Sabtu, 28 Jun 2014

Ramadhan datang lagi


Assalamualaykum warahmatullah...

Ramadhan datang lagi..
Tapi tiada siapa boleh jamin nyawa kita akan sampai esok.

Jika aku mati hari ini..
Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah.
Jika aku tidak sempat bertemu Ramadhan kali ini..
Aku maafkan semua kesalahan-kesalahan manusia terhadapku.

Ya Allah jika aku mati hari ini,
Berkatilah usaha aku selama ini,
Mencari redhaMu Ilahi.

........

Bila kita sebut pasal mati..
Semua orang ingat kita tidak sihat.
Bila kita ingat mati..
Orang cakap kita sudah putus asa dalam hidup.
Bila kita sebut-sebut kematian,
Orang buat muka cebik, konon tunjuk bagus beriman sangat. 

........

Betapa salahya persepsi kita tentang MATI.

........

Mari kita renung:

kita selalu solat?
kita tidak sabar melalui Ramadhan?
Kita balas kejahatan orang dengan kebaikan..
kita maafkan kejahilan dan kelemahan orang.
kita baca quran
kita hafal quran
kita tadabur al-quran
kita amal isi kandungan Al-quran
kita senyum bila jumpa orang
kita ajak orang lain buat baik
kita cegah orang lain dari kemungkaran
kita sabar dengan kesusahan dan kesenangan
kita bangun malam solat tahajud
kita sedekah harta yang kita ada
kita korban masa tenaga bersama orang yg mahu kebaikan..

Untuk apa kita lakukan segala amal soleh selama ini?
Bukankah untuk bertemu dengan-Nya?
Dan selagi tidak mati, masakan kita boleh bertemu dengan-Nya.

.......

kita hidup untuk mati!
Mati dalam kemuliaan disisi Allah.
InsyaAllah.

Semoga amal dalam bulan ramadhan menjadi momentum hingga ramadhan tahun akan datang dan sehingga kita dipanggil mengadapNya. Ameen~

Sabtu, 14 Jun 2014

Mengubah paradigma 4

Assalamualaykum warahmatullah...

Sebelum menyambung mari saya simpulkan dahulu penulisan lepas.

Mengubah paradigma 1 >> pengenalan dan muqaddimah tajuk serta kepentingan tajuk.
Mengubah paradigma 2 >> definisi tajuk dan "mengarahkan" pembaca ke arah maksud yang sama tentang tajuk.
Mengubah paradigma 3 >> Tingkah laku itu KESAN paradigma.

.......

Jadi dalam siri ini..
Saya akan sambung mengenai..

DARI MANAKAH DATANGNYA PARADIGMA KITA.

tapi sebelum kita 'siasat' dan 'membilang' dari mana datangnya kerangka fikiran (paradigma) kita..
elok juga kita lihat dahulu amalan-amalan atau tingkah laku 'kebiasaan' kita..

1 - bangun pagi tengok talifon dahulu sebelum memulakan perkara lain.

2 - dahulu baca quran lagi banyak dari sekarang.

3 - tengok 'cerita' lebih menghiburkan dari solat dan zikir.

4 - menghamburkan kata-kata kurang manis dan mengumpat lebih kita pilih untuk 'mengawal' kemarahan berbanding mengingati Allah dan beristighfar.

5 - hobi kita sentiasa mendapat 'kemuliaan' dengan pemberian masa kita untuknya berbanding penyempurnaan solat wajib, solat sunat, bangun malam dan membaca Al-Quran.

mungkin ada banyak lagi kebiasaan lain yang tidak saya petik disini. Di atas hanyalah kebiasaan yang begitu biasa bagi saya melihatnya.

Setiap perbuatan kita tidak dapat berbohong walaupun kita bercakap bohong.
Baiklah, kita tinggalkan dahulu senarai 'kebiasaan' di atas, dan kita berbalik pada persoalan;

dari manakah datangnya paradigma kita

  1. ilmu dan kepercayaan
  2. pengalaman
  3. pergaulan
jika ada sumber lain, boleh la para pembaca berkongsi...

jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah ORANG TUA..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) berasaskan;
"orang tua-tua kata...."

jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah SAINS TEKNOLOGI dan KEMODENAN...
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) berasaskan;
" lojiknya begini dan begini..."

Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah SEJARAH dan PSIKOLOGI..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) cenderung
" orang lain buat/takbuat....."

Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah KESERONOKAN dan HEDONISME..
maka kebanyakan perbuatan kita (dalam melakukan/meninggalkan) cenderung
"ini seronok dan tidak seronok....." (tanpa ada sebab dan musabab yang jelas)


Jika ilmu, kepercayaan, pengalaman dan pergaulan kita adalah ISLAM..
maka kebanyakan perbuatan kita dalam melakukan dan meninggalkan sesuatu insyaAllah kerana ALLAH!...

Maka..
paradigma kita datang dari manakah?

  1. orang tua-tua?
  2. sains teknologi dan kemodenan?
  3. sejarah dan psikologi?
  4. keseronokan dan hedonisme?
  5. islam
Tidak salah jika kerangka fikiran itu dari orang tua-tua, sains teknologi, kemodenan, sejarah dan psikologi, atau keseronokan.. SELAGI..masih dalam lingkungan AJARAN ISLAM.

Bila asas pemikiran kita ISLAM,
bila kerangka fikiran kita benar-benar ISLAM (tunduk dan patuh pada Allah)
Pastilah amal dan percakapan kita menggambarkan ISLAM.
InsyaAllah..

Jika kita sudah sedar..
kerangka fikiran kita tidaklah begitu ISLAM..
Maka inilah masanya untuk mengubah dan berubah..

semoga berjaya dalam mujahadah!

Jumaat, 6 Jun 2014

Renungan hari jumaat

Firman Allah s.w.t:


وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا 

Surah Al-isra: 70

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Tetapi kemudian ada ayat Quran lain menjelaskan sebab apakah kemuliaan ini..


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُوا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ 

Surah Al-anfal: 74

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurniaan kemuliaan.


Dan lagi...


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Surah Al-hujurat: 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


.....

Mulia manusia itu bersyarat.
JIKA mereka memenuhi syarat tersebut.

Amal baik yang telah lepas, tidak menjamin kemuliaan kita di mata ALLAH pada hari ini dan akan datang.
Semoga kita sentiasa sedar. Ameen~

Entri terkenal