Selasa, 18 Februari 2014

its only about being humble servant

duduk sejenak...
selepas kelam kabut sepagi melayan kerenah pesakit dan staff seangkatan.

letih.

bila melihat matahari..
matahari tidak pernah letih memancarkan cahaya.

air tidak pernah bosan mengairi bumi.

pokok tumbuh menjulang ke langit..
tidak pernah sekali ia buang tabiat tumbuh ke ke bawah masuk ke dalam tanah.

.....

diri sendiri.

jantung berdegup tidak pernah minta cuti.
darah mengalir tidak pernah 'tukar angin' untuk mengalir arah lain.

mata sentiasa bersedia melihat bila kita mahu lihat...

.....

kita kah yg mengarahkan darah jantung dan mata kita agar sentiasa berfungsi?

TIDAK.

Tapi mengapa kita masih sombong tak tentu arah?

perbuatan kita seolah-olah kita ini begitu mulia dan tiada dosa.

kata-kata kita seperti kita tidak pernah buat salah.

.....

bertaubatlah sementara anggota badan masih 'diam' tidak bersaksi.

sekian

Selasa, 11 Februari 2014

menjawab persoalan-persoalan

harga ubat sekian-sekian memang sekian-sekian kah? jika benar, ia sgt murah.

saya tidak pasti.
bagaimana maksud penilaian murah yg kita maksudkan?

mungkin angka tertera itu kecil dan menyebabkan ia nampak murah.

tapi ia terpaksa digunakan dengan jumlah yg banyak berbanding yang punya harga tertera yg lebih mahal...

murah dan terpaksa digunakan dgn 2x jumlah yg mahal.

atau..
ia murah.. tp keberkesanannya separuh dari yg mahal.

1 = rm 2
1 = rm 4

utk mendapat kesan efektif kita perlukan 2 yg berharga rm 2. jumlah belanja = rm 4.

bukankah sama saja dgn 1 = rm 4?

perbandingan ini belum cukup adil.

masa yg digunakan utk mendapatkan kedua-dua item tidak di nilai.

minyak kenderaan ketika mencari salah satu item juga termasuk dlm kos.

jika item 1 = rm 2 berada di kedai jauh yg memerlukan minyak rm 15.

manakala item 1 = rm 4 itu di kedai dekat beberapa langkah..

brp kos sebenar utk mendapat kesan efektif item tersebut?

i think im writting something hard for people to understand.

what i want to deliver here is, we can never be the most fair judge, because our knowledge is very limited. Allahu akbar..

Rabu, 5 Februari 2014

tidak terlintas pun...

Maha suci Allah.

bila kita melihat kes jenayah berleluasa..
kita kata
"tu la budak2 zaman sekarang".

bila kita tengok kes budak perempuan mengandung,  kita kata
"xde keje lain ke?"

bila kes penyalah gunaan dadah berleluasa, kita kata
"mereka ni tidak tahu bersyukur, dah rosak dah"

......

TAPI.

bila berita dalam tv memaklukan jenayah rompak ragut berleluasa..
kita hanya "mengepek sajo" / "ceramah je lebih"

bila panggung wayang tayang cerita pergaulan bebas lelaki perempuan.. kita kata "itu aksi hebat dan berani"

bila tv pasang cerita2 jenayah dan kisah putar belit penjenayah.. kita tidak kesah.. kita kata "biasala tu.. cerita. nama pun cerita kan"

......

sedarkah kita sejauh mana televisyen dan hiburan telah mempengaruhi kita?

sedarkah kita selama ini hanya hebat
komen saja.

sedarkah kita selama ini betapa tidak hiraunya kita.

sedarkah kita betapa kita hanyut dlm arus hiburan dan dunia rekaan semata?

apa sebenarnya kita buat untuk mengurangkan kes jenayah, kes budak perempuan mengandung luar nikah, buang bayi dan penagihan dadah?

apa sebenarnya kita dah buat?
sekiranya kita begitu perihatin (komen saja yg hebat)

tidak terlintaskah kita utk mendoakan mereka agar berubah berusaha mencari hidayah dan bersungguh2 menerima dan mengutip hidayah Allah.

pedas. memang makan dalam.

Sabtu, 1 Februari 2014

Azan lagi

Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Marilah kita mengerjakan solat.
Marilah kita mengerjakan solat.

Marilah menuju kemenangan.
Marilah menuju kemenangan.

Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan selain Allah.

.......

Tidak susah untuk faham beberapa perkataan dalam azan.

bukan panjang macam kamus.
atau berjela macam ayat sastera.
pendek dan berulang.
kerap pula mengetuk telinga kita.

......

Bayangkan anda sedang melihat matahari terbit.
silau tak?
teerrrranggg sangat kan?!..
tidak boleh pandang pun.
apatah lagi mahu merenung.

cuba fikir berapa besar matahari hingga mengeluarkan cahaya begitu terrrangg.

banding dengan lampu pun cukup.
kalau lampu kecil, sikit sahaja kawasan yg di suluh. jika saiznya lebih besar, maka lebih besarlah kawasan yg mampu di suluh lampu tersebut.

sekarang bandingkan dengan matahari.
besar mana matahari hingga boleh menyuluh alam semesta..?
mata kita pun tidak mampu melihat/menyerap kuasa cahaya yang ada pada matahari.

Siapa pencipta matahari?

yang mencipta matahari pasti lebih BESAR dan BERKUASA dari matahari.

........

Masih belum boleh bayangkah kebesaran Allah?
Masih belum terasakah kebesaran Allah?
Masih belum sampai masakah untuk benar-benar memahami seruan azan?

........

Azan memberitahu kita kebesaran Allah.
Mengingatkan kita akan besarnya Allah.

Azan mengingatkan kita pentingnya mengingati Allah.
Azan mengingatkan kita.. sibuk macam mn pun wajib ingat Allah.

Azan mengingatkan kita...
kejayaan itu dengan mengingati Allah!

Berapa lama dalam sehari kita guna utk mengingati Allah?
dan berapa lama dah sebenarnya kita telah menjadi orang gagal?

Bangunlah.
sahutlah seruan azan.
ingatlah Allah dlm setiap perbuatan dan ibadah.

orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan tergamak melakukan dosa, walaupun dosa kecil.
orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan senang hati dengan dosa.
orang sentiasa mengingati Allah tidak akan membiarkan diri dalam dosa.

kerana orang yang sentiasa mengingati Allah tahu, rasa dan ingat betapa BESARnya Allah.

Entri terkenal