وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim"
Surah al-baqarah: 35
Kisah Penciptaan Nabi Adam a.s. hinggalah ke kisah anak-anak baginda di bumi.. Semuanya diceritakan dengan panjang lebar. Dan ayat 35 adalah salah satu dari kisah-kisah tersebut.
Sebagaimana yang kita tahu, ia pasti bukanlah kisah sia-sia dan untuk hiburan di waktu tidur dan sahur..
Dalam ayat ini Allah mengingatkan Nabi Adam a.s dan isterinya agar makan apa sahaja sepuasnya dan ada TAPI di situ. Tidak boleh mendekati sepohon pokok.. Pokok larangan..
Tidaklah pula Allah membiarkan Nabi Adam a.s hidup di syurga tanpa peringatan/panduan..
Konsepnya;
Panduan diberi sebelum orang tersebut melakukan kemungkinan kesalahan.
Atau dengan kata lain, panduan diberi agar pihak terlibat berusaha untuk tidak melakukan kesalahan..
bukanlah awal-awal lagi kita menggunakan prinsip; ok, biarkan.. bila tersalah, boleh belajar dari pengalaman..
Pengajaran dari ayat ini yang boleh dijadikan tadabur dalam kehidupan..
>> Berusaha bersungguh-sungguh untuk sama-sama bekerja dan membantu/memimpin orang lain agar tetap dan hampir pada kebenaran dan diatas landasan yang betul.. Jika berlaku juga kesalahan, maka belajarlah dari kesalahan.
Kerana..
akibat akan tetap ada dan dirasai apabila kita ter 'lupa' sesuatu panduan/peringatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan