Isnin, 18 Mac 2013

Jauhilah rasa dengki

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Entah kenapa rasa mahu memberikan tips bercakap kepada pembaca sekalian.

Beberapa tips bercakap:

  1. ikutilah apa yang dicakapkan itu dengan perbuatan.
  2. bercakaplah apa yang Allah suka. bukan yang kita suka..
  3. bercakaplah dengan jujur dan terbuka.. tanpa perasaan negatif..
Lain tips..
boleh bertanya pada pakar syarahan.. =)

........
Firman Allah dalam surah al-hasyr ayat 9:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,

dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu;

dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

...kemudian Allah berfirman lagi:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: 

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

.........

Sesungguhnya setiap dari kita punya kekuatan dan kelemahan.
kelemahan saudara kita itu untuk kita lengkapi..
dan kekuatan kita adalah untuk mempersembahkan yang terbaik pada Allah di hari akhirat kelak..

kekuatan untuk menjadi manfaat bersama dan kelemahan juga untuk manfaat bersama andai kita tahu bagaimana untuk membahagi kerja sesama dan doa!

Dengki tidak membawa apa-apa kejayaan dan ketenangan hati..
jagalah hati.
demi Ilahi..

apa jua punca dengki..
padamlah..
buanglah..
Kerana kita sudah pun tahu, apa yang Allah beri pada kita dan saudara kita adalah yang terbaik untuk kita semua!

InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal