dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..
hari ini terpandang sebuah kereta tertera pelekat kereta dgn 1 ayat menarik perhatian penulis. ia berbunyi;
Muhammad itu pesuruh Allah dan Allah Maha Esa.
Sebaik sahaja terpandang akan ayat tersebut, perkara yg terlintas dlm fikiran penulis adalah; perlu kah saya menyatakan ayat tersebut hingga perlu dikempen melalui pelekat kereta?..
bagaimanakah sebenarnya bukti saya mengakui Rasulullah s.a.w itu sebagai pesuruh-Nya dan beriman bahawa Dia adalah Tuhan yang esa?..
para pembaca sekalian..
tahu kah kita apa beza esa dan satu?
1 atau satu..
ia ada kosong atau 0 sebelumnya dan ada byk lagi nombor lain sesudahnya. walaupun nombor itu satu, ia tetap sama dengan nombor lain kerana ia adalah nombor juga..
(jika ayat di atas berbelit sila baca dgn kelajuan perlahan dan anda akan faham, insyaAllah).
Manakala Esa pula.. ia menunjukkan hanya itu sahajalah.. tiada yang sebelum malah tiada yang selepas.. dan tiada juga yang seerti atau yang serupa, kerana hanya Dialah Tuhan..
Tuhan ini siapa?
Tuhan adalah kerana-Nya kita hidup
Apa yang kita lakukan utk mendapat perhatian-Nya.
Segala perbuatan kita adalah untuk-Nya.
Dia tidak rugi sedikit pun jika kita tidak mahu kembali kepada-Nya.
Dia juga tidak untung sehabuk pun jika kita beribadah dan menghambakan diri pada-Nya.
kerana Dia lah yang memiliki alam ini. Dia yang memberikan kita pinjaman kuasa dan kekuatan untuk mentadbir dunia ini.. Dia memberikan pinjaman itu dengan panduan dan petunjuk..
pengakuan Allah itu esa bukan hanya dengan mewar-warkan betapa Esanya Allah hingga terpaksa menjerit di kereta melalui tulisan..
ia adalah penghayatan hidup dan cara kita melalui seluruh urusan hidup hingga dipanggil utk kembali menghadap-Nya. insyaAllah.
sekian dahulu..
pengakuan Allah itu esa bukan hanya dengan mewar-warkan betapa Esanya Allah hingga terpaksa menjerit di kereta melalui tulisan..
ia adalah penghayatan hidup dan cara kita melalui seluruh urusan hidup hingga dipanggil utk kembali menghadap-Nya. insyaAllah.
sekian dahulu..