Pertama sekali penulis ingin memohon maaf kerana huraian penulis mengenai tajuk ini terlalu ringkas sehingga apa yang penulis ingin sampaikan tidak kesampaian. Setelah menerima pelbagai komen dari kawan-kawan pembaca, penulis fikir mungkin penulis perlu menghuraikan hal ini dengan lebih jelas lagi..
Antara komen setakat ini yang penulis terima adalah:
(ini sudah dijadikan ayat sendiri..) apa yang penulis tulis tidak realistik.. Sebabnya, tidak memandang lansung sehingga menyukarkan kerja adalah tidak dianjurkan. Yaa.. penulis setuju dengan hal ini. Mana boleh lansung tidak memandang? Nanti dengan siapa kita berurusan pun kita tidak kenal. Ini bukankah sesuatu yang menyusahkan?
Penulis bukanlah orang yang terbaik untuk menghuraikan mengenai perkara ini, kerana masih terdapat ramai pakar-pakar ayat hukum dan hadis hukum yang bertauliah dan terlatih. Penulis akan menyambung huraian mengenai perkara ini mengikut apa yang penulis pernah belajar dan amalkan.. Sebarang cadangan sangat dialu-alukan..Okay, mari kita ikuti huraian di bawah:
Dalam menghadapi situasi pergaulan dan urusan antara lawan jantina, ada beberapa jenis manusia:
Pertama: Orang yang memahami hukum-hakam dan batas yang telah Allah tetapkan, serta punya hati yang bersih dari segala penyakit hati.
Kedua: Orang yang memahami hukum-hakam dan batas yang telah Allah tetapkan tetapi punya hati yang berpenyakit..
Ketiga: Orang yang tidak memahami hukum-hakam dan batas yang telah Allah tetapkan tetapi tidak mempunyai ‘penyakit’ dalam hati.
Keempat: Orang yang tidak memahami hukum-hakam dan batas yang telah Allah tetapkan dan mempunyai penyakit dalam hati..
Mungkin ada lagi jenis manusia lain tapi, tidak terjangkau dalam pengetahuan penulis.
Selain pengelasan di atas, ada cara lain yang boleh kita kelaskan iaitu:
pertama: orang yang pandai bergaul secara semula jadi
kedua: Orang yang tidak pandai bergaul, tetapi telah terlatih sehingga mahir bergaul dan berurusan
Ketiga: tidak pandai bergaul dan berurusan sampai kesudah..
Bagi orang jenis pertama untuk kedua-dua jenis pengelasan dia mungkin tiada sebarang masalah apabila berurusan.
Tapi bagi jenis-jenis lain, sudah tentu akan timbul masalah. Untuk orang yang punya penyakit dalam hati, dia perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih, berbanding dengan orang jenis-jenis lain (Sama ada dalam jenis pengelasan pertama atau pun kedua).
Samalah seperti orang yang sakit secara fizikal, sudah tentu penjagaannya lebih rapi berbanding orang yang sihat. Maka orang yang ‘sakit hati’nya perlu suatu penjagaan yang lebih berbanding orang yang hatinya sentiasa sihat dan subur dengan iman.
Setakat itu, boleh difahami lagi kan? Orait, sekarang nak sambung lagi,
Manakala bagi yang tiada penyakit hati pula, jika dia memahami hukum-hakam dan undang-undang yang telah ditetapkan Allah..maka itu beres..(tinggalnya: sama ada mahu laksanakan atau abaikan perintah Allah).
Bagi yang tidak berpenyakit hatinya, tetapi tidak memahami undang-undang dan suruhan Allah, maka penyelesaiannya adalah belajar. Ketahuilah apa suruhan dan larangan Allah. Supaya kita tahu apakah tugas dan tanggungjawab yang sebenar sebagai khalifah Allah.
Baiklah, sekarang ini, kita mahu kenal pasti, diri kita berada di kelas yang mana. Berpenyakitkah hati kita ini? Pandaikah kita bergaul? Adakah kita ini punya ilmu pengetahuan tentang suruhan dan larangan Allah mengenai pergaulan lelaki dan perempuan? Rasanya untuk mengenal pasti diri kita di mana mudah sahaja.. Kita duduk diam-diam, muhasabah balik diri kita.. Yang penulis nak bantu untuk kawan-kawan, adalah, bagaimana mahu mengenal pasti diri kita punya hati yang sihat atau pun sakit..
Hati kita sakit jika:
kita terasa malas dan berat untuk melakukan solat
terasa menyampah apabila orang mengajak kita melakukan perkara yang baik-baik
membaca al-quran dengan makna sekali tetapi tidak terasa apa-apa..
Bila solat tidak terasa solat itu menghapus perkara keji dan mungkar
Apabila disebut tentang syurga dan neraka, hati kita tidak tersentuh pun
Terasa resah dan gelisah tetapi tidak diketahui puncanya
Jika sesuatu yang tidak menyenangkan kita berlaku, kita cenderung untuk bersangka buruk
Hati kita akan bertambah sakit jika:
Kita memandang lawan jantina (tanpa tujuan dan tanpa batas)
Makan dengan kenyang (terlalu kenyang sehingga malas untuk bergerak)
Melewatkan solat
Tertawa terlalu banyak
Hati hanya memikirkan dunia dan lupa lansung mengenai mati..
Tidak mengingati Allah.
Tidak beristighfar
Menzahirkan sangka buruk yang terbenih didalam hati..
Dan banyak lagi. Tidak mampu ditulis kesemuanya.. Jika kita mempunyai mana-mana ciri yang telah penulis senaraikan maka tahulah kita, hati kita sedang sakit.. Maka, hati yang sakit memerlukan penjagaan yang lebih rapi.. Orang yang sakit memerlukan penjagaan yang lebih rapi dengan cara menjaga batas pergaulan lebih sikit berbanding orang lain yang tidak punya penyakit.
dan kadang-kadang masalah bertambah rumit jika kita tidak pandai bergaul dan berurusan.
Rasanya huraian penulis kali ini agak berterabur dan kurang sistematik. Jika tidak difahami, bertanyalah.
Walau apa pun:
Jagalah batas pergaulan yang telah Allah tetapkan, yang mana kita dibenarkan untuk fleksibel, maka jadilah fleksibel. Yang mana tidak dibenarkan Allah, sampai bila-bila pun kita tidak akan boleh mengubahya.
Apa pun. bersederhanalah.. jangan terlalu menjaga sehingga susah untuk berurusan atau janganlah terlalu fleksibel sehingga melanggar batas atau menumbuhkan penyakit dalam hati diri sendiri dan orang lain..
Owh, terlupa tentang contoh yang diminta oleh TJ. Nanti penulis tulis kemudian ye. Sudah terlalu panjang..
p/s: ubat penyakit hati akan diberitahu nanti.. sabar ye.. tangan ini tidak terlalu mahir menaip. Dah letih otak mengadap komputer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan