Jumaat, 3 Mei 2013

dakwah itu luas

dengan nama Allah yang Maha Perkasa.

bercakap itu mungkin sebahagian dari dakwah.
atau berdakwah itu bukanlah dengan bersuara semata.

peringatan bukan sahaja yang di dengar oleh telinga.
bahkan peringatan termasuklah, yang kita boleh rasa dgn kulit dan lidah, yang boleh nampak dengan mata dan yang boleh difikir dengan hati.

dakwah..
ia boleh jadi bercakap dan menulis.
tapi sbnrnya bercakap dan menulis itu sgt kurang kesan dan kuasa berbanding perbuatan dan pergaulan harian.
baca baik2 ya..
penulis tidak menafikan kepentingan bercakap dan menulis. ayat di atas membawa maksud, bercakap dan menulis tetap memberi kesan tetapi pergaulan dan kebersamaan itu lebih memberi kesan..

.......

pengalaman yang Allah beri mengajarkan kepada kita hanya dengan bercakap ia tidak mampu membawa perubahan.
selain itu, bercakap tanpa taqwa (hati-hati) lebih membawa kesan buruk pada dakwah..

.......

nasihat ini bukan untuk orang lain semata, bahkan ia untuk diri sendiri yang mungkin pendek akal dalam melaksanakan perintah Allah.

islam yang kita bawa manusia kepadanya ini.. sangat lengkap dan sempurna. kitalah yang masih banyak kelemahan dan wajib berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi sebaik mungkin disisi Allah.

tidak mahu menerima seruan dakwah dan seruan kearah kebaikan kerana akhlaq pendakwah
bukanlah kerana 100% salah pendakwah tersebut, salah kita juga kerana tidak mencari laluan lain untuk mengenal islam sebenar..
baca baik2 ya..
bukan 100% salah pendakwah bermaksud mereka yang bergelar pendakwah (sesiapa sahaja yang muslim) tetap bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukannya..

wahai diri dan kaum yang mengakui Islam itu agama dan cara hidup; sedarlah..
Setiap muslim itu pendakwah.. 

Tiada ulasan:

Entri terkenal