by ustazah Najihah binti Muhd Yusuf.
Ato' bin Abu Rabah
Seorang tabien, berkulit hitam rambut kerinting.
Nama lain; Abdullah bin Abu Najih.
Seorang hamba kepada seorang wanita Madinah.
Sedar diri sebagai hamba;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Menghayati Ramadhan bersama kisah-kisah para salafusoleh terdahulu..
Agar Ramadhan kali ini lebih berkat dan bermakna..
Agar ramadhan kali ini membuahkan hasil dan manusia yang lebih taat, bertaqwa dan beriman!
InsyaAllah.
Ato' bin Abu Rabah
Seorang tabien, berkulit hitam rambut kerinting.
Nama lain; Abdullah bin Abu Najih.
Seorang hamba kepada seorang wanita Madinah.
Sedar diri sebagai hamba;
- melaksanakan tugas sebagai hamba tuan dia.
- masa untuk jadi hamba Allah.
- untuk mencari ilmu.
>> Ato' menggunakan masa dengan efisyen!
membahagi masanya untuk kerja-kerja utama. 1/3 utk setiap tiga perkara di atas.
bagaimanakah kita menguruskan hal ehwal diri?
Mampukah kita membahagi masa sebagai mana Ato'?
>> masa untuk bersama Allah? Usah kecil kan skop kepada solat, zikir dan atas sejadah sahaja.. Bagaimana? Jadikanlah seluruh aktiviti harian kita kerana Allah!
........
Ato' pernah bertemu Abu Hurairah r.a. Sumber rujuk terkenal dan utama. Beliau tinggal di Masjidil haram. Situlah tempat dia.. Tinggal hidup dan mengajar.
Ato' belajar dan mencari ilmu hingga dia menjadi RUJUKAN masyarakat.
Inilah kesan baik gandingan mengurus masa dengan baik seiring usaha yang serius dan komited dalam mencari ilmu..
.....
Sifat zuhud Ato' >> Ada 1 baju yang murah.
Tirulah konsep kezuhudan Ato', tetapi bukanlah tiru sebijik macam beliau dengan menyimpan 1 helai baju.
Zuhudlah sesuai mengikut keadaan dan suasana negera kita juga.
Maksudnya, orang Msia tidak mungkin 1 baju.. Sebab iklim tidak sesuai..
......
Ato' adalah orang yang pandai mengawal diri.
Kata Ato' kepada Muhammad bin Surqah antara tanda orang yang lalai..
- tidak baca buku
- tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar
- tidak memahami atau berusaha memahami hadith dan sunnah
- tidak mengiringi perbuatan itu dengan ingatan pada Allah.
- melakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan keperluan hidup.
Dari sini (iaitu pesanan Ato' pada Muhamad bin surqah), jelaslah pada kita..
Memberikan komitmen pada suruhan dan larangan Allah tidak terbatas pada urusan ibadah khusus.. Seperti solat dan puasa atau dakwah dan seruan..
Tapi memberikan komitmen pada suruhan dan larangan Allah itu termasuklah urusan kehidupan yang tidaklah secara di kelaskan sebagai ibadah khusus.
......
Khalifah Sulaiman mahu berjumpa Ato'.
Ato' sedang solat.
Jadi khalifah tunggu..
Khalifah sembang dengan beliau tentang haji, hingga Khalifah tiada soalan nak tanya. Betapa menyeluruh nya penerangan itu.. Hingga tiada soalan boleh di tanya..
BANYAKnya ILMU.
.....
Ato' pernah ajar sorang tukang cukur kat tempat haji..
Boleh tegur Abu Hanifah masa bercukur kerana tidak melakukan beberapa perkara kecil..
- tidak mengadap kiblat, tidak bertakbir, menyuakan kepala bermula sebelah kiri.
Hingga Abu Hanifah tanya, siapakah kamu? Dari mana kamu belajar semua benda ini?
Jawab lelaki tersebut: Ato' ajar aku ilmu ini.
>> Apa pengajaran?
Ato' yang hebat dan banyak ilmu.. tetap memberi perhatian pada perkara-perkara yang dianggap kecil.. Benda kecik pun dia ajar orang ramai.
Sebagai daei.. Sebagai orang Islam, bukan sahaja perkara besar yang kita ambil berat.. Perkara kecil juga termasuk dalam perkiraan dan pertimbangan.
......
Kelebihan ilmu Ato'..
Hingga raja/khalifah panggil untuk dengar dan ambil pendapat beliau.
Apabila raja/khalifah tanya apa masalah kamu yang mahu aku selesaikan?
Hebatnya Ato', dia tidaklah menyenaraikan masalah dan kehidupan peribadinya untuk diselesaikan..
tapi semuanya tentang masyarakat dan sistem pentadbiran negara. Dan setiap lontaran cadangannya diberi sebab yang membuatkan raja/khalifah tidak mampu menolak cadangan tersebut.
Sebelum balik, Ato' tidak lupa memberi peringatan pada Raja/khalifah hingga menangis raja tersebut apabila mendengarnya.
Begitulah contoh seorang penganut Islam, pencari dan pengamal Ilmu..
Tetap memberikan peringatan, walau siapa pun manusia yang berada di hadapan!
....
Sebagai penutup, pengajaran penting dalam kisah Ato' ini..
Antara perkara penting dalam hidup:
- ilmu
- kawal nafsu
- menjaga masa
- zuhud
- bermanfaat pada orang lain
Sebagai penutup..
Lihatlah surah Al-Baqarah: 183
Lihatlah surah Al-Baqarah: 183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Menghayati Ramadhan bersama kisah-kisah para salafusoleh terdahulu..
Agar Ramadhan kali ini lebih berkat dan bermakna..
Agar ramadhan kali ini membuahkan hasil dan manusia yang lebih taat, bertaqwa dan beriman!
InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan