dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.
bercakap menonong tanpa berfikir dan mengikut perasaan itu.. sangatlah mudah. patutlah Allah berikan pahala pada mereka yang menjaga tutur katanya dan mengawal diri hanya membuka mulut pada perkara-perkara pahala dan diredhai-Nya.
entah berapa banyak perkataan yang keluar selama hidup ini benar-benar kerana Allah? atau hanya mengikut kehendak diri sendiri sahaja. Ya Allah ampunilah kecuaian kami dan kejahilan kami.
bebelan tanpa sebarang dalil, mudah untuk lidah tidak bertulang tapi tidak mudah untuk seluruh anggota badan menerima balasan Allah dihari kiamat kelak. Antara mudah 1 anggota dan mudah keseluruhan anggota, kita manusia yang cetek ilmu pengetahuan ini tetap memilih untuk mudah 1 anggota sahaja. Kenapa ya?
.......
kerehatan bagi manusia, samalah seperti makan. jika berlebihan itu tidak menyihatkan dan jika terlalu kurang juga menjejaskan badan..
berehat itu berhenti sejenak. untuk memulihkan tenaga..
Untuk terus berkorban dan mengejar kehendak Allah. Agar Allah suka. Agar terhindar dari murka-Nya.
.......
Berehat adalah antara perkara yang disukai manusia selain makanan. Tidak perlukan ajaran dan guru. Pandai sahaja dia.
Apabila memilih dos 'tinggi' dalam kerehatan.. Ia membuatkan kita rasa sangat 'selesa' dan 'malas'..
Gambaran 'malas' dan 'selesa' bukanlah makan, tidur dan pergi bercuti..
Tapi 'malas' dan 'selesa' disini..
Adalah:..
Malas berkorban.
Selesa kerana merasa cukup dengan kesungguhan yang ada sekarang.
Merasa sudah cukup bekerja mencari rezeki dan menjaga reputasi di tempat 'kerja' masing-masing.
Menyangka, berkorban dan bersusah payah selepas kaya dan punya segalanya adalah rugi dan sia-sia.
'Kerja'
>> benar, ia sebuah medan dakwah. Tapi bagaimana kah usaha dakwah itu dilakukan bila ia tidak pernah dirancang secara berkumpulan oleh orang-orang yang selayaknya serta tidak pernah dinilai dan disukat dengan neraca Allah?
Beramallah sebaiknya kerana kita tidak tahu bila kematian akan datang bertemu kita.
Dan kematian itulah kerehatan yang kekal abadi, jika kita tidak pernah kenal erti rehat dalam beramal ketika menjalani hidup di muka bumi ini.
Sekian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan