Selamat tengahari.
Menoleh dan merenung sebentar kehidupan yang telah dilalui adalah penting untuk meneruskan kehidupan yang sedang dilalui.
Kadang2 kita lebih banyak belajar dari kehidupan orang lain berbanding perjalanan hidup sendiri..
....
Dan apabila maksiat sudah menjadi perkara biasa dalam hidup.
Apabila dosa pada Allah sudah tidak dipandang dahsyat dan menakutkan.
Apabila manusia sepakat untuk menjadi 'biasa' dengan perbuatan mengingkari suruhan Allah.
Apabila manusia merasa dosa itu hanyalah perkara kecil dan "bukankah Allah Maha Pengampun"?
Apabila Allah tidak lagi menjadi perkara utama yang dipertimbang dalam hidup.
Apabila Allah tidak dikenali sebagaimana layaknya Dia Yang Mencipta segalanya.
Apabila manusia merasa begitu 'selesa' untuk 'mempertahankan' dosa-dosa mereka.
Apabila manusia begitu 'berkorban' demi perlakuan dosa yg sangat 'dicintai'nya.
Apabila manusia merasa dia tidak mampu hidup tanpa dosa 'rutin' nya..
Apabila manusia 'tetap berteguh' dan berusaha 'mempertahankan' kebebasan 'hak' dlm melakukan dosanya.
....
Apa yang kita boleh lakukan untuk menyedarkan mereka?
Ibarat mengejutkan sahabat sedang tidur nyenyak dalam kelambu terbakar!
Alangkah mencabar dan perlukan sifat berhati-hati.
....
Mustahil utk kita yang tahu ini (sebenarnya pun tetap ada dosa juga).. Utk membiarkan manusia2 dan apabila ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan