Sabtu, 10 Januari 2009

oh mataku dan kenormatanku 3

Kesimpulannya:

Apabila situasi membabitkan urusan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram:

Diam itu tidak semestinya bermusuh

Bercakap itu tidak semestinya bersahabat

Tidak memandang bukan bermaksud benci

Kurang senyum bukanlah penunjuk aras tidak suka

Tapi itu semua menunjukkan masyarakat kita memahami adab pergaulan lelaki dan perempuan mengikut ajaran yang telah Allah tunjukkan.

Bersyukur lah kepada Allah kerana kita di campakkan ke dalam populasi yang mengandungi sebilangan hambaNya yang peka kepada suruhanNya.

Sebagaimana kita mahu orang lain memahami dan meraikan kita, maka seperti itu jugalah kita perlu memahami dan meraikan orang lain. Jika kita tidak mampu melakukan amal solih tersebut, sekurang-kurang nya kita tidak memperlekeh orang yang berusaha untuk melakukan amal solih tersebut. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan juga termasuk dalam amal solih yang di perintahkan oleh Allah.

(Eh? kesimpulan yang terlalu panjang pulak..)

Setelah hidup selama hampir dua puluh tahun, penulis bolehlah merumuskan bahawa antara perkara penting yang perlu di fokuskan apabila berurusan lelaki dan perempuan (selain dari perintah Allah dalam surah An-Nur), adalah bersangka baik.

Apabila berurusan sesama jantina, lebih mudah untuk kita mendapatkan penjelasan apabila ada salah faham terjadi, berbanding berurusan dengan lawan jantina (kerana menjaga batas yang telah ditetapkan Allah)..Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penjelasan itulah pentingnya kita bersangka baik. Dan terbukti, bersangka baik itu sungguh menguntungkan kedua-dua pihak. Marilah kita bersangka baik. Banyak masalah pergaulan lelaki dan perempuan yang penulis temui telah selesai kerana bersangka baik. Kerana bersangka baik itu meluaskan dada, membahagiakan hati, menjernihkan iman. Selain, sangka baik itu juga adalah serendah-rendah tahap ukhuwah.. Setinggi tahap ukhuwah adalah itsar. –alif-tsa titik tiga- ro- .

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal