Khamis, 31 Mei 2012

Al-Quran mengubat manusia hingga ke akar umbi

Hai!..
Suka hati je hai-hai kan..

untuk menarik manusia, kita perlu mengikut tarikan mereka dahulu.. sikit je. hingga mereka rasa kita sebahagian dari mereka.. jangan sampai mereka tarik kita terus.
Fuh.
Main tarik tali ni memang bahaya. Kalau tidak kuat, mahunya terperosok ke kawasan lawan. Masuk ke kawasan lawan ok lah lagi.. Kalau terperosok ke lembah maksiat??

Minta Allah jauhkan kita semua dari kekalahan hakiki ini. InsyaALLAH.

Apa nak buat bila melihat manusia buat maksiat pada ALLAH secara terangan?
Ala..

mendedahkan aurat..
bergaul lelaki perempuan tanpa batasan..
mensyirikkan Allah..
Melalaikan ibadah-ibadah dan hubungan dengan ALLAH..

Apa-apa lah lagi.

Mensyarahkan haramnya sesuatu perkara itu, tidak akan mengubat manusia yang melakukan maksiat.. betul tak?

Kalau pun hebat ustaz itu, Arab mari punya pun.. Duk syarah yang tu haram yang ni haram, tu tak elok ni tak elok.. itu tak boleh ini tak boleh.. Mahu ke manusia jahil itu mendengar kata-kata ustaz Arab mari punya, siap hafal Quran mantop lagi.. Bukan setakat hafal Quran, segala mak nenek kitab agama ustaz tu hafal pun.. jangan harap manusia nak dengar...

ops maaflah kalau ada yang rasa terkena.

Sakit manusia yang melakukan segala maksiat itu perlu di ubat puncanya.. Sebagai mana kita mengubat penyakit gatal-gatal..

Gatal-gatal itu boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara berlaku dalam badan..

Jika ubat diberi untuk menghilangkan gatal, SEBAB yang menghasilkan kegatalan itu masih ada.. dan bila-bila masa sahaja pesakit akan gatal semula sebaik ubat gatal sudah habis..

maksiat itu hanyalah gatal-gatal.
Ada satu sebab kenapa manusia melakukan maksiat tersebut.

Sebab itulah yang kita mahu ubati. Bukan sekadar gatal-gatal maksiat itu. Itulah akar umbi yang kita mahu ubat.. Sebab itulah yang hanya dapat di ubati dengan Al-Quran..

Kembalilah pada Al-Quran.. Carilah Allah.. Disana ada ubat paling mujarab. Tidak perlu kaunseling pelik-pelik dan susah hingga jadi susah untuk sihat.. Semua manusia MAMPU memahami AL-Quran kerana ia di turunkan untuk KITA! ada ke yang baca blog ni bukan manusia? hehe..

Al-Quran untuk kita ye.
BUkan untuk Rasulullah dan orang beriman sahaja.
Untuk semua manusia, tidak kira beriman atau tidak..

Rabu, 30 Mei 2012

Islam itu apakah

Selamat malam dan selamat beribadah.

Allah yang menciptakan malam supaya manusia berehat dan beribadah pada waktunya.
Allah jugalah menciptakan siang agar manusia bekerja dan beribadah pada waktunya.

Tiada sesiapa bertanya tentang Islam..


  1. Kamu tidak rasa mahu tahu kah tentang Islam?
  2. Kenapa kamu hanya begitu teruja untuk tahu sebab orang berbuat begitu dan begini??

Soalan kedua itu untuk ditanyakan kepada diri sendiri ye. Di larang bertanya pada orang lain.

Ada orang cakap:

islam itu cara hidup..
islam itu kepercayaan..
islam itu akhlaq mulia..
islam itu kesejahteraan.
islam itu ibadah..
islam itu indah..
islam itu rupa paras dan pakaian..
islam itu ceramah dan peringatan..
islam itu amalan dan perbuatan harian..
islam itu bekerja dengan amanah
islam itu teknologi dan moden..
islam itu mesra alam

semua orang cakap itu betul..
Tapi islam bukan setiap perkara terasing-asing itu..
tapi islam adalah SEMUA sekali yang ada di  atas..

"Wahai orang  yang beriman, masuklah Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu" 
Surah baqarah: 208

ya...
Islam bukanlah pandai baca Quran sahaja.
Islam bukanlah pandai tajwid dalam al-Quran sahaja.
Islam bukanlah menghafal Quran secara lancar sahaja..
Islam bukanlah menulis "agama" di blog-blog
Islam bukanlah pandai syarah kerja disudut agama
Islam bukanlah mula majlis dengan al-fatihah semata..
Islam bukanlah untuk ustaz ustazah sahaja..

Dan dengan sekadar bercakap tentang sebahagian ajaran Islam..
Belum pun melayakkan kita menjadi ustaz ustazah..

Kerana tugas untuk menyampaikan Islam bukan terletak pada ustaz ustazah sahaja..
TAPI pada setiap yang mengetahui!

Selasa, 29 Mei 2012

cakap tak serupa bikin

Selamat berlatih untuk melalui Ramadhan yang akan datang. InsyaALLAH.
Ramadhan adalah hadiah Allah buat kita, di sana ada satu malam yang ditunggu.. Malam yang lebih baik dari seribu bulan..

.........

Kekadang kita marah bila jumpa orang bercakap lebih kuat dari perbuatannya.
Subhanallah, berbicara dan bersyarah kalah professor..

"apalah cakap tak serupa bikin"..

Marilah kita anjakan paradigma kita..

PAradigma itu kerangka fikiran maksudnya.

Sekurang-kurangnya orang yang cakap tak serupa bikin ini, dia bercakap perkara kebaikan dan pahala..
Berbanding manusia yang bercakap yang tidak beradap dan sia-sia..
Lebih baiklah dia bercakap perkara kebaikan, walaupun dia tidak berbuat.... ^_^

Mana tahu selepas bercakap, itu mendorongnya untuk berbuat dan memberi kekuatan padanya untuk memulakan langkah untuk berbuat suatu perkara dengan lebih baik.. ^_^

p/s: kadang-kadang bengan juga bila orang/diri sendiri syarah je hebat..

Isnin, 28 Mei 2012

mengapa begitu mudah kita mempermainkan kebaikan

Cukuplah Allah sebagai saksi.
Menunjukkan nilai amalan itu bukan menurut pendapat manusia.
Tapi bagaimanakah ia dinilai oleh Allah.

Walaupun nilai amalan itu di ukur oleh Allah, bukan bermaksud kita tidak perlu mendengar nasihat manusia.
Ia hanya bermaksud, terimalah nasihat manusia apabila ia selari dengan perintah ALLAH..

entah kenapa..
Bila manusia memberi nasihat,
kita cenderung memperkecilkan mereka.
Kita korek dan cari kelemahannya..
Sedangkan kata nasihat yang lahir dari mulutnya itu tidak lain dan tidak bukan dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap kita..

Apabila melakukan maksiat..
kita tidak rasa terhina.
Malah rasa bangga dan hebat..
Astaghfirullah.

tapi bila melakukan amal soleh,
kita jadi malu dan rasa rendah diri..
Mengapa wahai diri?
Tepuk dada, tanyalah iman.

Sesungguhnya syaitan sentiasa menghiaskan perbuatan maksiat kita kelihatan baik, bagus, macho dan "up to date"...

Hingga...
Kita rasa jauh, terasing dan ketinggalan zaman..
Bila hanya kita yang tidak berbuat maksiat tersebut.

Sahabat, kawan-kawan...
Bebaskanlah diri anda dari belenggu salah faham fikiran
Yang telah di "lakar" syaitan semenjak sekian lama..

Anda sebenarnya tidak hina sebagaimana  orang lain katakan..
Bila mana kamu sedang melakukan kebaikan dan pahala
kerana Allah sedang mengurniakan kebaikan-Nya kepada anda..
InsyaALLAH!

Ahad, 27 Mei 2012

Akhlaq mulia itu bila...

Salam sejahtera.
Ia tidak akan mampu menggantikan lafaz salam ummat Islam.

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Bila makan kenyang, rehat cukup, ruang selesa, rasa hidup penuh dengan kasih sayang maka..
Biasanya manusia akan jadi "jinak"..

Tapi..
Rupa sebenar akan terpancar bila..
rehat tidak cukup, perut kosong, kerja yang bertimbun, rasa tiada kasih sayang dan perhatian..

Maka..
Jika seseorang itu masih boleh berlaku sama akhlaq mulianya ketika senang dan susah itulah sabar dan syukur..

Akhlaq mulia bukan hanya di terjemah dengan sikap yang digemari manusia.. Tapi ia juga mesti lah selari dengan kehendak ALLAH.

Akhlaq mulia dan kebaikan itu bukan pada ukuran manusia.. Tapi pada ukuran agama dan kehendak ALLAH.

Gigih dan amanah dalam bekerja bukanlah sehingga melupakan hak-hak Allah ke atas diri kita.

Jujur bukanlah hingga tidak mampu mempertahankan Allah itu Tuhan kita dan kita WAJIB tunduk pada-Nya.

Walau dengan siapa pun kita bekerja..
jujur, amanah dan akhlaq mulia itu bukan untuk mereka, tapi untuk diri kita sendiri agar selamat di hari akhirat sana.

Sabtu, 26 Mei 2012

antara dua mahu pilih yang mana?

Selamat pagi dan semoga sentiasa merasai kehadiran ALLAH disisi..

Jika kita bertemu dua manusia,

dua-dua seolah-olah akan jatuh dalam gaung..

Seorangnya masih sempurna anggota badannya, manakala seorang lagi sudah hampir putus kepalanya...

Yang manakah mahu diselamatkan dahulu??

................................

bagi yang kurang faham..
inilah maksudnya..

Jika kita bertemua seorang muslim yang tidak sempurna penghayatan Islamnya berbanding seorang yang sama sekali tidak Islam, apakah prioriti dakwah kita??

Selamat berfikir dan mencari jalan terbaik demi redha Allah!

Selasa, 22 Mei 2012

Allahu akbar!

Slm.
[nampak sangat malas nak menaip].

Ikut kan hati yang terbakar, mahu sahaja membalas kata-kata pelik dan panas itu.
Tapi entah kenapa..
Bila duduk dan mengadu pada ALLAH, amat berharap orang itu akan terbuka hatinya untuk menerima ISLAM..

Pernah satu hari..
Dek terlalu panas telinga mendengar leteran/sindiran karut nya..
terpaksa berhenti dan tidur sebentar. tidur lena punya.. Alhamdulillah, solat dan munajat jugalah penenang jiwa.

Entri ini mahu diakhiri dengan satu soalan:

Apa nak buat bila orang suka sangat buat temujanji waktu solat, terutamanya non-muslim??


Sabtu, 19 Mei 2012

Satu fakta menarik..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"Bacalah dengan nama Tuhanmu"
Surah al-Alaq: 1

Membaca amalan mulia.
Siap ada program "Tun Dr. Mahathir sebagai ikon membaca Malaysia"..
Alhamdulillah manusia sedar kepentingan membaca.

Membaca tulisan-tulisan orang hebat..
Menghayati ilmu dan roh yang ada dalam tulisan mereka
Membuatkan para pembaca rasa terpanggil dan bangkit untuk beramal di jalan Allah.

Dan tiba-tiba terfikir:

"Selama aku membaca tulisan-tulisan mereka, tidak pernah terfikir untuk mencari penulis tersebut atau dengan kata lain.. siapalah penulis hebat ini"..


Kenapa ya?

kerana isi tulisan mereka adalah "menyeru manusia kepada ALLAH dan Islam"!

Mereka bukan menulis untuk menyeru manusia kagum dengan tulisan mereka...
Maha Suci Allah!

huhu...
untuk dijadikan renungan bersama.
Sekian.
Wassalam.



Jumaat, 18 Mei 2012

itulah hidayah Allah

Setiap hari mengulangi kata yang sama:

"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agamaku"..

Ia suatu penyaksian dan peringatan buat setiap orang yang bergelar muslim. Mahu atau tidak mahu berikrar, kita memang sudah pun mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah semenjak sebelum lahir lagi.

Menjalani hidup setiap hari dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab..
tidak sepatutnya melupakan kita pada tugas dan tanggungjawab paling asasi.

Ya.
Praktikalnya itulah yang berlaku.
Kita hampir terlupa akan tugas yang paling asasi itu!

Apakah tugas asasi kita?
Mendekatkan diri pada Allah dan mengajak orang lain untuk turut sama mendekatkan diri kepadaNya.

Setiap hari mengadap pesakit di hospital..
Berapa ramai yang memelihara solat mereka?
Apa peranan kita bila berada di situ?

Setiap hari melihat pesakit mengeluh dan menangis,
Bagaimana dan apa yang kita buat untuk mereka kembalikan kesedihan dan kesakitan itu kepada Allah??

Setiap hari mengadap pesakit di hospital
berapa ramai yang merasakan, bila dah sakit tak payah pakai tudung..
tak payah tutup aurat.. hanya dengan alasan sakit.
Apa yang kita boleh buat?? Macam mana kita nak buat??

Bagaimana pula bila berhadapan para doktor, rakan sejawat dan jururawat??
Apa boleh kita buat dalam keadaan kita sangat baru dan serius banyak benda tak reti...


Apalah guna kerja dan kerjaya itu jika hanya pergi ke hospital hanya untuk
memastikan pesakit yang betul telah mengambil ubat yang betul dalam dos dan masa yang betul.

Apa beza pegawai farmasi yang selalu melafazkan

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

dengan

seorang pegawai farmasi yang kafir dan tidak beriman pada-Nya??

Apabila kedua-dua pegawai farmasi itu hanya bertugas untuk
memastikan pesakit yang betul telah mengambil ubat yang betul dalam dos dan masa yang betul -dimanakah perbezaan mereka disisi Allah.

Apakah kemuliaan yang akan diperoleh oleh seorang pegawai farmasi muslim jika dia hanya melakukan peranan yang sama dengan pegawai farmasi non-muslim??


Bagaimana dia mahu menuntut syurga dan kemuliaan pada ALLAH di hari akhirat kelak?


Subhanallah!

-inilah kepentingan dakwah dan akhlaq yang mulia!

Khamis, 17 Mei 2012

Sesuatu yang best utk direnung

Selepas terlalu letih melakukan tanggungjawab,
hendaklah bermuhasabah..
Apakah aku telah melakukan semua ini kerana Allah?

Jika tidak.
Bertaubatlah, luruskan niat tanam azam untuk lebih ikhlas dimasa hadapan.
Jika ya,
tambahkan istighfar dan teruskan melakukan amal.

Muhasabah itu selepas melakukan sesuatu.
Jika sebelum melakukan, kita panggil rancangan atau niat...

sambil makan roti cicah gulai ayam kurma selang seli dengan sayur timun dan tomato..
Mari kita senaraikan kenikmatan-kenikmatan dunia yang ada pada kita:


ibubapa yang sentiasa bersedia membantu

sahabat yang setia mendengar dan memberi nasihat

duit gaji yang banyak

makanan sentiasa sedap

kepetahan menjawab persoalan

mempunyai kawan yang ramai

dipercayai kawan-kawan dan rakan sekerja

walaupun sibuk, masih boleh berehat dan tidur dengan lena

memahami agama Allah dengan kefahaman yang benar


ok, banyaklah lagi senarai nikmat Allah pada kita..

Nikmat untuk disyukuri, iaitu digunakan sebaiknya agar kita mendapat pahala dan diredhai-Nya.

Bukan untuk berlagak dan menunjuk.. ^_^

Nikmat Allah pada setiap kita sangat banyak. 

Menyenaraikan nikmat Allah adalah salah satu dari cara untuk kita mengurangkan tumpuan fikiran kepada "ketiadaan" pada diri..

dengan menyenaraikan nikmat Allah, barulah kita sedar sebenarnya kita ini banyak tak bersyukur...

okeylah.
bersyukur tu bukan dengan sekadar cakap alhamdulillah ye.
Macam mana nak buat?
Selamat mencari jalan..
bai.


Rabu, 16 Mei 2012

Hati yang sakit tidak akan mampu mengubat

Maha Suci Allah!
Yang telah menjadikan langit luas..
Indah berhiaskan bintang dan bulan..

Maha Suci Allah juga
Yang menjadikan bumi begitu indah
Terbentang dengan pokok yang menghijau..
Sungai yang mengalir deras ke lautan
Laut yang luas terbentang dengan pelbagai ciptaan

Allah Yang Maha Penciptalah
Yang menciptakan hati manusia.

Dengan hati itulah,
Kita dapat merasa gembira, sedih..
Merasa kecewa dan dendam..
Merasa riang dan lapang..

Dengan hati ciptaan-Nya juga
Kita boleh menjadi sihat dan kuat.
Mengharungi kehidupan sementara ini.

Tapi dengan hati ciptaan-Nya juga
Kita boleh jadi lemah dan sakit..
Jika kita tidak pernah mencari jalan untuk membersihkannya..

Setiap hari melihat manusia menanggung sakit fizikal..
membuatkan hati benar-benar terketuk..

sakit fizikal..
Begitu ramai para pegawai profesional kesihatan berganding bahu
untuk merawat seorang pesakit..

Tapi sakit dihati..
Mengingkari kewujudan Allah,
Masih sukar untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah,
Tidak meredhai ketentuan Allah..

Siapa yang mahu merawatnya..
Jika para daei sendiri tidak pernah peduli tentang penyucian hati dan jiwanya..

Maha Suci Allah!

Ya Allah.

Berilah kami keupayaan membahagikan nikmat masa yang Engkau berikan, agar kami sentiasa lapang untuk terus tetap berada di jalanMu, walau sebanyak mana pun tugas dan tanggungjawab yang terpikul di atas pundak kami; hambaMu yang lemah ini.



Isnin, 14 Mei 2012

orang baik pun perlukan hidayah Allah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Betapa Allah Maha pemurah lagi Maha Penyayang kerana....

Saban hari kita melakukan maksiat. Ada je yang "ter" buat, tapi Allah tidak pernah menarik nikmat melihatnya kita, mendengarnya kita.. dan paling penting, nikmat untuk terus hidup dan bertaubat kepada-Nya.

Maha Suci Allah.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Kan?
Hampir majoriti manusia bersetuju..

Kadang-kadang pilihan itulah yang buat kan kita serabut pening 10 jam.

Mana 1 nak buat dahulu?
Mana 1 nak di utamakan?
Mana 1 nak disingkirkan?
Mana 1 nak diberikan..
Mana 1 nak dikecualikan..

Sungguh pening.
Nak-nak pula bila ada saja "nasihat-nasihat" tak diundang..
Kadang-kadang menambah kekeliruan, bukan menambahkan "terang"..

Masya Allah.
Dengan kehendak dan izin Allah.

Mari lihat kisah Nabi Muhammad s.a.w

Bila mahu berhijrah?
Rasulullah juga menunggu petunjuk dari Allah..

Tapi dalam masa yang sama baginda berusaha agar perjalanan hijrah baginda adalah selamat dan sampai.
merancang waktu keluar dan jalan yang akan dilalui, mengupah penunjuk jalan, mengajak teman, menyuruh Ali r.a menggantikan tempat tidurnya..

Itu semua usaha dan tawakkal Nabi s.a.w. seiring dengan petunjuk dari Allah.


Maka, semakin jelaslah pada kita..
Semua manusia perlukan HIDAYAH ALLAH.
Tidak terkecuali siapa pun dia, walaupun seorang Nabi..
Apatah lagi kita seorang manusia biasa..

Pohonlah pada Allah agar segala perbuatan dan pemilihan kita sentiasa seiiring dengan kehendak-Nya.
itu pun kena doa ke?
YES. itu pun kena doa.

Selamat berdoa dan teruskan usaha mencari redha-Nya!


Ahad, 13 Mei 2012

Anda rasa macho dengan merokok?

Assalamualaykum warahmatullah.

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi ini ada sebab dan tujuannya. Tidak seperti kita yang kadang-kadang melakukan sesuatu tanpa tujuan..

Mengapa Allah menciptakan langit dan bumi? Agar kita tunduk dan patuh hanya kepada Allah..

Lihatlah langit yang besar dan tidak pernah runtuh. Ia ciptaan siapakah? Allah Yang Maha Besar.. pasti. Jika langit yang dicipta sudah sebesar itu, pastilah yang mencipta itu jauh lebih besar dan berkuasa.. Tidak terfikir dek akal.. Tidak perlu fikir bagaimana besar, tapi sudah cukup dengan pengetahuan

"Allah Maha Besar"

untuk menjadikan kita rasa takut, tunduk, patuh dan berusaha untuk mendekatkan diri pada-Nya.

dari penciptaan langit, mari kita terus gerakkan pandangan mata pada diri kita sendiri...

Siapa yang mengawal gerak jantung kita?
Apakah kita yang menentukan pergerakkan darah dalam badan agar terus 'berlari' keseluruh anggota badan??

Siapa yang mengawal nafas kita semasa kita tidur?
Apakah kita yang memberikan arahan untuk para udara
'sila masuk ke dalam peparu saya, terima kasih'
Ada ke??

Pastilah semua ini Allah yang kawal. Allah Yang Maha Besar..

Ya, Allahlah yang mengawal peparu dan jantung kita untuk terus berfungsi mengalirkan darah dan oksigen ke seluruh badan kita hinggalah sampai waktu yang ditentukan..

Sudah kita terima hakikat ini..
Mari kita tanya diri sendiri.

Apakah jantung dan peparu yang ada pada kita itu hanya berguna di waktu tertentu sahaja?
Oh, kenapalah bertanya soalan macam lucu sahaja..
Budak kecil pun tahu jantung dan peparu itu sangat penting.
Ia perlu dijaga dengan baik agar tidak hilang fungsinya.

Maha Suci Allah.
Akal kita sudah menerima fakta yang logik ini.
Tapi apakah perasaan kita pun selari dengan akal kita?

Fikirkan.
Selamat mencari hidayah Allah.
Saya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk anda semua yang membaca tulisan saya.
Sekian.


Rabu, 9 Mei 2012

Allah yang telah memilih anda

Bangun celik mata.
Perkara pertama yang paling bahagia untuk diingati ialah..

"Alhamdulillah Allah masih memberikan masa dan peluang untuk terus beramal dan bertaubat dengan nyawa ini"

Selepas bangun berniatlah untuk menguruskan hidup agar sentiasa berada dalam redha Allah.

Dan segala urusan kita, tidak akan mampu di urus kecuali dengan izin Allah.

Setiap kali menyenaraikan kerja dan mahu memulakan langkah, terasa tidak cukup masa, anggota badan dan kemampuan...

Mengingatkan Rasulullah s.a.w yang bertugas,

  • menjadi Rasul, 
  • melayan ummat Islam dalam dan luar Madinah, 
  • menjalankan tugas sebagai ahli keluarga, 
  • pergi berperang, 
  • beribadah dan berkhalwat dengan Allah
  • menyusun strategi pemerintahan.. 
Tiada pula baginda mengeluh tidak cukup masa dan tidak mampu.. Semuanya baginda lakukan dengan tabah, sabar dan bahagia..

Biarpun sedih, luka, letih...
Rasulullah tetap meneruskan tugasnya.
Rasulullah tetap menjalankan segala tanggungjawab..

Ya Allah!
rindunya mahu bertemu utusanMu ini..
Betapa susahnya mahu mencontohi hambaMu ini..

Tapi susah itu bukanlah alasan.
Kerana hati yang tenang..
Tidak pernah merasa susah hati dengan kesusahan sementara ini.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
Surah Al-Fajr: 27-30

Sesungguhnya, bukan kita yang berkuasa menetapkan hati untuk terus berada di atas jalan ini..

Tetapi Allahlah yang telah memilih kita untuk terus berada di jalan ini.
Maka teruskanlah usaha!


Selasa, 8 Mei 2012

mencari dan teruskan pencarian


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mus'ab bin Umayr r.a.
Siapa masih belum kenal beliau??

Inilah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang MATI SYAHID di Uhud, perang kedua terbesar selepas di Badar.

Mus'ab bukan pelajar lulusan universiti.
Mus'ab juga bukan pelakon terkenal macam fahrin
[eh sapa entah, rasa macam pernah dengar].

Siapa Mus'ab?
Mus'ab adalah anak orang kaya yang sangat tampan.
Beliau memang terkenal lah di Makkah.
Menjadi kegilaan para gadis...
Pakaian dan minyak wangi nya sungguh mahal..
Anak kesayangan ibunya.

Apabila mendengar perutusan Rasulullah s.a.w,
Mus'ab telah memeluk Islam.
Subhanallah.

setelah memeluk Islam, ibunya telah menarik semua kemewahan yang diberikan..
Jadilah Mus'ab seorang pengutip dan penjual kayu api, untuk mencari rezeki dan meneruskan hidup.

Penjual kayu api di zaman Mus'ab, ibarat tukang sapu zaman sekaranglah. Ada orang pandang ke kerja macam tu??

Bukan sahaja tidak memandang malah mengutuk, anda setuju?

Mus'ab bin Umayr yang jadi penjual kayu api inilah yang di hantar Rasulullah s.a.w menjadi DUTA baginda ke Madinah..

Ok di ulangi sekali lagi.
DUTA RASULULLAH s.a.w di Madinah..

Mus'ab bin Umayr HAFAZ ayat-ayat Quran yang telah Rasulullah s.a.w ajarkan..
bukan sahaja hafaz, malah faham dan mampu mengajarkannya kepada penduduk Madinah..
Mahu tambah lagi, bukan sahaja mengajarkan pada penduduk Madinah yang datang bertemunya, malah kepada seluruh penduduk Madinah..
Yang datang atau yang tidak mendatangi nya.

MasyaALLAH!

baiklah.
Duta Rasulullah ke Madinah, maksudnya Rasulullah tiada bersamanya..
Tiada perjumpaan mingguan bersama Rasulullah..
Tiada MULTAQA, daurah dan nadwah.

Tapi Mus'ab tetap istiqamah menjalankan tugas.
Mus'ab tetap TABAH dan SABAR meneruskan tanggungjawab sebagai duta.
Tidak sampai pulak cerita pada kita yang terkemudian ini..
Tentang ketidak puasan hati Mus'ab kerana dirinya telah di abaikan..
Tiada pun edisi cerita menyatakan Mus'ab mengeluh kerana dihantar begitu jauh dari Makkah untuk melaksanakan tugas yang berat.

Maha Suci Allah!

Bersihkan hati, kuatkan jiwa dengan tarbiyyah zatiyyah wahai daei.
Kita semua daei.

Ya. Kita semua.
Bukan hafiz hafizah sahaja.
Bukan ustaz ustazah sahaja.
Bukan yang berlatar belakang sekolah agama sahaja.
Bukan yang petah bercakap sahaja.

Mus'ab telah membuktikan, Islam itu rahmat ke seluruh alam.
Mus'ab juga membuktikan, ter'campak'nya daei itu ke satu gurun 'jahiliyyah' telah membuatkan ia menjadi kawasan subur 'iman'..

Ya Allah!

Jauhilah kami dari bisikan syaitan yang mengelirukan.
Bisikan syaitan yang membuatkan kami me'reka' sejuta alasan uzur.
Kerana tercampaknya diri di gurun jahiliyyah..
Berilah kami kekuatan untuk menyuburkan diri dan tanah gersang ini dengan limpahan iman..

"Sesungguhnya kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Muhammad Rasulullah sebagai Nabi kami dan Islam itu sebagai agama dan cara hidup kami".


Sabarlah.
Teruskan bersabar.

Istiqamahlah.
Teruskan istiqamah...

Redhalah.
Teruskan bersyukur..

Tawakkallah.
Teruskan berusaha..
Kerana janji Allah itu dekat!.



Isnin, 7 Mei 2012

Perjalanan mengenali Allah

Allahu akbar!
Allah Maha Besar.

Allah telah mengajarkan manusia utk melihat langit dan bumi untuk mengenali-Nya.
Dengan kata lain, mengenal Allah dengan melihat pada makhluq ciptaan-Nya..

Maha Suci Allah.

Bertemu, melihat, mendengar dan merasai sendiri KEBERSAMAAN para pejuang di jalan Allah adalah nikmat Allah yang sangat infiniti harganya.


Para Pejuang yang memulakan dakwah sewaktu tiada manusia lain pun mahu memikul tanggungjawab itu.
Pejuang yang begitu ISTIQAMAH melaksanakan dakwah semenjak dahulu hingga sekarang..
Semenjak dahulu seorang dua hingga sekarang beratus ribu..

Mereka seolah-olah tidak penat.
Mereka yang sangat berlapang dada melayan kerenah generasi pewaris dan pelapis dakwah yang begitu manja.
Mereka yang sangat SABAR dan tabah mengharungi ujian dan kekurangan..
Mereka yang sangat REDHA dengan ketentuan Allah.
Mereka yang begitu bertawakkal dalam setiap tindakan dan usaha..

MasyaALLAH!

Terasa seolah-olah menemui murid-murid Aisyah binti Abu Bakar r.a..
Seolah-olah bertemu semula dengan "kehilangan" yang sudah lama dirindui..

Segala puji hanyalah untuk Allah.
Yang telah mengizinkan hidayah-Nya sampai ke bumi Malaysia..
Yang telah membina dan melahirkan para pejuang perindu mati syahid.

Allahu akbar wa lillahi al-hamd!
Allah Maha Besar dan Semua pujian itu hanya untuk-Nya!

Jumaat, 4 Mei 2012

"clinical"...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Jika bukan kerana bantuan Allah, maka sesungguhnya aku sudah tiada kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai orang yang begitu banyakkk tanggungjawab kat hospital.
ok, ayat ni dah bunyi macam stress je kan. bunyi je tu, tapi rasanya tidak. hehe.

..................

Setiap hari perlu ikuti perkembangan 3 orang pesakit.

2 hari sudah berlalu.
1 hari tidak sihat.
1 hari kursus.
Jadi jumlah hari dalam "clinical" sepatutnya; 4.
4 hari x 3 pesakit = 12 pesakit.

Tapi dalam senarai cuma ada 7 pesakit..
Serabut kejap.
Mana nak cari lagi 5 pesakit tu?

Tiba-tiba buat matematik pulak kat blog yang serba indah ini. [indah la sangat].

Otak betul-betul ligat mencari jalan terbaik untuk menghadapi situasi ini.
Letih.
Bukan bersenam, tapi berfikir mencari jalan.

Haih, kalau bukan kerana dakwah dan tarbiyyah, dah lama tinggal kerja susah ni.
oh itulah kalau dari syaitan..

Bagaimana mahu mengumpul kes dengan senang, cepat, tersusun dan tidak tertinggal fakta??..
oh, memang mencabar.
3 hari pertama masuk wad memang berterabur..!!
Macam tak pernah masuk wad semasa belajar dulu..

Akhirnya Allah tunjukkan jalan.
Buatlah CP2 sendiri. Kan sudah ada formatnya??
Ye lah.. CP2 yang ada kat hospital tu "sempit" sangat. Nak tulis pun serabut atas kertas tu.  

Ops, CP2 itu suatu jenis borang yang perlu diisi untuk membuktikan pegawai farmasi telah mengikuti kes pesakit tersebut sepenuhnya; semenjak masuk hospital hinggalah keluar hospital... ^_^

Ha.. tambah hensemlah kertas sempit itu kalau diisi dengan tulisan besar dinasor cik mutiara bd ini. 

sambil-sambil buat CP2 sendiri tu, teringatlah zaman-zaman sekolah dulu.. Lagi-lagi lah para cikgu [pensyarah-pensyarah] yang mengajar Pharmacotherapeutics... 

Oh rasa rindu pulak dengan kelas-kelas mereka yang kadang-kadang best, kadang-kadang THRILL.. kadang-kadang bosan.. 
mereka adalah pensyarah-pensyarah yang bagi komen terus terang dan tak selindung-selindung punya..
Terima kasih teramat sangat!
Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian..
[of kos lah masa kena komen tu rasa nak nangis air mata darah kan]..

