Selasa, 11 Jun 2013

Berjaya?

Allahu akbar!
Allah Maha Besar..

Bangun pagi tidak terlintas di hati mengingati Allah.
hati terus sibuk memikirkan urusan-urusan yang belum selesai.

cepat-cepat mengurus diri dan menyambung hidup seperti semalam.
bekerja bersungguh-sungguh, menepati masa, hormat menghormati dan saling bekerjasama

Berjayakah?
Maha Suci Allah.

atau kah..

berjaya itu bermaksud

  • keamanan dan bahagia..
  • semua bangsa berikrar untuk bersatu
  • hanya wujud 1 bangsa dalam 1 negara 
Maha Suci Allah..
Ampunilah kesalahan kami, bantulah kami di atas kelemahan kami.

Banyaknya ciri kejayaan dan berjaya yang Allah senarai dalam Al-Quran.
Tapi.... 

Lihat sahaja awal surah Al-Baqarah 1-5. Surah kedua selepas Al-fatihah dalam Al-Quran.

Apakah ciri-ciri berjaya yang Allah senaraikan disana?
Ia adalah:
  • orang yang beriman kepada perkara ghaib (pastilah termasuk Allah)
  • mendirikan solat
  • menginfaqkan harta yang dipinjamkan Allah
Jika hidup 'bahagia' dan berjaya itu di ertikan sebagai:
  • kaya
  • maju
  • 'aman'
  • semua bangsa di 'paksakan' keatas mereka menjadi hanya 1 bangsa..
samakah maksud kejayaan ini dengan kejayaan yang telah Allah gariskan?

Allah adalah Tuhan, Yang Menciptakan kita..
Erti kejayaan manusia telah pun Dia beritahu..
Tapi kita masih mahu mendefinasikan kejayaan itu dari kaca mata kita seorang manusia! (berbeza dengan apa yang Allah ertikan untuk kita) 

Ya Allah!
Berilah kami kesabaran kebijaksanaan, kekuatan dalam menghadapai ujian-ujian-Mu.

p/s: bekerja bersungguh-sungguh itu bagus, menepati masa, hormat menghormati dan bekerjasama itu pun bagus.. Yang takbagus adalah meletakkan definasi kejayaan dan berjaya mengikut neraca kita sebagai manusia.

Tiada ulasan:

Entri terkenal