Pabila kita bercakap dengan seorang lawan jantina dari kita dan dia lansung tidak memandang kita, maka bersyukurlah kerana kita telah bertemu dengan orang yang melaksanakan hukum dan perintah Allah. Hukum dan perintah Allah seperti dalam Surah Nur ayat 30 dan 31.
Pabila kita bertemu dengan orang yang menutup seluruh auratnya maka tahulah kita dia benar-benar memahami suruhan Allah dalam surah Nur ayat 31.
Jika diperhatikan betul-betul Allah telah menyusun dengan baik suruhanNya dalam surah ini.
Pertama: Allah mengajarkan kita cara menjaga “amanah” yang telah Dia kurniakan. Apakah amanh itu? MATA dan KEMALUAN
Kedua: Jika bermasalah dan ingin meneruskan kepatuhan penyelesaian juga diberikan. Apakah masalah itu? Kebimbangan kerana tidak dapat menjaga MATA dan KEHORMATAN. Apakah penyelesaian itu? BERKAHWIN. Jika tidak mampu? BERPUASALAH supaya kesucian diri terpelihara –ini dah masuk dalam huraian penafsiran ayat 33-
Ketiga: Ganjaran yang diberi Allah kepada orang yang taat..
Allah suruh lelaki dulu tundukkan pandangan baru perempuan. Maksudnya orang lelaki lebih-lebih lagi WAJiB tundukkan pandangan. Tidak bermaksud perempuan tidak wajib, kerana selepas itu ada ayat suruhan untuk perempuan juga, supaya tundukkan pandangan.. Lelaki dan perempuan MESTi tundukkan pandangan.
Huraian untuk 5 ayat yang penulis masukkan dalam blog ini agak panjang. Tapi penulis cerita yang mana terlarat saja. Ada banyak perbahasan dan perincian mengenai hukum dan perintah Allah untuk ayat-ayat ini.
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan