Ahad, 10 Mac 2013

Commitment comes after declaration

Selamat tengah hari.
Selamat menjalankan solat zohor dengan khusyu dan ikhlas.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Surah al-Ankabut ayat 2.

Jika kita membuka tafsir jalalain..

Maka ulasan tentang ayat ini adalah seperti berikut:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan) mengenai ucapan mereka yang mengatakan, ("Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?)
>> diuji lebih dulu dengan hal-hal yang akan menampakkan hakikat keimanan mereka.

Ketika ayat ini diturunkan, ia berkenaan dengan orang-orang yang masuk Islam, kemudian mereka disiksa oleh orang-orang musyrik.

.......

Bentuk ujian Allah mungkin tidak sama pada setiap orang.
Tapi objektifnya sama..
Agar UJIAN tersebut dapat MENJELASKAN HAKIKAT KEIMANAN kita.

Ia bukan untuk menjelaskan hakikat keimanan itu pada manusia lain, akan tetapi pada Allah..

Maka..
terfikirlah sesetengah manusia yang sedang di uji Allah dengan berkata:

Eh.. saya tidak mahu berjanjilah.

atau

saya tidak berani memberikan satu pengakuan dan janji.
kalau tidak dapat menunaikan nanti berdosa..

Sedarkah kita?
Walaupun di dunia ini kita enggan berjanji kerana begitu takut pada 'komitmen' yang akan tertimpa kerana janji tersebut..

Realiti sebenarnya...
Kita telah pun berjanji ketika di alam ruh.
Awal kehidupan, ketika ruh kita mula diciptakan..
kita telah pun membuat pengakuan..

Telah diberitahu oleh Pencipta kita dalam surah al-'Araf: 172;

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا

Bukankah Aku ini [Allah] tuhan kamu?
Benar! Bahkan Engkaulah Tuhan kami.

Mahu atau tidak, kita sudah terikat dengan janji dan pengakuan ini..

Kita telah akui:
Allah sebagai Tuhan,
Muhammad sebagai Nabi dan pesuruh-Nya..
Islam sebagai cara hidup!

Susah atau senang,
berat atau ringan,
Kita tetap dan telah diamanahkan dengan tanggungjawab sebaik sahaja pengakuan di alam ruh ini di buat.

Sebagai penutup,
apa yang dicari, itulah yang akan kita ketemu.

Jika islam yang dicari, maka islamlah yang kita ketemu.
Jika penghormatan dan kesedapan hati yang kita cari, maka dapatlah penghormatan dan kesedapan hati yang kita impikan itu..

Jika redha Allah dan Rasul-Nya yang kita cari maka, itulah yang akan kita dapati. InsyaALLAH!

Sila pusing belakang dan ulangkaji kembali hadith 1 dalam buku syarah 40 hadith tulisan Imam Nawawi.. JIka belum pernah baca dan belajar, bolehlah berbuat demikian sekarang.. carilah orang-orang berilmu untuk mengajarkan kepada anda.

Sekian.
jumpa lagi dilain tulisan di lain siaran.

Wallahu 'alam.

Tiada ulasan:

Entri terkenal