Wahai pembaca yang dikasihi sekalian. Setelah lama tidak bertanya. Maka hari ini mahulah kiranya penulis bertanya.
Orang mengata kita apa dia dapat? DOSA.
Kita dapat apa bila orang mengata kita? PAHALA!
Jadi??.. Kenapa susah hati sangat orang mengata.. Kenapa geram sangat bila orang ungkit dan sebut sejarah hidup kita? Sebab kita lupa, kita tengah dapat pahala percuma.. kan? Dan kita juga lupa TUJUAN KITA BERUBAH atau sebenarnya kita SALAH NIAT BERUBAH ?
Kita juga lupa keutamaan sabar dan memaafkan. Juga sebab kita dengar hasutan syaitan. Bukan tidak tahu syaitan itu musuh nombor 1 kita. Tapi apahal masih dengar hasutan dia? Syaitan musuh kan? Apa dia cakap, pastilah untuk rosakkan kita!
Syaitan hasut orang suruh mengata kita. Kemudian hasut kita pula supaya sakit hati dan dendam. Siapa menang? SYAITAN.. Haaaa.. pandai pun. Tiga-tiga tidak untung. Sebab? Kita yang manusia ni memang lah sudah rugi, sebab dengar syaitan hasut. Terang-terang dapat dosa. Syaitan pun tidak untung sebab dia memang kena masuk neraka.
Sudah tu.. buat apa kita bermusuhan lagi, wahai manusia yang beriman pada Allah? Kenapa kita masih rasa kita lebih bagus dari orang lain? Kenapa masih dengki dengan saudara seiman?.. Itu semua sifat syaitan tahu? Sudah tahu syaitan musuh.. Tiru perangai dia dapat apa?.
Syaitan cakap, dengar. Perangai syaitan tiru.. Habis kita ini manusia ke ....... [ops mesti jaga tutur kata. penulis tidak tulis apa-apa disitu. hehe]
Dosa kita bertompok-tompok.. Macam-macam. Kenapa sombong sangat untuk bertaubat dan berubah?..
Sejarah hidup itu adalah ketetapan Allah. Kita tidak mampu untuk mengubahnya sekarang. YA! Kita tidak mampu ubah sejarah dahulu. Tapi kita boleh bina sejarah akan datang. Maksudnya.. Kita BOLEH BERUBAH! Kalau nak.
Pedulikan apa orang kata. Kan sudah cakap. Orang yang mengata orang itu berdosa, kita pula dapat pahala percuma. Patutnya cakap sahaja "Terima kasih Allah kerana beri awak untuk mengata saya.."
Cakap senang. Tapi kalau sudah buat lagi senang. Jadi dipersilakan dengan segala hormatnya untuk buat apa yang kita sudah cakap. Jangan cakap je hebat.. Buatnya entah ke mana-mana.
Selasa, 7 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
#syurgaibubapa #wangisyawal
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan