masa ambil tahu keadaan ummat Islam sekeliling kita?
Kenapa susah sangat kita nak bergerak dan berusaha memahami apa itu ajaran islam yang sebenar?

oh dan yang lebih penting, kita tahu kita bukanlah seorang Islam yang baik kefahamannya, tapi masih senang hati dan duduk tenang tidak mencari..

Bagaimana mahu menjadi seorang Muslim yang lebih baik disisi Allah.

Ok sekian.
Dunia ni memang sempit.
Balik-balik kita jugaklah yang ada..

Kalau bukan jiran sebelah 20 tahun dulu.
Boleh jadi kawan sekelas 25 tahun dulu.

Kalau bukan kawan kenal kat luar negara..
Mesti kawan yang kita jumpa kat kampung dulu-dulu..

mana kita mahu 'lari' ??

kita tidak akan boleh lari dari Allah.
Suatu hari nanti kita akan bertemu-Nya.
Mengadap-Nya..
Samada kita mahu keadaan kita begitu cantik indah dan wangi
atau dalam keadaan busuk dan begitu hodoh dihadapan-Nya.

Ya Allah,
berilah kami kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan rahmat-Mu.
Kami tidak meminta untuk Engkau menghilangkan cubaan yang telah Engkau tetapkan untuk kami. Tapi kami meminta agar Engkau kuatkan hati dan anggota kami untuk terus dan tetap sabar menempuhnya hingga kami kembali pada  Engkau dalam keadaan yang paling Engkau sukai.

Ameen~


Rabu, 26 Disember 2012

sandarkn harapan hanya pd Allah

bila Allah bukan yg pertama
hati akan sentiasa kecewa.
kalau xpercaya bolhlah cuba.

bila berusaha menjadikn Allah yg pertama.
pastilah byk rintangan ujian mlanda.
Agar ia benar2 ternyata pd pndgn-Nya.

biarlah tidak menjadi sesiapa di dunia.
itu lebih baik buat hati yg penuh dosa..
agar tidak mengundang celaka di akhirat sana.

ujian demi ujian mlanda..
bukan alasan menjadi lemah dan alpa.
biar pun tiada sesiapa..
Allah tetap melihat segalanya.




Selasa, 25 Disember 2012

Hati kita....

Dari Abu Abdullah al-Nu'man bin Bashir:

وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلُحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ....

.... Dan sesungguhnya dalam badan manusia ada seketul daging jika baik keadaannya, maka baiklah jasad keseluruhannya. Apabila rosak ia, rosaklah jasad keseluruhannya ketahuilah ia adalah HATI.

HR Bukhari dan Muslim.

Hadith ni panjang. Bercakap tentang halal haram dan kawasan larangan Allah pada bahagian atasnya dan akhirnya berbincang tentang hati.

ya, hati itu tiada siapa tahu. Hanya Allah yang tahu isi hati kita..

Setiap keadaan itu ada tanda.
Setiap benda ada cirinya.
Begitu juga hati..
Hati yang sihat dapat dilihat pada 'minda' dan 'perasaan' yang sihat.
hati yang sakit dapat dilihat pada 'minda' dan 'perasaan' yang sakit..

Adalah kurang betul jika kita menterjemahkan
"orang itu selalu sakit, maka hatinya tidak sihat"
>> ini namanya terjemah bulat-bulat, seolah-olah belajar satu hadith ni je dalam Islam.

(hati yang sihat atau sakit memang ada tandanya.. tapi bukanlah seperti penyataan yang di bold itu)

Dalam memahami sesebuah hadith, kita perlukan banyak 'alat' untuk membedah dan mengorek isi kandungannya.

'alat' yang dimaksudkan termasuklah; ulum hadith, bahasa Arab, mustolah hadith.

Ok, berbalik kepada isi kandungan hadith ini:

hadith ini menunjukkan kepentingan menjaga HATI.
Jika sakit, ia akan 'menyakitkan' seluruh badan.
Dan lebih parah lagi, bila hati itu sakit.. dia akan menyakitkan hati sekelilingnya..

kecuali HATI sekeliling itu -kuat- dan hati yang sakit itu cukup kuat untuk tidak menyebarkan -kesakitannya- pada orang sekeliling..

Bagaimana mahu kuatkan hati?
Ia bukan dengan jadi KERAS HATI, tiada perasaan pada orang, tiada belas pada orang, tidak bertimbang rasa perasaan orang..

Tapi dengan cara:
banyak mengingati Allah.
Sentiasa bertaubat dan memohon ampunan dari Allah..

Hati akan jadi kuat dengan mengingati Allah!

Macam mana cara mengingati Allah tu kawan-kawan?

Solat.
Bukan solat wajib je.
Solat sunat, solat malam.

Bertaubat.
Bukan taubat yang sebut istighfar sekali sekala atau dua tiga kali lepas solat tu.
Tapi benar-benar melakukan taubat. Taubat Nasuha!

Sebutlah Allah di mana sahaja walau apa pun keadaan.
dalam hati dan dalam kepala..
ZIKIRlah sebanyaknya.

bila hati sibuk mengingati Allah maka
tiada masa untuk memikirkan sikap orang yang menyakitkan hati,
kerja yang tidak pernah siap,
hiburan yang melalaikan...

Hati yang kuat tidak akan berjangkit penyakit hati yang sedang menular.
Hati yang kuat akan berusaha dan mampu membersihkan dirinya dan mampu mengajak hati lain untuk bersama-sama membersihkan diri..

Menyorokkan penyakit hati untuk kelihatan bersih juga sebahagian dari penyakit hati..

Ayuh kita sembuhkan peyakit hati kita kerana ALLAH!
bukan kerana mahu disanjung manusia, bukan mahu disukai manusia..

kerana mahu disanjung dan disukai manusia juga salah satu dari penyakit hati!


Khamis, 20 Disember 2012

Apakah kerangka fikiran kita berdasarkan Q?

"Apabila terjadinya hari kiamat.
Terjadinya tidak akan dapat disangkal.
Kejadian itu akan meninggikan satu golongan dan akan merendahkan satu golongan."

Itu bukan kata-kata saya. Itu kata Allah!
Dalam surah Al-Waqi'ah; 1-3..

Hari akhirat sangat ditunggu oleh orang yang rasa dizalimi.
Hari akhirat sangat di percayai oleh orang yang rasa  begitu 'tersekat' untuk membalas 'kezaliman' dan 'ketidakadilan' yang berlaku pada dirinya.

Tapi hari akhirat tidak pernah diharapkan oleh orang yang kaya raya.
Ia juga tidak pernah diingati oleh orang yang 'berkuasa' membalas 'kezaliman' keatas dirinya..

HAKIKATNYA

Hari akhirat ini bukan untuk orang yang dizalimi sahaja.
Hari akhirat ini juga untuk orang yang menzalimi, orang yang mencegah kezaliman dan orang yang berkecuali.. untuk DUA makhluq Allah yang akan dihisab! iaitu untuk manusia dan jin.

.................

Menjalani urusan hidup seharian tidaklah dianggap suatu perkara biasa dan rutin.
kerana setiap hari perlukan perubahan!

Kerana orang yang beruntung adalah orang yang berubah lebih baik dari semalam. iya kan?!

Jika hanya menjalani 'rutin'.. maka RUGI lah kita. Kerugian besar!

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal baik dan mereka yang berpesan-pesan kearah kebaikan dengan kesabaran"

Biasa sahaja membaca ayat ini setiap kali majlis ditutup.
tapi fahamkah kita akan ikrar yang ada dalam ayat ini?? faham kah kita siapakah orang yang bernasib baik dan tidak rugi?

Kerangka fikiran kita masih mengatakan orang yang rugi adalah:

  1. orang yang tidak punya kekayaan.
  2. orang yang tidak punya sanjungan
  3. orang yang tidak punya suami dan tidak punya keluarga
  4. orang yang tidak punya ibubapa.
  5. orang tidak punya 'sahabat'
ya! inilah kerangka fikiran yang berlegar dalam masyarakat kita.

kerangka fikiran yang merasakan >> Jika tidak melakukan nasihat menasihati kepada kebaikan dan kesabaran bukanlah satu kerugian!

Bahkan ayat Allah dalam surah al-Asr yang kita baca setiap kali tutup majlis sudah menerangkan kerugian sebenar.

Sesungguhnya urusan harian itu bukanlah rutin.
ia adalah ibadah jika kita berniat untuk-Nya.
dan ia adalah usaha kita untuk mendekatkan diri pada-Nya.

Aduh..
peringatan ini sangatlah berguna untuk saya dan semoga untuk anda yang membaca juga.

betulkan niat dalam melakukan urusan seharian.

kerja 
>> bukan untuk CARI MAKAN! kerana rezeki sudah Allah tentukan. ia hanyalah wasilah untuk kita membuktikan pada Allah bahawa dalam hal-hal dunia, Allah akan berikan bila kita berusaha.. tapi jika Dia tidak mahu memberi, maka itu adalah kehendak-Nya. 

[ok, pastikan kita bukanlah orang yang kerja nak cari duit/makan tapi orang yang menganggap kerja itu jalan ibadah]

buat baik pada orang 
>> bukan untuk cari kawan! tapi untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia sama-sama beribadah pada Allah.

........

Ya Allah!
berilah kami kekuatan untuk beramal dijalan-Mu.
Tetap teguh sehingga bertemu-Mu.

Dan janganlah Engkau biarkan kami menjadi fitnah keatas agama-Mu.
Kepada Engkaulah kami kembalikan sebarang urusan.

Hanya Engkau kami sembah dan hanya pada Engkau kami pohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Sekian terima kasih





Selasa, 18 Disember 2012

kebenaran tidak akan datang bergolek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

berfikir adalah satu dari permulaan untuk sedar dan melangkah.
tapi berfikir sahaja tidak cukup.

Ia perlu disertai perbincangan dan tindakan.

Musyawarah atau perbincangan itu hendaklah dilakukan dengan orang yang betul.

Ya. orang yang betul...

>> iaitu orang yang memahami keadaan kita dan keadaan tajuk/perkara yang akan di lakukan.

jika mahu mengenal Allah, carilah orang sama-sama berusaha mengenal Allah.

Jika mahu menjadi orang yang tahu membezakan salah atau betul carilah orang yang berusaha dan meneliti yang benar dan yang salah.

takmungkin kita akan bertemu kebenaran dan keindahan Islam jika kita bertemu dengan orang yang salah!

Macam mana nak tahu orang yang betul.
Kita ada akal fikiran.
Dan sesungguhnya kebenaran dan BETUL itu tidak pernah bertentangan dengan akal fikiran manusia yang waras..

termasuklah agama.
Agama yang benar dari semua sudut tidak akan bertentangan dengan akal fikiran yang masih waras dan tidak tercemar.

Sekian terima kasih.

Ahad, 16 Disember 2012

dengan nama Mu aku hidup..

alangkah mudahnya apabila hidup itu sentiasa di iringi dengan ingatan pada Allah.
Baru semalam mendapat ilmu tentang nasihat dan akhlaq mulia.. hari ini terus Allah sediakan ruang dan medan untuk berlatih mengamalkan ilmu yang dipelajari.. Allahu akbar

Terima kasih pada Allah!

........

bagaimana pula bila terlalai sekejap? oh itulah kenangan pahit dalam hidup.

........

Baru semalam kita berkata usah buat begitu dan pada hari ini kita sudah kalah dengan melakukan yang kita pesan untuk 'usah'kan itu.

kadang-kadang suka bila dapat mendengar peringatan yang jelas dan terang walaupun menyakitkan.. Itu lebih berharga untuk iman dari seorang kawan yang hanya mengangguk dan 'iya' sahaja segala perbuatan kita.

Lebih teruk lagi bila berkawan dengan orang yang 'putus asa' pada Allah!
bukankah Allah itu Tuhan kita?

Mengapa kita begitu salah yakin dalam kepercayaan 'Allah mesti kabulkan doa'..

Seolah-olahnya; Allah hanya akan memberi pada kita bila kita meminta.. Alangkah lemahnya Allah, hanya memberi pada mereka yang meminta dan 'terpaksa' memberi pada mereka yang bersungguh-sungguh meminta [memaksa]!

oh begitu pening memikirkan seorang mad'u yang merasakan dia sudah tidak perlukan Allah dalam kehidupan kerana dakwa nya Allah tidak mengabulkan doanya walaupun dia sudha berusaha!

...

Amal sendiri dan amal orang lain.. dua-dua pun kena ambil berat. bukan salah satu yeah!

Isnin, 10 Disember 2012

duduk dihutan lagi senang

وَآتَيْنَاهُم بَيِّنَاتٍ مِّنَ الْأَمْرِ ۖ فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا 
بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu..

Firman Allah dalam surah Al-Jasiyah ayat 17..

................

Ayat di atas adalah salah satu dari beratus kata-kata Pencipta kita.. Yang SANGAT tahu sifat kekuatan dan kelemahan kita sebagai hamba ciptaan-Nya.

Kadang-kadang..
Eh bukan kadang-kadang lah..
Setiap hari kita bertemu manusia, bergaul dan hidup bersama mereka..

Pening dan konfius itu perkara biasa.
Kadang-kadang terganggu dengan lintasan hati yang di bisik masuk oleh syaitan.
Semoga Allah menjauhkan kita dari kemudharatan bisikan tersebut.

Kenapa pening?
Sebab..
Allah perintah begini.
Tapi manusia rasa dia mahu begitu.
bila diberitahu..
Ada sahaja alasan pelik yang kelakar bin lucu.

Entah kenapa..
Dalam pengurusan  kerja dan sumber manusia..
Seolah-olah nampak hebat dan mahir sekali..
Tapi bila datang soal maruah, kemanusiaan dan cara hidup..
terus jadi macam tak tahu pergi kemana akal dan cara fikir yang hebat itu..

huhu...

Kawan-kawan.
Peningkah membaca tulisan saya ini?
Maaflah saya tidak bermaksud untuk peningkan anda semua.

Isi penting saya pada hari ini adalah..
berusahalah memahami tujuan hidup itu dengan panduan dari Tuhan.

Kita takkan mampu memberitahu dan menetapkan tujuan hidup sendiri kerana bukan kita yang mencipta diri kita sendiri..

Sakit pun kita tidak mampu beri arahan untuk berhenti. Apatah lagi degupan jantung dan peredaran darah kita..

Maka apakah dengan kelemahan yang ada itu kita masih mahu berlaku sombong dan pura-pura tidak faham kepentingan mengetahui tujuan hidup yang benar?!

Sesungguhnya hanya Allahlah yang memberi petunjuk, adapun saya hanyalah berusaha dan melakukan tugas sebagaimana yang telah diperintahkan oleh-Nya.

Sekian.


Ahad, 9 Disember 2012

ihsan: merasai kehadiran Allah bersama kita

Selamat membaca dan memahami Al-Quran.
Lagi banyak mengajak orang membaca dan memahami al-Quran.. Lagi besar ujian Allah untuk kita merealisasikan apa yang kita seru dan ajak itu..

Apa nak buat bila:

Bangun lambat.
sekarang jam sudah 7.45 pagi. Jarak ke tempat kerja cukup-cukup 10 minit.
subuh belum solat, masuk kerja jam lapan pagi..

Ada beberapa pilihan.

Terus bangun dan siap ke tempat kerja tanpa solat.
Bangun dan solat subuh dahulu.. kemudian bersiap ke tempat kerja.
Bangun dan tidur semula.
Bangun dan memberikan alasan tidak dapat hadir ke tempat kerja..

>> saya selalu melihat peristiwa ini, bukan ketika kerja sahaja bahkan sewaktu belajar dahulu.

oleh itu...
pilihan itu bergantung kepada:
ihsan yang ada pada diri kita.


Lagi situasi pelik.

Kerja 8 jam sehari.
Buat kerja dan isi buku log sempat.
Tapi makan dan solat tak sempat..

ok la.

Kerja 8 jam sehari.
buat kerja lebih masa lagi.
Buku log pun siap isi.
Makan memang terjaga setiap hari..
Solat pun tak pernah tinggal sampai ke hari ini..

tapi untuk ajak fikir tentang ummah dan Tuhan terus jadi tak de masa dan letih setiap hari..

kenapa ya?? ada kaitan dengan pilihan kita tak?

dah. nak tahu lagi situasi pelik..?

liqa usrah sempat.
daurah sempat.
tarbiyyah semuanya sempat..
dakwah tak buat..
isi buku log selalu asyik tak sempat..
homework kadang-kadang terlupa nak buat..

ini juga pilihan >> bagaimana mahu membuat keputusan?

andai ihsan itu benar-benar sebati dalam diri..

dakwah Rasulullah bukan untuk melahirkan pekerja yang efisyen semata atau pendakwah yang bergerak sahaja..

Dakwah Rasulullah mahu melahirkan seorang manusia yang taat dan tunduk pada perintah Allah!

Dengan tunduk dan taat pada perintah Allah lah manusia itu akan benar-benar berfungsi sebagai manusia..

Bukan robot pekerja yang sangat efisyen atau seorang penceramah petah.. huhu sekian muhasabah diri pada hari ini.




Sabtu, 8 Disember 2012

seluruh hidup ini dakwah..


jika seluruh hidup ini dakwah... bilanya nak tarbiyyah??
saja buat soalan cepu emas dan perak..

Bukankah seluruh langit dan bumi ini diciptakan olehNya?

ya Dia yang mencipta. Bukankah dakwah itu untuk kembali pada-Nya?
dan tarbiyyah itu usaha-usaha kita untuk sentiasa melakukan kerja mengembalikan diri dan seluruh pelusuk ciptaan-Nya kepada-Nya.

Anda setuju? oh tidak ye?! terpulanglah kepada anda...

Apalah bezanya MUSLIM dan NON jika kedua-dua mendakwa agama mereka mengajak kepada kebaikan..

selamat mencari dan mengembara..
dan sbg peringatan... orang malas memang rugi kerana kebenaran takkan datang menyapa orang yang hanya menggunakan akal ketika melakukan urusan dunia sahaja.

Jumaat, 7 Disember 2012

muhasabah dlm dkwh


kata-kata
jika kurang kata >> bakal di dakwa di hari akhirat sana kerana tahu tapi tidak menyampai.
jika banyak kata >> hati sentiasa bimbang kata yang keluar itu bukan kerana-Nya.

oh...
kebijaksanaan sangat di perlu kan.

diam >> mungkin nampak bijaksana tapi mungkin tidak selamat disisi Allah

Lagi sekali kebijaksanaan diperlukan...

pandang dan senyum.
>> jika salah orang, dosa dan murka Allah yang menunggu.

Ya Allah..
kebijaksanaan atau dengan kata lain (hikmah) sangatlah di perlukan

hikmah bukan lemah lembut.
hikmah itu kebijaksanaan.
bila datang suatu situasi, ia dilalui dengan tepat sepertimana kehendak Allah tanpa membuatkan manusia semakin menjauhi pintu Islam.

..........

kadang-kadang eh bukan kadang dah bahkan selalu.. kita ketemu mad'u yang menguji kepakaran dalam melakukan dakwah secara berhikmah!

Isnin, 3 Disember 2012

hebatnya ujian!


Demi bintang yang jatuh!
Dan sesungguhnya Nabi Muhammad tidak sesat.
Dan apa yang dia ucapkan bukanlah mengikut keinginannya.

Surah An-Najm: 1-3.

.....

Malam adalah waktu paling layak untuk 'membasuh' dan menilai kembali perbuatan seharian...

Ya.
muhasabah itu dari perkataan hisab.
Hisab bermaksud KIRA.

Maka marilah kita berkira-kira setiap amal yang kita lakukan pada hari ini.

Usah kira-kira apa orang lain lakukan pada kita.
kerana dia juga akan mengira sendiri perbuatannya.

Kiralah perbuatan kita pada orang lain, diri sendiri dan pada Tuhan..
Sibukkanlah diri dengan kira-kira perbuatan diri..
Jagalah diri jangan sampai terjatuh ke lembah kesibukkan mengira amal dan perbuatan orang lain hingga lalai mengira perbuatan sendiri..

Tidak perlu mencela diri dihadapan manusia lain untuk memberitahu kemuliaan diri..
Dan tidak perlu berkata yang hebat untuk mencari kehormatan manusia yang lemah.
dan tidak perlu merendah diri untuk menunjukkan kesalahan orang lain.

Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi hebat disisi Allah.
Gaulilah manusia mengikut suruhan-Nya.
Pedulikan caci maki manusia leka..

oh Allah!
berilah kami keampunan.
kuatkanlah hati kami dalam kebaikan.
menangkanlah kami keatas musuh-Mu..

ok sekian muhasabah di malam hari.
Semoga bermanfaat dan menambah rasa syukur.

Sabtu, 1 Disember 2012

dakwah ini bukan kerana kita lebih baik!

oh..
pada suatu hari dahulu kala..
pernah seorang adik bertanya.

Kakak,
bagaimana ya mahu berdakwah pada mereka yang lebih hebat dan lebih baik dari kita?

.......

Sebelum menjawab, fahamkah kawan-kawan maksud soalan diatas?

......

Jawapannya mudah sahaja.

Pertama:
Apakah selama ini kita berdakwah kerana 'kita lebih hebat dan lebih baik'??

kedua:
Apakah kita berdakwah kerana sifat 'superior' atau 'seniority' yang ada dalam diri?

ketiga:
Jika dakwah kita kerana 2 perkara diatas...
maka akan timbullah persoalan

"bagaimana ya mahu berdakwah pada mereka yang lebih hebat dan lebih baik dari kita?"

Kawan-kawan..

Kita bukan mengajak manusia lain kembali pada Allah kerana kita lebih baik dari mereka yang kita ajak..

Kita juga bukan mengajak orang lain kembali pada Allah kerana ilmu kita lebih dari mereka yang kita ajak..

BAHKAN,

kita berdakwah [iaitu mengajak hamba Allah untuk kembali pada Allah] hanyalah kerana kita sedar betapa pentingnya tugas mengajak manusia lain kembali pada-Nya dan hanya kerana itulah kita hidup dan bernyawa di muka bumi ini!

Jumaat, 30 November 2012

jalan ini sangat umph!~

Jika tiada apa-apa, tidak mungkin kita boleh memberikan apa-apa.

Jika kita serabut dan tidak tenang, mana mungkin kita mampu memberikan ketenangan.

Jika kita sedih dan merana, mustahil kita mampu mengembirakan orang lain.

Kawan-kawan.

Jalan dakwah ini bukan jalan CAKAP hebat.

Jalan dakwah ini bukan juga jalan NAK JADI macam hebat.

Jalan dakwah ini bukan jalan nampak ada PENGARUH dahsyat.

Jalan dakwah ini bukan jalan untuk orang-orang yang sakit hatinya..


Tapi ia bukanlah bermaksud, orang-orang begini perlu menjauh dari jalan ini.
Bahkan ia bermaksud, jika ada orang sebegini mahu menempuh jalan dakwah ini, dipersilakanlah TAPI dengan syarat..

LETAKLAH JAUH-JAUH..
buanglah sebanyak-banyak..
segala 'penyakit hati' tersebut..

Jalan dakwah ini adalah jalan untuk kembali pada-Nya dalam keadaan ASAL.
ASAL kita datang dari-Nya yang tiada sebarang 'penyakit hati'.. bersih dari dosa dan perkara maksiat..

Jika kita mahu mengajak manusia lain kembali pada-Nya dalam keadaan ASAL, maka kitalah yang terlebih dahulu perlu kembali menjadi sebaik-baik ASAL itu.

Menulis disini bukanlah bermaksud..
yang menulis itu sudah bebas dan bersih dari 'penyakit hati'..

Ia sebagai cenderahati dan buah tangan buat yang singgah membaca dan diri sendiri.

Semoga tsabat!

InsyaALLAH.

Khamis, 29 November 2012

Dakwah ini bukan 'try an error'..

Selamat malam dan selamat kembali pada Allah.
Semoga muhasabah hari ini membuatkan kita lebih dekat pada-Nya dan memberi kekuatan untuk membaiki amalan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Otak ini bekerja keras.
Berfikir untuk beramal.

Beramal pula seolah-olah kecemasan.
Mana boleh tunggu lama-lama..
Mad'u sudah depan mata menunggu 'maut'..

Jika tidak berbuat 'sesuatu' maka matilah dia..
Dan akhirnya dia akan menyalah kita kerana tidak menyelamatkan dia semasa berpeluang!

Ya Allah,
serius amat takut!

Lagi banyak bercampur, lagi banyak KERJA!
Lagi banyak kena fikir.
Lagi banyak kena berhati-hati.
Lagi banyak kena BUAT dari CAKAP.

Dan yang terasa sangat penting untuk menjaga diri dari TERPENGARUH dengan suasana yang tidak soleh!

Ya.
Daei mesti kuat bergantung dengan Allah.
Bukan kuat memegang prinsip sendiri!

Di ulangi..
KUAT bergantung dengan Allah dan bukan prinsip sendiri.

Pengajaran terpenting pada hari ini adalah:

Menjaga diri dan orang sekeliling seramai mungkin agar tidak bersangka buruk dengan yang tiada...

Rabu, 28 November 2012

terlalu banyak peluang Allah beri

tapi....
hamba Allah yang lalai selalu aje 'terlepas' peluang.

Bila ramai dan sibuk; macam kena sampuk..
entah apa-apa yang dibuat,
1 pun tak sedar.

Bila sudah habis dan bersurai..
Baru sedar!
Oh banyaknya dosa yang telah disemai.

Astaghfirullah!

bagaimana mahu menebus?!
berusahalah untuk lebih berhati-hati dan tenang.
Pasti ada jalan dan itu juga termasuk jalan-jalan untuk kembali pada-Nya.

InsyaAllah!

Selasa, 27 November 2012

hati ini tidak pernah senang melihat

Allah Maha Besar!
Allah Maha Mengetahui hikmah setiap kejadian...

.....

Pada suatu pagi yang indah.
Atas dasar 'mahu mengeratkan hubungan'...

Sebuah program telah dianjurkan..
muzik yang melalaikan menjadi latar suasana..
lelaki dan perempuan gelak ketawa secara bebas dan tanpa batas.
Pakaian?!
Usah diceritakan lagi.
tak tahu mana satu islam ke bukan.. kelihatan serupa sahaja walaupun bertudung.

Akhlaq?!
Entah tidak tahu yang mana satu muslim atau tidak.
Semua nya bebas bergaul, beramah mesra..
Batas pergaulan, suara wanita aurat... seolah-olah tidak pernah diketahui.

Ya Allah!
Aku takut pada kemurkaan-Mu.

Aku juga berada di situ dalam suasana 'janggal' ini..
Hatiku tidak pernah redha.

Bagaimana aku mahu hadapi suasana seperti ini? Jika ia berlaku lagi..

.....

Suasana sekarang:

mengamalkan sepenuhnya ajaran islam telah di tuduh jumud dan anti-sosial!
Manakala dalam bab percampuran lelaki dan perempuan..
Senyum di lontarkan sebebasnya di katakan ramah dan tidak sombong!


Antara kisah dan peristiwa...

babak 1

Jalan punya luas, tapi tanda/lukisan putih/jalur putih atas jalan tidak berapa jelas. Menyebabkan pemandu selalu tersilap lorong.

babak 2

balik rumah, masuk bilik, senyap. ketukan pintu bilik oleh housemate tidak bersahut. Tidur malam tak tutup lampu. Bangun pagi terus pergi kerja, bagi salam pun takde.

babak 3

sampai rumah bagi salam. buka pintu perlahan-lahan supaya tidak menggangu housemate yang penat baru pulang dari kerja.

.......

Dan sesungguhnya setiap peristiwa itu ada pengajaran dan teladan untuk setiap manusia yang berfikir..

Yes, think!
kali ini tiada suapan akan di beri.
Selamat berfikir.

Isnin, 26 November 2012

Mengambil pengajaran dari kisah dan peristiwa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semenjak bernafas, bilakah hari yang paling kita jadi hamba Allah paling bersyukur?

Atau setidak-tidaknya, semenjak melihat dunia ini, bilakah masanya yang kita benar-benar peruntukan untuk mengenali Pencipta alam ini?!

Alam ini diciptakan untuk siapakah? Dan siapakah yang mencipta alam ini?

Tidak semestinya yang mengaku islam sahaja..
bahkan yang tidak mengaku Islam pun tetap di beri akal fikiran untuk berfikir..

Jika suatu ubat diciptakan dengan 'indication' [kegunaan] tertentu..
apatah lagi kita sebagai ciptaan Tuhan yang sangat canggeh lagi maju..

Lihatlah pokok >> apa kegunaannya?
lihatlah langit dan awan yang berarak >> pasti ada faedahnya
semut dan ulat di dalam tanah >> turut mempunyai fungsi yang tersendiri

Maka masakan kita manusia yang indah ini tidak punya tujuan dihidupkan?!

.....

Kawan-kawan..
jika perkara sehalus sekecil kuman punya fungsi dan peranan hebat dalam menyeimbang ekologi alam..

Takkanlah kita; manusia diciptakan untuk:

  1. mencapai kehendak diri yang tak seberapa tu.. dan kadang-kadang kehendak diri tu pun bukanlah mulia sangat, hanya berlandaskan -kehendak- atau ganas sikit -hawanafsu- semata.
kawan-kawan..
siapakah kita sebenarnya?
siapakah yang menghantar kita hidup didunia ini?
degup jantung kita pun kita tidak mampu mengawalnya..

Maka, adalah mustahil hidup ini untuk memenuhi kehendak kita!

Dari mana kita datang?! 
Dan jika kita dihantar kedunia ini..
kemana pula tempat kembali kita?

Why don't we take some time and think?!

Sibuk sangatkah kita sehingga tiada masa untuk berfikir tentang persoalan ini?
kenapa kita terlalu sombong untuk memberikan masa sejenak memikirkan tujuan hidup, dari mana kita datang dan kemana kita akan dikembalikan?

dot. sekian.
Semoga ketemu jalan kebenaran.

Yang benar tak banyak.. kerana jalan lurus itu pastinya satu; dan simpang siur kiri kanannya memang banyak!




Ahad, 25 November 2012

indah permai bumi kita

lukisan Tuhan tidak terkira indahnya berbanding gambar ini.

teringat seseorang.....

bahagia melihat ciptaan Allah...

sahabat dan teman....

walau berseorangan...

Allah tetap dalam ingatan..

semoga sahabat jauh dan dekat sentiasa dalam keadaan baik iman mereka

oh sangat rindu pada seorang sahabat....

kadang-kadang takut.. rindu itu mengganggu  amal dan ibadat..

berdoalah pada Allah... semoga hubungan persahabatan itu benar-benar berlandaskan aqidah dan iman pada-Nya.

syak dan sangka telah di buang jauh.. sejauh  mata memandang...

Alhamdulillah.. 

Semoga kita semua berkumpul di syurga setelah  'berkorban' bersungguh-sungguh di jalan-Nya.

insya Allah!

Sabtu, 24 November 2012

memerhati gelagat manusia

Selamat pagi dan selamat mencari keredhaan Ilahi...

Saya memerhati sekumpulan manusia yang bukan islam.. dan saya juga memerhati sekumpulan manusia yang mengakui beragama islam..

Apa yang saya lihat?

satu kumpulan yang terdiri dari bukan islam itu bergaul bebas.. berbual, gelak ketawa, bermain dan beramah mesra tidak kira lelaki dan perempuan..

kadang-kadang mereka keluar makan bersama..bila tidak puas hati, mengumpat dan mengata

begitu juga dengan kumpulan yang mengakui beragama Islam.

dari segi pakaian?
sama.
bezanya yang perempuan itu bertudung..
lain-lain? serupa.
ketat, singkat, terdedah dan tidak sensitif dengan etika berpakaian dan pergaulan sebagai seorang hamba Allah..

.....

apa yang saya lihat tidaklah sepenting apa reaksi yang saya perlu buat pada apa yang saya lihat.

hanya mahu sekadar melihat dengan pendapat:
"owh buat apa aku susah-susah? nanti gaduh dan tidak aman pula. lagi pun sekejap saja aku di dunia ini"

atau...

berusaha dan berfikir, bagaimanakah cara paling berhikmah untuk mengembalikan kegemilangan Islam di dunia ini??

oh yeah. reaksi kedua itu berbunyi sungguh 'kontrol baik' tak boleh tahan punya.. kan?

......

kawan-kawan..
hairankan?!

yang baik dan indah pada pandangan Allah sudah menjadi pelik dan ajaib sekali bagi kita.

Yang maksiat dan tidak peduli perintah Allah pula menjadi kebiasaan dan ketidakhairanan..

kenapa ya?

apa yang berlaku pada kita sebenarnya??


Jumaat, 23 November 2012

boikot bukan kerana perasaan...

kadang-kadang datang musim 'malas' dan menerangkan..

semua orang sudah cerita.
panjang lebar, terang, jelas...

segala penerangan telah jelas dan terbukti.
dari tokoh yang tidak lagi diragui..
dari sumber yang sangat boleh dipercayai..

apa lagi mahu di tulis.

Usahlah memberikan alasan-alasan kering yang 'lawak'
dan nampak sangat untuk mengelakkan diri..

Selamat mencari kebenaran!

Khamis, 22 November 2012

semuanya mudah

saat iman berkobar....

saat ramai sahabat seperjuangan..

saat kaya dan lapang..

saat hati tidak diganggu gugat.


cinta pada Allah terbukti bila...

setiap kesusahan di harungi.
setiap kesenangan di lalui..

Dengan sabar dan teliti..

Ya..
siapa kata kesenangan itu nikmat?
boleh jadi ia adalah cubaan buat kita..
yang selalu terlali dan lalai..

Bahkan nikmat yang sebenar adalah ketenangan hati dan sentiasa sangka baik pada Allah..

 

Selasa, 20 November 2012

selamat malam.

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman beramal solih dan berpesan-pesan kepada kebaikan dengan kesabaran.

Gabung maksud surah al-Asr jadi 1 ayat je.

Ramai yang hafal surah ni, pendek dan senang sebagaimana yang di  akui semua orang..

fuh.
tarik nafas sebentar.

Nampak pendek dan senang..
Tapi bagaimana pemahaman kita dengan surah yang nampak pendek dan senang ini?

Sedarkah kita sangat cenderung menafsirkan 'isi' dalam suatu ayat Quran menurut 'kefahaman' sendiri??

Kadang-kadang kita menterjemah tuntutan dan ajaran agama dengan 'keletihan' dan 'ketidakmampuan' yang kita senaraikan.

kawan-kawan..
susah nak fahamkah apa yang ditulis malam ini?

baiklah..
akan saya huraikan dengan bahasa yang lebih senang dan tidak berbelit.

Agama bukan sesuatu yang susah.
Ya, ia adalah mudah dan mengikut fitrah.

Tapi sekarang, keadaan kita bukan lagi fitrah.
Kerana itu agama menjadi susah...

keadaan kita yang bukan fitrah membuatkan kita 'dgn senang hati, menterjemah' Islam itu agama mudah; maka janganlah memaksa kita melaksanakan tuntutan agama..

?? apakah ini ??

Bukankah, pengakuan membawa kepada tanggungjawab kepada si pengaku??

Maka kawan-kawan..
Agama itu mudah bagi orang yang kembali kepada fitrah.. yang tidak melawan fitrah.. fitrah yang benar.

bukan fitrah yang penuh dengan kotoran jahiliyyah.
bukan fitrah yang begitu pekat dan likat dengan cinta dosa dan maksiat.
 
jahiliyyah, dosa dan maksiat bukanlah fitrah kita..

bagaimana mahu kembali fitrah??
berusahalah memahami Islam dengan membuka mata hati dan pendengaran seluasnya pada ajaran Al-Quran.

Jangan sekadar baca, hafal dan khatam. ia tidak memadai...
setakat baca dan hafal 1 juzu, paderi pun boleh buat
[ops, macam takde insuran pulak]..

Mesej sangat jelas.
BAcalah dan fahamilah.. Al-Quran.
Kefahaman itu yang akan membuahkan amal.

Sekian.


Rabu, 7 November 2012

Pada suatu pagi yang indah..

Allah telah memberikan peluang pada hamba-Nya untuk bangun dan menyambung peluang untuk merasai nikmat menyedut udara.

Tatkala matahari sudah mahu tenggelam...

bermuhasabahlah hamba itu.

Sudah berapa lama aku tidak menunaikan solat dhuha yang aku lazimi semenjak habis sekolah dahulu..

Ya Allah,
kemana pandangan mataku dihalakan selama ini?

Solat wajib, puasa sunat.. hafalan Quran..

Apa sudah jadi?

setitik pun airmata tidak mengalir untuk Dia.

Apa yang sudah berlaku wahai hamba-Nya?...

Sekian siri bilasan dan cucian. BAI.


Ahad, 4 November 2012

bila bergerak....

apabila bergerak...
tenaga, masa, harta dan kebijaksanaan diperlukan.

Apabila diam,
semua itu menjadi 'terlebih'..
suatu pembaziran....

apabila bertenaga dan bersemangat
semuanya baik dan positif..

itu masih belum dikira ujian mencabar..
hinggalah..

tenaga sudah habis diperah,
duit habis dibelanja,
masa habis di luangkan....

Medan amal masih mengatakan "hey itu semua belum cukup, dan saya perlukan lebih lagi"

dan ketika inilah keikhlasan teruji dan terbukti..

Selamat beramal.

Ya ALLAH, aku perlukan kekuatan luarbiasa.. dengan usaha yang sangat biasa..

>> bagaimana mungkin akan ku peroleh kekuatan luarbiasa jika usahaku biasa sahaja?!

Jumaat, 2 November 2012

dakwah vs tarbiyyah

Maha Besar Allah, tiada yang lebih besar selain Dia.
Terima kasih kerana memberikan rahmat-Mu.. melalui pelbagai jalan..
Yang paling jelas adalah melallui manusia..

Ya..
dan sesunguhnya kemurkaan-MU tidak perlu Engkau tunjukkan sudah cukup menggerunkan.

Tapi aku..

eh. cukup setakat itu bermadah mengingati ALLAH.
.......

Kawan-kawan,
tarbiyyah of kos tidak serupa dengan dakwah, tapi ia adalah bak karipap dan intinya. [umpama tiada perumpamaan lain yang lebih enak kan].

Senang.
karipap semua orang makan..
paling-paling teruk pun, pernah la tersalah makan kan?

walaupun ia bak karipap, inti dan kulit, tapi pada masa yang sama dakwah dan tarbiyyah itu ada persamaannya.. tahu tak?

itulah dia yang dipanggil -kebersamaan- dakwah tidak akan sukses jika daei/murobi dan mutrobi/mad'u tidak merasai kebersamaan.

Kebersamaan itu penting, tapi ada satu perkara yang perlu di semat elok-elok.
Yang buruk larut dalam kebaikan hingga yang buruk bertukar menjadi baik disisi-Nya.. pastikan kebersamaan itu tidak menjadikan kita larut dan yang baik itu bertukar sedikit demi sedikit menjadi dosa dan kemurkaan-Nya.

Ya Allah,
risau juga terlalu banyak kebersamaan itu membuatkan hati jadi kurang lazat beribadah.

tapi ya Allah,
risau juga bila hati terlalu lazat beribadah tapi lansung tidak menghiraukan keadaan masyarakat dan ummat.

Jadi ummat Islam kena sederhana lah..

oh.

Isnin, 29 Oktober 2012

Bila hati dan fikiran mula kosong dari Allah

Tenang >> serabut.

Semua perkara dalam kawalan jadi hilang kawalan.

Serius.

Ini adalah lebih serius dari sakit ketuat yang berjangkit tu.
bubuh salicylic acid 16.7% + lactic acid BP 16.7% pun tak hilang dengan sekali sapu.

Huhu.

Apalah dosaku hingga aku terlupa pada Allah.

..........................

Once a upon a time.
Aku pernah juga terlupa pada Allah.

Tapi hidup tenang aje.
Licin aje.

Itu lebih merisaukan..
Sebab?

>> bila Allah telah membiarkan hamba-Nya, apa jadi pada nasib hamba itu di hari akhirat??

........................

Allah itu Tuhan yang menciptakan kita.
Mengingati TUhan bukanlah kerana putus cinta.
Hey, ada 1 jenis fikiran/pendapat yang penulis temui:

kalau orang tu asyik cakap fasal mati dan Tuhan.. agaknya ada masalah kot. tak pun putus cinta. atau pun kena khianat.

 oh kawan-kawan,
mengingati Tuhan bukan di masa ada masalah sahaja.
Allah lebih WAJIB dan LAYAK di ingati bila-bila masa, dimana sahaja walau apa pun kerja yang sedang kita lakukan.

Okeybai.

*bila terlalu sensitif, semua benda nak terasa, kena cek balik diri sendiri. tu bukan masalah orang lain ma. itu masalah sendiri [mungkin].

Ahad, 28 Oktober 2012

Allah Maha Besar! [DI]

Allah Maha Besar.
Dan Segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku bagi Tuhan Yang Menciptakan 7 petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu apabila aku diperintah dan aku tergolong dalam golongan orang yang tunduk dan menyerah [islam].


>> rasa macam kenal eh?

Agak-agak selama ini baca Doa ifititah tu faham ke tidak??.. hohooo peringatan bagi kaum yang lupa. Saya tahu anda-anda semua yang membaca blog ini sentiasa ingat..

Sabtu, 27 Oktober 2012

Perantau -nasyid lama

Perantau musafir perjuangan,
Tabahkan lah hatimu,
Berjuang dirantau orang,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu.

Ingatan anak dan isteri,
janganlah menghiris hatimu,
kerinduan desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Diwaktu ujian badai terus melanda,
Engkau tetap gigih berjuang,
membenarkan sabda junjungan,
terus memburu menuntut janji...

Pastikan Islam gemilang lagi..

Tapi pejuang, kembara perjuangan,
ujian bukan batu penghalang,
kerana itulah syarat dalam berjuang.


Perantau musafir perjuangan,
Tabahkan lah hatimu,
Berjuang dirantau orang,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu.


Ingatan anak dan isteri,
janganlah menghiris hatimu,
kerinduan desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juangmu.

oh pejuang dimana pun ada ketenangan,
dimana pun ada kebahagiaan,
Bila insan kenal pada Tuhan,
Kasih sayang dan pembelaan-Nya,
bagi insan yang menyerahkan,
jiwa dan raga, anak dan isteri kepada Allah.

Perantau musafir perjuangan,
Tabahkan lah hatimu,
Berjuang dirantau orang,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu.

Merantu itu lebih dari sekadar bekerja...........ia adalah pengorbanan fillah


Jumaat, 26 Oktober 2012

Semaklah niat setiap hari sedara-sedari

Selamat pagi dan selamat menghayati ibadah setiap hari..

Tetap dan teguh dalam suatu perbuatan perlukan ilmu dan tekad.
Tapi boleh saja kita tetap dan teguh melakukan perbuatan kerana sanjungan dan pujian manusia.

Hanya diri kita dan Allah lebih tahu keadaan tersebut.
Semoga kita lebih peka dengan keadaan iman setiap hari..

Hidup ini pergaulan.
Tapi hidup ini juga ibadah..
Maka ingatlah pergaulan kita itu ibadah pada ALLAH.

Maka

apabila pergaulan itu telah membawa pada maksiat..

apabila pergaulan membuatkan kita lupa pada Allah..

apabila terlalu banyak kebersamaan dengan manusia hingga melalaikan HAK Allah.

apabila pergaulan menjadikan kita semakin malas melaksanakan amal harian..

apabila pergaulan membuatkan kita lupa, dan berkurang hubungan dengan Allah..

Mungkin disana ada:
  • 'takkena' dengan niat
  • ilmu yang tidak diamalkan
  • amal tapi tiada ilmu...
Sesungguhnya, setiap urusan kita telah ditetapkan oleh Allah, maka serahkanlah segala urusan pada Allah.

Agar kita tidak menghukum manusia sewenang-wenangnya dan kita juga tidak terlalu kecewa apabila perkara yang berlaku 'lain' dari yang 'sepatutnya'..

Sekian.


Ahad, 21 Oktober 2012

Berhutang; jangan pandang enteng.

Selamat pagi dan selamat menambah iman dan amal untuk hari ini.

Siapa tidak tahu krisis kewangan yang berlaku di Greece dan Sepanyol??
bagaimana ia berlaku? dan bagaimanakah sikap masyarakat di sana??
>> tahukah kita? rakyat Greece dan Sepanyol tidak kisah tentang hutang negara mereka sehinggalah:

  • kerajaan mereka memotong subsidi
  • memotong gaji kakitangan kerajaan
  • membuang pekerja
  • menaikkan cukai...
Ya, sehingga 4 perkara tersebut berlaku, barulah rakyat Greece marah dan mabil berat tentang "lambakkan" hutang negara mereka!

Ayuh pergi lebih mendalam...

Rupa-rupanya masyarakat Greece tidak kesah pun berhutang untuk "keselesaan" hidup... Sudah lah tidak kisah kerajaan mereka berhutang, mereka juga berhutang secara "berleluasa".. maksudnya, secara individu dan secara berorganisasi, masyarakat Greece memang berhutang..dan jumlah itu sentiasa meningkat..

Sedangkan, peningkatan hutang sektor swasta akan menyebabkan:
  • asset bubble >> harga barang naik terlalu tinggi kerana ketamakkan para pelabur, hingga pada suatu hari harga tersebut tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun walaupun oleh sebuah kerajaan!
  • kemelesetan ekonomi dan harga barang tetap tinggi >> stagflasi
  • kerajaan tidak mampu membantu membayar hutang rakyat.
Sedarkah kita tentang bahaya berhutang??

Hutang sangat berkait rapat dengan riba..

Apa kata Allah pada riba dan pengamal riba?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Al-Baqarah:  278-279

Allah isytihar perang pada RIBA. fuh. JAHATnya riba ini; kerana dengan riba:

  • masalah inflasi
  • masalah harga rumah dan keperluan lain yang meningkat
  • pengangguran yang tidak dapat diselesaikan
  • kemelesetan ekonomi secara tetiba meranapkan hidup manusia.

Bukankah begitu jelas?!
Pengharaman riba itu adalah satu rahmat!

Sudahlah riba itu banyak jahatnya, tidak disukai Allah pulak tu.
Apa jadi pada kita bila melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..?
Apakah kita akan selamat jika dimurkai Allah..?

Apa ada dengan hutang kerajaan yang berjumlah RM500 billion itu?? Ia adalah bersumberkan riba.
Selamatkah kita?

Persoalannya, bagaimana pula dengan sistem hutang 'halal'...?

[diam sebentar]

hoho.
Tahukah anda? Haji tidak perlu dilakukan jika perlu berhutang untuk melaksanakannya.
ok, ini HAJI, rukun Islam.. Bukanlah ibadah sunat yang takbuat takpa.. Ia RUKUN ISLAM. tapi Allah bagi kelonggaran bila tidak mampu, JANGAN BERHUTANG untuk pergi HAJI..

Jadi, marilah kita menilai sendiri kepentingan setiap barang yang perlu dibeli secara BERHUTANG..

Apakah ia

  • benar-benar perlu? hingga jika barang tersebut tiada, maka ibadah pada Allah akan terjejas.
  • atau sekadar mencukupkan keselesaan hidup dan melenakan tidur..


Masing-masing lebih mengetahui urusan dunia masing-masing dan sesungguhnya Allah & RasulNya lebih tahu urusan akhirat kita.


Nota kaki:

inflasi >> kejatuhan nilai matawang [kenaikan harga barang]
deflasi >> kejatuhan harga barang
stagflasi >> harga barang 'maintain' di tahap super mahal

Semoga bertambah iman dan meningkat amal, insyaALLAH!

Penulisan ini berdasarkan artikel tulisan seorang pensyarah Department of Bussiness Strategy and Policy, Faculty of Bussiness and accountacy: Proffesor Dr. Mohd Nazari Abdullah bin Ismail.





Khamis, 18 Oktober 2012

memperbaharui niat

Mula-mula lurus, semakin lama makin terseleweng..

Itulah keutamaan memperbaharui niat.
Agar..

Seruan kita mengajak manusia kepada Allah tidak bertukar menjadi seruan mengajak manusia kepada diri sendiri:

Apakah tanda-tanda seruan itu sudah bertukar?

Lebih banyak bercakap tentang diri sendiri berbanding mengajak mengingati Allah.

Satu tanda pun sudah cukup untuk kita bermuhasabah..

Semoga, tulisan dan kata-kata kita tidak mengajak manusia pada mana-mana peribadi bahkan ajakan kita hanyalah untuk membawa manusia kepada ALLAH.

InsyaALLAH.

Meninggalkan dosa kerana Allah

Dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.”

(HR Imam Ahmad).

 Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” 

(HR at-Tabrani)

Jagalah pandanganmu, kerana ia akan menghasilkan kelazatan dalam beribadah.

Ya Allah, peliharalah kami hambaMu yang amat lemah ini dari kejahatan manusia dan bisikan syaitan yang sentiasa mahu merosakkan manusia.




Selasa, 16 Oktober 2012

Bila neraca menilai itu salah...



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya setiap perkara yang dilalui pada setiap jam dan saat, semuanya sudah tertulis semenjak sebelum kelahiran kita.

Begitu tersusun rancangan Allah.


.....
Pernahkah merasakan hari-hari semakin teruk dan hodoh?
kerana;

berkurangnya solat rawatib

susah benar mencari khusyu' dalam solat

ma'thurat kubra >> sughra >> ultra sughra..

tadabur 10 m/s sehari bertukar 1 m/s sehari

bangun malam tidak lagi menjadi rutin..

aduh.
sakit.

......

muhasabahlah


Takut-takut,
kerana dosa yang dilakukan hingga badan dan hati begitu berat untuk istiqamah?


atau kerana dosa terkumpul telah membuatkan Allah mencabut seluruh kekuatan yang ada pada diri untuk tetap terus menghambakan diri pada-Nya?

Atau kerana dosa yang dipandang ringan selama ini telah "membuah"kan hasil >> tidak mampu istiqamah dengan amal baik kerana-Nya.

.....

walaubagaimanapun wahai imanku,
usahlah terlalu keras menghukum dirimu.

menghukum diri dengan keras, juga bibit keciciran dari gerabak dakwah.



bersabarlah mencari jalan untuk istiqamah.

bersabarlah menghadapi kelemahan diri.

Bersabarlah bertatih dan meniti onak dan duri.

bersabarlah menagih janji Tuhanmu.

bersabarlah dalam usaha membaiki dirimu.

bersabarlah dalam taubatmu..

bersabarlah..

bersabarlah hanya kerana aku begitu percaya,

Allah itu Maha Menepati janji!


saya sangat berharap kamu juga tidak berputus asa pada rahmat Allah dengan kesibukan atau apa sahaja ujian Allah yang sedang kamu alami. Sekian..


 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
surah az-Zumar: 53.

p/s: menilai pencapaian diri bukanlah dengan hasil, tapi dengan usaha. Maka sebanyak mana akhirnya ibadah itu akan berlaku tidaklah sepenting usaha yang telah diambil..

Ahad, 14 Oktober 2012

bila kena muhasabah....

Segala puji bagi Allah.
Segala pujian hanya layak untuk Allah.

Allah Yang Maha Pemurah memberikan kita kelebihan.
Allah Yang Maha Pengasih membuatkan kita bahagia dan cukup kasih sayang.
Allah Yang Maha Pengampun, mengampun kesalahan kita tatkala kita masih tidak reti berterima kasih pada-Nya..

Maka apakah ada selain Allah yang lebih layak dipuji??
takde.
Oleh itu, alhamdulillah.. Segala puji hanya untuk Allah.

telah memberikan manusia prihatin..
memberikan nasihat tidak henti.

Antara nasihat yang aku terima:

>> bila kamu berbuat sesuatu dan hati kamu merasakan -eh mampukah aku sentiasa dan tetap melakukan amal ini hingga mati- ??

>> sesungguhnya itu adalah tanda kamu telah tersalah cara melakukan sesuatu tersebut.

atau dengan kata lain:

"jika hati kita rasa tidak yakin untuk terus tetap dalam amal tersebut, menunjukkan CARA kita melaksanakan amal itu tidak betul"

Maaf.
kadang-kadang setuju, kadang-kadang tidak setuju.

Terima kasih kerana memberi nasihat.

Ya, istiqamah itu penting.
>> berusaha mencari jalan untuk istiqamah juga penting.
>> tidak YAKIN seratus peratus dengan usaha/penat lelah diri sendiri sebagai penyebab istiqamah juga sangat penting untuk mendapatkan istiqamah..
(buat dah ayat bombastik yang orang susah nak faham). ok sebenarnya ayat ni nak cakap, untuk istiqamah kena banyak bergantung pada Allah dan usah tertipu dengan amalan sendiri..

Maka "rasa" -tidakyakin cara aku sudah betul untuk jadi istiqamah- itu adalah sebahagian dari usaha untuk mencari jalan agar terus istiqamah!

Selamat beramal.

Wahai diri toksahlah jadi manusia ego untuk menerima teguran, walaupun dari seorang makcik yang dirasakan sudah tidak 'valid' nasihatnya..

hati oh hati.
mari bersihkan hati.
agar jalan yang penuh onak duri ini..
mudah ditempuhi,
tanpa gangguan penyakit hati,
lebih mudah menerima petunjuk Ilahi.




Sabtu, 13 Oktober 2012

teori relativity

dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sudah baca Quran kah hari ini?
Sudah berpuashati kah dengan amalan di pagi hari, hari ini?

Semoga Allah menerima amalan kita semua..
Yang penting, sentiasalah memperbaharui niat kita..
Agar tidak terpesong dan jika terpesong segera kembali ke jalan yang benar.

Marilah kita berkongsi 1 kisah benar hari ini untuk dibuat pengajaran dan sempadan.

Saya bekerja disatu tempat dibumi Allah. Terima kasih Allah kerana memberikan jalan untuk diri ini terus beramal dan berdakwah di muka bumi pilihan-Nya.

Ok, ditempat kerja saya ini, ada 1 budaya yang saya percaya ia bukanlah perkara baru. Sudah lama mengakar umbi... apakah budaya itu?

  • kalau seorang itu bersalah, maka dia pasti akan mendengar ceritanya tersebar keseluruh jabatan..
  • Jika dia bersalah hari ini, pastilah ada seseorang yang akan mengejar si dia esok lusa. Selagi tidak dilampiaskan kata-kata menyakitkan, selagi itulah si dia akan diburu dan dicari.
  • apabila seseorang itu kelihatan tidak tahu dan 'bodoh' di mata sesetengah orang, maka siapsedialah seseorang tersebut untuk mendengar cacian dan sindiran yang menyayat hati dari pekerja-pekerja tertentu.
  • akhirnya lahirlah 1 lagi golongan lain [selain dari yang menindas ini] iaitu golongan berdendam dan sakit hati... sentiasa tidak gembira di atas kegembiraan penindas, dan dalam masa yang sama, sangat gembira dengan kesedihan penindas mereka..

Kenapa saya katakan ia adalah budaya?
kerana ia sudah tersebar luas dan ia boleh dilihat dimana-mana pada kebanyakan pekerja di mana-mana jabatan..
astaghfirullah.

Penyakit ini jika tidak dibendung, maka ia akan menjadi BARAH.. naudzubillah.

Mengapakah ia akan menjadi BARAH? inilah yang berkait dengan teori relativity.

Teori relativity itu apakah?
Penulis tidak akan bercerita dalam bahasa sains dan matematik ok.
Dalam bahasa biasa sahaja.

Teori ini adalah teori yang mengatakan;

apabila sesuatu itu dalam keadaan jatuh bersama sesuatu yang lain [yang juga sedang jatuh],
ia tidak akan sedar akan kejatuhan itu kecuali/sehinggalah ia telah benar-benar ter"gedebuk" dan SAKIT kerana sudah mencecah tanah/permukaan/daya yang telah menghentikan proses jatuh itu..

Fahamkah?

Senang je kan.. Baca lah banyak kali sikit jika tidak dapat memahami.. insyaALLAH senang aje mahu faham.

Dan teori ini tidak mengecualikan sesiapa pun yang bernama makhluq Allah.

Kita adalah manusia..
[ofkos lah kan yang membaca blog ini takkanlah kancil dan semut pula]..

Apabila gejala keruntuhan akhlaq berlaku disuatu tempat dan melibatkan sebahagian besar penduduk.. Maka -mungkin- mereka tidak menyedari "kejatuhan" yang sedang berlaku.. Kerana mereka -jatuhbersama-...

-kejatuhanbersama- yang tidak disedari itulah yang diumpamakan seperti barah.. 

Maka sesiapa yang tidak jatuh bersama -kejatuhan- itu hendaklah menyediakan tanah/daya untuk menghentikan kejatuhan itu.. Agar ketinggian budi dan nilai, kemuliaan akhlaq dan maruah manusia yang jatuh tadi dapat dikembalikan..

Jika dia [sesiapa yang tidak -jatuhbersama- tadi] tidak melakukan usaha untuk menghentikan kejatuhan itu, maka tidak lama lagi dia juga akan terkena barah tersebut.. kerana barah sifatnya merebak!

Yang diperangi adalah akhlaq mereka, bukan diri mereka sebagai individu dan rakan sekerja.

Bagaimana mahu menyediakan tanah/daya/permukaan agar kejatuhan itu dapat dihentikan dalam cara yang paling kurang kesakitan buat mereka??
oh.. pening.

Semoga Allah memberikan kekuatan pada kita semua dalam meletakkan Islam sesuai ditempatnya..

p/s: dalam mode yang sangat runsing memikirkan keadaan ummat..

Jumaat, 12 Oktober 2012

tak letih ke?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia.

Tiada manusia yang sempat lari dari-Nya walaupun sesaat cuma.

Bila manusia lain bertanya..

"awak tak penat ke?"

Mahu sahaja menjawab..

"Aku juga manusia.. penat dan letih itu adat.."

Tapi biasanya perkataan yang meluncur keluar tidak pernah sama seperti yang terbayang dikepala.

Yang keluar hanyalah..

"ya, penat la jugak"..

"Habis, kenapa awak nak buat jugak?"

"sebab itu kerja saya dan saya tidak boleh tangguh"..

Mungkin maksud perbualan ini boleh ditafsir dengan pelbagai rupa..

Apalah guna segala kepenatan yang super ini jika ia hanya dimusnahkan sekelip mata dengan 1 patah pujian manusia kerdil yang tidak punya apa-apa..

Wahai para daei..
Berusahalah beramal hanya kerana-Nya.
Pujian dan cacian manusia tidak akan menambah dan mengurangkan amal kita walau sedikit pun.

...

Aku takut.
pada ujian Allah yang tidak mampu aku lalui.
Pujian manusia menghancurkan.
Menghancurkan amal dan penat lelah ku.

...

Cukuplah kesilapan lalu berlaku sekali.
Ia tidak perlu berulang lagi.

Selamat berjuang wahai seorang hamba!

Ahad, 7 Oktober 2012

kerunsingan kita...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kerusingan harian kita:

oh! kerja bertimbun kat tempat kerja hari ini.
nak makan apa?
kat mana nak makan?
bila nak berehat?
cukup tak gaji untuk belanja sebulan?
di mana nak melepaskan stress etc..

Kerusingan seorang daei;

bagaimana mahu membuatkan orang menerima islam?
sudah cukupkah usaha aku hari ini untuk membuka hati manusia menerima Islam?
apa lagi yang aku perlu lakukan agar Islam itu hidup?
bagaimana mahu mengatasi kelemahan diri agar tidak menjadi fitnah pada agama Islam?
siapa yang akan memimpin manusia kepada Allah?
bersediakah para pelapis dakwah untuk memikul amanah?

......

Ya.. manusia sungguh banyak kerusingan.
Tetapi alangkah baiknya kerusingan itu diiringi ingatan kepada Allah..

Apa yang nak dirisaukan dengan nak makan apa dan kat mana?
Rezeki sudah pun ditetapkan Allah semenjak sebelum lahir.

Lebih risaulah tentang balasan di hari akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Dan sesungguhnya Islam itu bukan sekadar solat, puasa dan senyum.
Islam is MORE than that...  Islam is the way of life! It is a software for us, human being. How can a computer works without software or with an incomplete software???

Jangan mengaku Islam jika anda tidak mahu memikul tanggungjawab yang ada bersama pengakuan itu. Fuh. macam ganas pulak...


Sabtu, 6 Oktober 2012

tekad

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
Jasad ini.. darah ini.. sepenuh ridha di hati.

Kami adalah panah-panah terbujur
yang siap dilepaskan dari busur..
tuju sasaran siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
yang siap terayun menebas musuh,
tiada peduli siapa pun pemegangnya,
Asalkan ukhlas dihati tuk haya ridha Ilahi Rabbi.


kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
Jasad ini.. darah ini.. sepenuh ridha di hati.

Kami adalah tombak-tombak berjajar,
yang siap dilontarkan dan menghujam,
menembus dada lantakkan keangkuhan.

Kami adalah butir-butir peluru,
yang siap ditembakkan dan melaju,
dan mengoyak menumbang kezaliman
asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi


kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
Jasad ini.. darah ini.. sepenuh ridha di hati.

Kami adalah mata pena yang tajam,
yang siap menuliskan kebenaran,
tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam,
bak kesabaran yang tak pernah padam,
tuk harungi dakwah ini jalan panjang,
asalkan ikhlas di hati tuk menuju jannah Ilahi Rabbi.


kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri,
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
Jasad ini.. darah ini.. sepenuh ridha di hati.


Selamat berjuang dengan penuh kesedaran kefahaman dan keikhlasan!







Jumaat, 5 Oktober 2012

memikul tanggungjawab ini bukan atas permintaan sesiapa

Salam sejahtera dan selamat pagi malaysia..

Siapa suka kena paksa?
Hai memang ada orang tidak kesah kena suruh buat itu dan ini.
Saya kesah dan tidak suka orang suruh buat itu dan ini tanpa menyatakan sebab dan keutamaan mengikut arahan tersebut..

Tanggungjawab dakwah adalah tanggungjawab bersama.
Ya, tapi CARAnya bergantung kepada;

>> tempat
>> masa
>> objek dakwah yang mendiami tempat tersebut
>> penguasaan seorang daei terhadap tempat dan objek dakwahnya (ilmu).

Mentang-mentang ada orang nampak hebat, nak suruh dia buat macam-macam.. Hai.. mau tak rasa kena paksa?

I know to what extent I can do, and I also know what are my strengths and weakness..

the most important thing, i'm very new and have not yet " menguasai persekitaran " baru ini dengan baik! give me time to ready, I'm working towards it..

Tidak bercakap secara terangan tentang ISLAM, bukanlah bermaksud saya tidak melakukan dakwah.
heh.. ini adalah post yang lepas perasaan kot..

Rabu, 3 Oktober 2012

kebersamaan....

Selamat menjalani hidup sebagai hamba Allah.

Kita adalah makhluq Allah yang di beri "kehendak"..

Macam-macam kita nak.. Dari tubuh badan yang sihat, hinggalah rumah yang besar cantik.. Kehendak dunia.

Jika kehendak itu di kawal dan dijaga, ia akan jadi satu motivasi yang baik untuk mendekatkan diri pada Allah, akan tetapi jika ia tidak dikawal dan tidak di pandu dengan ilmu dan wahyu, maka jadilah kita seorang manusia binasa akhiratnya. Semoga Allah menjauhkan kita dari keadaan sebegitu.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
kebersamaan dengan masyarakat sangat penting. kerana apakah?
Kerana kita semua ada pengaruh terhadap sekeliling, tidak kira baik atau buruk..

Maka, jika diberi pilihan:

>> memberi pengaruh baik
>> memberi pengaruh kurang baik..

yang manakah kita akan pilih?
Pastinya kita hanya mahu memberikan yang baik-baik. ye tak?

Oleh itu, apabila bersama dengan masyarakat.. kita mahu dipengaruhi atau mempengaruhi? dua-dua boleh asalkan BAIK disisi Allah.

Masalahnya, apakah kita akan sentiasa terdedah dengan pengaruh baik sahaja apabila berada bersama masyarakat? huhu...

mustahillah ada pengaruh baik jeee kan?

Bagaimana mahu menjadi kuat, iaitu:

>> tidak terpengaruh dengan pengaruh buruk
>> terpengaruh dengan pengaruh yang baik
>> mempengaruhi orang lain dengan perkara baik
>> tidak membawa pengaruh tidak baik dalam masyarakat

Bagaimanakah??

untuk menjadi kuat, kita perlukan

ilmu >> untuk kita menilai dengan BETUL mana satu baik atau buruk.

kekuatan menguasai diri >> untuk menjaga diri dari perkara  buruk selepas mampu menilai.

hubungan dengan Allah >> agar kita dapat istiqamah dengan kekuatan tersebut.

Sesungguhnya pergaulan seharian sedikit sebanyak membuatkan pengaruh baik dan buruk  menjangkiti diri kita.. Inilah kepentingan bangun malam dan berhubung dengan Allah setiap hari 5 waktu..

Semoga Allah memberi kekuatan dan membersihkan kita dari dosa.. InsyaAllah!

Selasa, 2 Oktober 2012

kacau madu ikut jam...

Assalamualaykum warahmatullah..

Semoga kita berusaha dan mencari jalan terbaik untuk mencari keredhaan Allah.

Tujuan dan matlamat hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Dari mana kita tahu? Dari petunjuk dan wahyu Allah.. Surah az-dzariyat ayat 57 dan surah al-baqarah ayat 30..

Inilah tujuan hidup kita..

Mendekatkan diri pada Allah.
Bukan mendekatkan diri pada perkara-perkara atau individu selain Allah.

Apakah pendirian kita apabila ada seorang yang tidak dikenali (walaupun dia digelar ustaz), apabila dia mengajarkan pada kita..

"Makanlah madu sebab ia banyak khasiat dan kacaulah madu ikut jam, sebab kalau lawan jam nanti kita akan jadi lebih jauh dari ka'abah"..

Madu banyak khasiat >> betul, Allah sudah beritahu, kajian sains pun sudah cuba membongkar khasiatnya.

kalau kacau madu lawan jam nanti jauh dari kaabah >> apa masalah kita jauh dari kaabah? bukankah kita di Msia ini memang jauh dari Kaabah? Tidakkah kenyataan ini berbunyi pelik/ajaib sekali?
dan yang lebih penting, bukankah tujuan hidup kita adalah untuk mendekatkan diri pada Allah? dan bukan lain-lain..

oleh itu kawan-kawan mari kita ambil pengajaran beberapa perkara dalam contoh kisah diatas:
  1. pastikan kita tahu maksud "ustaz" yang sebenar.. dan siapakah sepatutnya kita panggil ustaz  >> maksud ustaz adalah professor.
  2. pengajian yang benar, tidak akan bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah >> tiada unsur pelik/ajaib dalam agama Islam, kerana ia adalah agama untuk makhluq Allah yang tidak pelik dan ajaib (manusia dan seluruh makhluq yg ada sekarang)

Ahad, 30 September 2012

macam bagus

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

oloh, tulis blog tu macam bagus sokmo.

terjemahan:
tulisan dalam blog tu, macam bagus je.

Hai dah taklarat dah nak layan bisikan syaitan tau..
kadang-kadang "termakan" juga bisikan syaitan..
Astaghfirullah..

Ginilah nak bagi tenang hati dan nak bagi hati itu lebih ingat Allah.
dari mengomplen sana-sini..

eloklah seseorang itu tulis macam bagus walaupun kat luarnya nakal macam tembikai.. sekurang-kurangnya dapat juga pahala buat baik dan semoga penulisan itu akan menjadikan dia kurang tembikai di luar nanti.. InsyaALLAH.

Sabtu, 29 September 2012

Perempuan itu...

Pada suatu hari..
Umar Al-khattab r.a telah ditahan oleh seorang wanita tua..
lama betul.. layan wanita tua itu bersembang..
(sembang tu berbual la >> kot ada orang tidak faham maksud bersembang)..

Hingga para sahabat lain bertanya:
Wahai umar r.a, mengapa begitu lama sekali engkau melayan wanita tua ini??

Umar r.a menjawab;
Kamu tidak kenalkah dengan siapa aku sedang bercakap?
Inilah wanita yang didengari pengaduannya oleh Allah, sehingga turun ayat pertama surah Al-Mujadilah..

titik.

Ok, kalau dengar cerita sahabat memang menusuk jantung hati punya.

Lihatlah sifat tawadhu' yang ada pada seorang sahabat...
Umar adalah seorang sahabat di jamin ahli syurga, khalifah pulak tu.. Bukan hanya menguasai Makkah atau Madinah.. tapi satu kawasan yang sangat besar di muka bumi ini..

Orang beginilah yang kita nak jadi kan contoh teladan..

Khamis, 27 September 2012

bawak usrah tak glemer..

Kalau bagi ceramah,
orang awam datang..
dengar, gelak sikit-sikit..
pastu dapat upah duit.
Kalau best, nanti orang tolong promosi..
pergilah ceramah dia.. -best-

tapi..
kalau bawak usrah?
takde orang awam datang setiap kali perjumpaan..
duit upah?
siap habis duit lagi..
promosi?
lagilah tiada..

Jadi tak perlu masuk sistem tarbiyyah.. sebab rugi duit dan tidak glemer.

ok siapa yang sudah hampir percaya semua kat atas ni, tolong baca sampai bawah ye..

Seorang bayi yang dilahirkan perlu dipegang, dicium, diasuh dengan kasih sayang, selain bercakap, bersembang dan meluangkan masa kualiti secukupnya agar dia membesar menjadi manusia yang baik, berbudi bahasa dan bersopan santun atau pendek ceritanya jadi manusia lah..

kan?
ok jika anda belum lagi mempunyai anak, ketahuilah, ini adalah hakikat mendidik seorang manusia.

Sekarang..

Seorang "manusia" yang tidak cukup "keislamannya"... Yang kita mahu dia menjadi ISLAM sepenuhnya.

Maka bagaimanakah cara kita?

Ya, manusia tersebut perlu dibelai, diasuh, diberi masa kualiti (bergaul dan beramah mesra) barulah "manusia" yang tidak cukup "keislamannya" itu akan menjadi ISLAM sepenuhnya..

Oleh itu, apakah cukup hanya dengan mendengar ceramah sana sini mampu membentuk seorang manusia menjadi Islam sepenunhnya??

Ceramah 
tidak mampu memberikan perhatian pada setiap pendengarnya.
dengan ceramah,
penceramah tidak mampu mengenali pendengar secara mendalam..
ceramah
hanyalah satu penyampaian ilmu secara umum tanpa mempertimbangkan situasi pendengar secara tepat mengikut keperluan pembentukan seorang manusia..

Tapi dengan usrah, semua diatas boleh dilakukan...

Nilailah dengan mata hati..
apakah ceramah itu lebih mencapai matlamat hidup atau usrah??

Pilih antara dua alat untuk mencapai matlamat hidup..? ceramah semata atau usrah?
(jika tidak tahu matlamat hidup, sila browse web ni, hingga bertemu artikel berkaitan)

Selasa, 25 September 2012

always....

Selamat hari lahir, selamat bersedia untuk bertemu-Nya..

Hari lahir tidak sepenting hari kematiaan..
Tidak dinafikan, hari lahir juga penting kerana tanpa kelahiran, mana mungkin kita akan mati..kan?

Siapakah yang menghidupkan dan mematikan manusia?

Pasti ada satu kuasa hebat yang mampu menghidup dan mematikan. Sekadar mahu mencipta sesuatu yang baru pun, manusia perlukan panduan atau pencetus..

Tapi Dia, Yang Menghidupkan dan Mematikan.. tidak perlukan panduan atau pencetus untuk mencipta suatu makhluq yang baru...

Siapakah Tuhan yang sangat hebat ini?

Isnin, 24 September 2012

oh!

Selamat pagi dan selamat petang...
Selamat hari isnin dan selamat masuk kerja.. kalau bekerja.. Kalau belajar selamat masuk kelas.. ^_^

......

Apa itu dakwah?

perasan tak kita telah mengecilkan skop dakwah pada:

ceramah saja.
tazkirah setiap hari sabtu sahaja.
menegur orang sana-sini.
bercakap perkara baik-baik..

ya lah.. ini sebahagian dari dakwah. tapi ia hanyalah sebahagian kecil sahaja..
bukan semua tempat perlukan dakwah jenis ini.Lain tempat, lain cara dakwah.. yang penting tujuan dan matlamatnya adalah sama.

......

maka apakah itu dakwah sebenarnya?

dakwah itu menyeru manusia kepada Allah dengan menggunakan perkataan dan perbuatan.

Perkataan itu termasuklah tulisan dan kata-kata.. perbuatan pula termasuklah pergaulan seharian dan contoh teladan yang baik.

ok, itulah maksud dakwah.

Selamat menambah ilmu dan terus beramal.


Ahad, 23 September 2012

Apakah yang terlintas di otak..

bila perkataan ISLAM di sebut??

bulan sabit.
kitab yang tebal dan bersiri.
ustaz.
melayu!
arab.
rigid.
keganasan.
orang pakai tudung labuh.

In one fine day, i talked to a friend.. What is striking ur mind when u hear the word Islam?

oh, it is malay >> a religion for malay...

terjemahan:
Saya telah bertanya pada seorang kawan pastilah seorang yang bukan Islam. "Apa yang terlintas difikiran awak bila mendengar perkataan Islam?"
jawapan dia: oh, melayu, Islam adalah agama orang melayu...

.......

Sesungguh Rasulullah di utuskan sebagai rahmat ke seluruh alam.. Bagaimana ia jadi orang melayu punya??

Apa yang kita/orang melayu dah buat hingga ada non-muslim menyangkakan agama Islam yang mulia ini sebagai agama orang melayu ???

Oh wahai kawan-kawan..

Islam itu apakah sebenarnya?

Sabtu, 22 September 2012

Allah tidak akan membiarkan kita 4

Selamat hari sabtu dan selamat hari ahad.

Pagi adalah waktu yang sentiasa indah dan bahagia.. berbanding petang. tidak bersetuju eh??

Pagi petang siang dan malam adalah waktu ciptaan Allah. Hebat. Siang yang terang benderang boleh diliputi malam yang gelap pekat.. Kemudian, malam pekat itu akan kembali diliputi siang yang cerah dan terang..

Subhanallah.

Hebat.
Apakah kita mahu sama tarafkan kemampuan Tuhan dengan manusia? Iaitu dengan cara menyatakan Tuhan itu perlukan ramai Tuhan lain untuk menjalankan kepelbagaian peranan?.. 1 Tuhan khusus untuk 1 peranan. Seolah-olah kita telah menghadkan kekuasaan Tuhan kepada tahap penguasaan manusia yang tidak mampu melakukan 100 tugas sekaligus..

Maha Suci Allah!

Tiada Tuhan Yang Layak disembah melainkan Allah.

Tuhan sehebat Allah.. dan sememangnya tiada lagi Tuhan selain Allah..

Akan tetapi mengapa manusia masih memilih sesuatu yang keras, kaku, bisu, pekak dan TERBUKTI tiada apa-apa kuasa mahu pun kehebatan menjadi bahan sembahan mereka..??

Sesungguhnya..
Solat itu sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah.
Solat itu sebagai tanda kehambaan kita pada Allah..

Sebagai tanda syukur kita kerana Allah telah memberikan segala nikmat yang kita perlukan... Yang kita perlu tidak semestinya yang kita minta dari-Nya. Mungkin kita tidak pernah terfikir untuk meminta suatu nikmat itu kerana Dia telah memberikan..

Ya, solat sebagai tanda syukur kita pada Allah!

Ia membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya dan lebih tenang dalam urusan seharian sementara masih dalam perjalanan untuk bertemu-Nya.

habis.

Isnin, 17 September 2012

Allah tidak membiarkan kita 3

Selamat pagi dan selamat tengahari.

Artikel ini masih dalam isu orang taknak solat walaupun dah tahu solat itu wajib.

.....

Kalau kita lapar, kita tahu kita nak cari makanan untuk makan. Sebab kita ada satu ilmu pengetahuan yang Allah beri; Lapar boleh dihilangkan dengan makanan. Bukan dengan tengok buku senarai menu.. kan?

Haaa... samalah macam solat, bila jiwa manusia yang lapar, kena banyak hubungan dengan Allah (terutamanya solat)..
bukan dengan cara mengaku je Islam...

......

boleh terima tak analogi macam ni?? hehe. boleh takboleh terpulanglah cikadik dan cikkakak..

...

Tujuan utama solat bukanlah untuk meminta Allah memberikan kita sesuatu. Faham ke?

Solat adalah satu keperluan jiwa manusia macam badan manusia perlukan makanan..

Orang tidak percaya Tuhan pun percaya manusia perlu makan untuk hidup..

Tapi kenapa susah sangat kita nak terima yang jiwa manusia akan 'mati' jika dia tidak berhubung dengan sumber 'kekuatan' jiwanya?? iaitu Tuhan...

bersambung


Entri terkenal