Itu pun tak semua komen yang masih lekat dalam kepala sampai sekarang..

Rindu sangat dengan pensyarah yang "mesra murid" macam mereka.

Semoga pensyarah-pensyarah saya [tak kiralah ajar matapelajaran apa pun] mendapat petunjuk dan hidayah terbaik dari Allah kerana perbuatan baik mereka [menyampaikan ilmu kepada saya]. InsyaALLAH. Ameen.

ok.. ini first time mutiara bd rasa rindu dengan pensyarah kat KOP tuh..


Khamis, 3 Mei 2012

Siapa tahu kisah yahudi buta?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pernah dengar kisah seorang Yahudi tua yang selalu mengutuk Rasulullah? Sedangkan Rasulullah yang setiap hari menyuapkan makanan untuknya.. Hinggalah pada hari wafatnya Rasulullah, Abu Bakar telah menggantikan Rasulullah..

Baru lah Yahudi tua itu tahu, rupanya yang menyuapkan makanan kepadanya selama ini adalah Nabi Muhammad s.a.w yang dikutuk setiap hari..

Masuklah Islam Yahudi tua tersebut.

Oh, apakah kita sesabar itu menghadapi manusia jahil lagi angkuh??

Huhu..
Cita-cita tinggi mahu menjadi daei..
tapi,
bekal masih belum cukup kuat untuk melaksanakan cita.

Allah,
Hanya Engkau kami sembah dan Hanya Engkau kami mohon pertolongan.

*wahai diri, kamu sebenarnya belum diuji dengan sebenar-benar ujian kerana kamu belum cukup kuat untuk menghadapi mehnah sebenar dalam perjuangan!

[pengsan sebentar]

Rabu, 2 Mei 2012

Nasihat menasihati

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Allah itu Maha bijaksana.. 
lagi Maha Pencipta..
Dijadikan makhluknya bermacam-macam jenis..
Bermacam-macam perangai.

Indah.
tapi kadang-kadang serabut kepala juga menghadapi keindahan ini.

"bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik dari mengasingkan diri dan tidak bersabar dengan kerenah mereka"..

Jika tidak salah, Hadith ini riwayat At-thabrani..

Jika tiada hadith ini, sudah lama mahu masuk hutan dan buat rumah sendiri.

Tenang.
Tiada gangguan.
Tiada peraturan pelik-pelik.

Sabar itu pada ketukan pertama.
Bukan selepas mengeluh dan membebel panjang.

Maha Suci Allah!

Sabarlah menghadapi manusia jahil.

 “Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami terhadap mereka.” (Al-Maidah: 34)

*setiap hari menurunkan diri ke medan, pasti ada sahaja perkara yang menuntut kesabaran dan kebijaksanaan seorang daei!

& aku masih belum berjaya mencapai kematangan sabar dan bijaksana itu.






Selasa, 1 Mei 2012

Ubat sebenar buat manusia

Berjalan-jalan di wad


Jalan-jalan disini bukanlah bermaksud "makan angin"..

Kerana berjalan dalam wad bukanlah aktiviti masa lapang, tetapi kerja wajib dilakukan untuk memastikan pesakit telah makan ubat tepat pada waktunya..

Selain untuk memastikan pesakit mendapat ubat yang betul, menepati penyakitnya..

Lain sakit, lain lah ubatnya..

Melihat manusia-manusia sakit secara fizikal dan mental.. Simpati. Ya, begitu ramai para pekerja dan staff hospital yang bekerjasama membantu merawat mereka..

Saban hari, belum sembuh pesakit sedia ada.. Masuk pula pesakit baru.. Ada juga pesakit yang masuk hospital umpama keluar masuk hotel..

Terlalu banyak penyakit.
dan pastilah begitu banyak ubat.
Tidak terhafal segala ubat dan dosnya.

Kadang-kadang terasa tidak berguna "jalan-jalan dalam wad"..

Kenapa?
Sekadar menyemak ubat-ubat pesakit,
memastikan pesakit makan ubat yang betul dengan dos yang betul..
Sesiapa sahaja bergelar pegawai farmasi pun boleh buat..

........

Sesungguhnya, apakah itu sahaja tugas pegawai farmasi yang

mengaku
bertuhankan Allah..?

Setiap hari membaca ma'thurat dan mengakui redha beragama Islam.
Setiap hari melafazkan redha ber Nabikan Muhammad s.a.w.

.........

Sendiri tanya sendiri jawab.
Belum cukup wahai penyeru manusia ke jalan Allah!

Entri terkenal