Sabtu, 25 Mei 2013

Allahu akbar!

Allah Maha Besar!
Apa kita buat pasti akan mendapat balasan..
baik atau buruk.

tulisan hari ini hanya tadabur hidup..

percaya pada hari pembalasan sepatutnya melahirkan orang yang berhati2, tidak kira dari segi mana pun..

samada perkataan mahu pun perbuatan ataupun fikiran..

ya.. kerana setiap perbuatan kita akan dibalas oleh Allah setimpal dan adil.

Kerana kepercayaan yang sama jugalah menyebabkan kita mampu memaafkan kesalahan orang lain. Tiada dendam.. Tiada sakit hati walaupun perbuatan itu 'sangat teruk' pada pandangan kita..

Kerana kita percaya Allah Maha Adil dan setiap perbuatan baik jahat, sedikit atau banyak tetap diberi kan balasan..

Yang lebih utama adalah kita mahukan balasan baik yang kekal..
Maka kita memaafkan manusia.. tiada rasa berdendam dengan mereka..
Kerana perbuatan memaafkan mereka tanpa rasa mahu melakukan balas terhadap perbuatan yang menyakitkan hati itu... akan di balas oleh Allah dengan balasan baik kelak.. Balasan baik yang kekal!

Allahu akbar.

Terlalu banyak 'lencongan' dan 'herotan' minda ketika berfikir dan memandang sesuatu peristiwa, kesan dari kejahilan kita tentang siapa itu Allah, suruhan dan larangan-Nya.

Maka marilah kita mengenal Allah, suruhan dan larangan-Nya, agar kita mampu melihat 'sesuatu' dengan pandangan yang benar lagi jelas kebenarannya. InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Entri terkenal