Ahad, 14 Julai 2013

Hari ke 5 bulan Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Membuat pengiraan amalan diri sendiri adalah sangat menarik.
Tapi, manusia lebih tertarik untuk mengira amalan orang lain?

Mengapa?
Allah dan empunya diri lebih mengetahui.

..........

Mengetahui kewajipan dakwah tanpa tahu apa itu akhlaq mulia.
Hanya membuatkan orang lebih jauh dari Islam.
Maha Suci Allah.
Pejam mata rapat-rapat, takut air mata keluar.

Mengetahui kewajipan tarbiyyah tanpa tahu kepentingan pergaulan dengan manusia..
Hanya melahirkan manusia sangat 'rigid' dan menyebabkan ramai mad'u lari sejauhnya.
Allahu akbar!.
Air mata sangat banyak. Mustahil untuk tidak tertumpah.

..........

Memahami kewajipan nasihat menasihati tanpa benar-benar mendalami apa itu tujuan nasihat.
Mungkin sesuatu yang dianggap diri sebagai nasihat tapi ia dianggap 'tembakan' dan 'hinaan' oleh orang lain.
Masya Allah!

Membuat keputusan dalam suatu urusan bukanlah sesuatu yang remeh.
Keberkatan pasti bersama sebuah perbincangan.
Hawa nafsu yang belum jinak mungkin terasa; 
"ah perbincangan itu lambat.. aku perlukan keputusan segera"

........

Alangkah hebatnya seorang mukmin.
Bukan kerana solat dan ibadah hariannya.
Tapi kedahsyatan dia 'menyerap' kejahatan manusia lain.

Mukmin yang tidak ikut sakit hati bila manusia mula mengeluarkan perkataan dan perbuatan yang 'menyakitkan'

Mukmin yang tidak terpengaruh sehabuk pun dengan sifat dan sikap orang-orang yang tidak mahu membuka diri mereka kepada Islam.

Mukmin yang sangat teguh melaksanakan suruhan Allah tatkala manusia sekeliling begitu 'hebat' meraikan hawa nafsu mereka.

Mukmin yang sangat tenang dikala badai ujian memukul jiwa dan perasaannya.

Hebatnya orang yang hidupnya hanya bergantung pada Allah.

Kerana dia menyerap kejahatan orang lain, tanpa menyebar luas kejahatan tersebut bahkan lansung tidak 'merosakkan' jiwa dan perasaannya!

Allahu akbar!
Marilah kita jadi seperti mereka.

Mukmin-mukmin ini telah pun hidup beratus tahun dahulu.

>> Nabi Muhammad s.a.w yang memberi makan pada Yahudi buta yang mencaci baginda setiap hari di hujung pasar.

>> Nabi Muhammad s.a.w yang bersedia memaafkan Abu Sufyan yang memeluk Islam ketika Islam kuat sedangkan dialah antara barisan pengkhianat baginda selama Islam lemah.. 

>> Hassan Al-Banna yang berani dan meneruskan perjuangan membawa Islam sebenar tanpa melakukan perancangan membunuh sesiapa.. akhirnya mati syahid terbunuh.

>> Sumayyah.. mati disula. tidak goyah imannya walau sedikit sepanjang penyiksaan.

selaklah sejarah.
Bacalah sirah.

Tidak ada seorang pun para orang soleh yang berdendam dengan sesiapa.

Tiada seorang pun orang-orang yang memperjuangkan Islam membunuh orang-orang yang datang menyerah diri dan menyesal.. walaupun orang tersebut sangat 'hebat' penentangannya sebelum penyerahan diri..

......

Kenapa seolah-olah tidak bertajuk tulisan kali ini?
Marilah saya ceritakan sebab terbit tulisan kali ini..

......

Sebabnya:
Memerhati dan menjaga diri dan manusia lain membuatkan kita banyak berfikir dan merancang.. Selain membuatkan kita lebih banyak memohon pada Allah.



Tiada ulasan:

Entri terkenal