Paksi amal individu sebagai professional di hospital
- dengan Allah
- dengan diri sendiri
- dengan dakwah
- dengan manusia
dengan Allah
> sentiasa menghadirkan niat semata kerana Allah.
> apabila keluar rumah dan ke hospital.. ingatlah pada Allah
> perbanyakkan niat pada 1 amalan.
> contohnya, niatlah ia sebagai;
- ia satu zakat ilmu yang telah dipelajari. bagaimana saya menyumbang ilmu yg kita pelajari selama ini?
- "wahai Tuhan aku keluar rumah pada hari ini untuk meringankan kesakitan orang sakit dan untuk meringankan bebanan orang ramai"
- aku keluar ini utk mencari rezeki yang halal.
- aku keluar juga untuk khidmat dakwahku
> ibadah yang dilakukan paling besar adalah tafakur. berfikir.. kerana bagi doktor, biasa aje dia belah perut orang.. kemudian tutup balik.. contohnya fikir lah orang yang dibuang/dipotong anggotanya.. tadabur ttg makhluq Allah dan hikmah-hikmah yang Allah jadikan
> sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam setiap waktu.. kita mahu seorang profesional yang sentiasa basah lidah dan fikirannya dengan mengingati Allah. Rasulullah tidak pernah membiarkan dirinya dalam keadaan tidak berzikir. dan ini juga merupakan satu dakwah kepada orang sekeliling di hospital. Semua jenis zikir, apasahaja jenis zikir.
> ibadah yg berbentuk doa dan merendah diri dihadapan Allah s.w.t begitu juga ibadah dalam keadaan sendiri
> bersedekah secara rahsia. atau apa sahaja amal kita mahukan amalan kita buat tu, hanya antara kita dan Allah sahaja yang tahu. Aktiviti yang sangat penting bila kita takmampu nak bersama dengan ikhwah. agar kita merasa diri sentiasa diperhati oleh Allah.
dengan diri sendiri
pergaulan yang 'dahsyat' di hospital.. antara rakan sekerja atau pesakit.
Maka ia perlu batasan dan dikawal.
Apabila kita mengambil mudah, maka ia akan berterusan.
Jangan lupa, kita adalah manusia yang ada mesej ditempat kerja kita.
Manusia sedang melihat dan akan menghukum kita.
Kita mahu mereka melihat imej yang baik dari kita.
Maka, sangat penting untuk jaga iman.
Iman akan berkurang dengan maksiat.
Dan akan bertambah dengan berjamaah dan ibadah.
> sedaya upaya untuk solat di awal waktu. kita perlu lihat juga kerja kita pada masa itu, kecemasan atau tidak.. ia adalah ibadah.
> tambah la juga ibadah nawafil dan sunnah. Jika ada peluang dan masa, keluarlah. bila ada peluang solat rawatib.. Ini kerana kita sangat perlukan perkara ini, kerana kita adalah daei.
> jaga hubungan dengan al-Quran, bacalah dan manfaatkan masa yang ada. jangan berlalu 1 hari tanpa membaca Al-Quran
Kisah Umar al-Aziz, sebelum tidur akan buka Quran sekejap dan tertidur. Ia berlaku berkali-kali sehingga anaknya bertanya; maka dia menjawab.. Aku disibukkan dgn tugas sbg khalifah.. xsempat nk baca Quran.. Maka aku takut jadi orang yang lalai kerana tidak membaca Al-Quran. jangan lah kamu jadikan 1 hari mu itu terputus dari al-Quran.
budayakan diri membawa mushaf Quran dan membaca.
> jaga diri dari aspek akhlaq dan tingkahlaku.
penuhi janji, bersimpati, berlemah lembut, bercakap benar.. buat kempen akhlaq mulia
> meningkatkan ilmu dan jadi cemerlang (itqan) dalam bidang kita. Inilah dakwah bil hikmah! T_T huhuhuhu.. airmata mengalir panjang. Jadilah pakar! [takmahu tulis dah.......... TTTT_TTTT]
dengan dakwah
> berusahalah sedaya upaya untuk hadir usrah. janganlah terputus lama-lama dan banyak2.
> kalau ada peluang, janganlah kamu abaikan peluang itu.
> binalah perasaan sedih dalam diri kamu. jangan la rasa seronoknya takdatang usrah. atau kita sedang menunggu-nunggu lagi keuzuran-keuzuran lain. dan kita berdoa kepada Allah, mintalah Allah berikan lagi kebaikan-kebaikan untuk kita.
> jangan berlengah, ketika sibuk dihospital.. pastikan ada hubungan dengan dakwah secara emosi.. maka berdoalah.. hati perlulah ada ingatan pada usrah tersebut.. doakan untuk mereka..ikatan emosi ini boleh mengeratkan ukhwah..
> ada peluang je, pergilah! Apa sahaja aktiviti jamaah, bersama masyarakat atau dalaman. Libatkan diri..
> setkan pembacaan 1 buku kecil. utk sebulan ke, dua bulan ke. buku ringan aje.. Buku tu untuk faedah tarbiyyah juga. utk menjaga hubungan dgn dakwah..
> mengikuti perkembangan dakwah dalam dan luar negara. dan memberi saham sumbangan dalam kerja-kerja dakwah.
dengan manusia
aspek ini bergantung pada yang pertama dan kedua.
Dihospital ada pelbagai orang di sana.
Ada bos.. atau orang atas pada saya lah. Bagaimana hubungan saya dengan mereka.
Seorang akh yang benar, dia akan memberi kesan kepada kepimpinan di hospital tersebut. janganlah kita menganggap perkara itu sukar dan mustahil..
Jangan kita rasa, kita ni kecik je diorang ni besar-besar..
mungkin idea kecil boleh memberi perubahan besar.
> jadi pergaulan dengan orang besar?..
> pergaulan dengan teman sekerja sepangkat
bagaimana hubungan saya dengan mereka? bersama mereka ada 2 objektif.. takrif dan takwin.. apa sahaja kesan positif dan ada peluang untuk berdakwah maka buatlah DF!
> bersama pesakit dan ahli keluarga pesakit, kerana pesakit mempunyai emosi tertentu. bagaimana saya berinteraksi dengan keluarga pesakit..
> sedarkah kita juga anggota masyarakat? kita juga ada peranan dengan masyarakat dan ahli keluarga, kita mestilah ada target-target dakwah untuk golongan ini.. tiba waktu solat, turunlah solat.. hingga orang tak kacau kita waktu kita solat.. inilah dakwah! TT_TT... Allahu akbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan