Bismillahirrahmanirrahim. Semoga insan yang membaca tulisan ini dapat mempertimbangkan ia dengan hati dan aqal yang dipandu dengan iman yang benar.
Berkenaan ubat penyakit hati. Tiada ubat untuk merawat penyakit hati melainkan mengakui pada diri sendiri (bukan pada orang lain) kita mempunyai hati yang sakit, kemudian mencucinya dengan taubat dan amal solih yang dianjurkan Allah. Buat sahaja apa-apa amal solih dengan niat ingin menyucikan hati kerana Allah.. Insya Allah bantuan Allah itu ada di mana-mana..
Kedua, permintaan TJ untuk memberikan contoh mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan yang dibenarkan.
Sebelum memberikan contoh, penulis ingin menyatakan ayat ini terlebih dahulu. Allah tidakkan meletakkan sesuatu peraturan kepada kita (manusia), kecuali ia sangat bermanfaat dan membawa kebaikan kepada kita. Begitu juga batas hubungan lelaki dan perempuan.
Selain itu, ingin penulis jelaskan, untuk entri sebelum ini yang bertajuk “oh mataku dan kehormatanku” itu memang penulis tulis dengan niat untuk berkongsi dengan kawan-kawan, bahawasanya, itulah teori yang ada, hukum dan undang-undang asas yang telah ditetapkan Allah dalam Al-Quran. Bukan tidak mahu mengemukakan contoh (Kalau TJ memang mengikuti blog ini dari awal, penulis memang selalu memberikan contoh supaya kawan-kawan pembaca dapat memahami dengan lebih jelas). Cuma untuk entir kali ini sengaja tidak diberikan contoh kerana pada pendapat (PENDAPAT je ni) penulis, contoh itu tidak perlu diberi kerana apa yang penting adalah kefahaman dan penerimaan kawan-kawan pembaca mengenai undang-undang yang telah Allah tetapkan mengenai pergaulan lelaki dan perempuan.
Semacam kita belajarlah, apabila kita memahami konsep, apa soalan yang datang pun, putar belit macam mana pun, kita tidak akan dipeningkan oleh soalan tersebut. Kerena kita telah hadam dan menguasai konsep nya dengan baik. Sebegitu jugalah kefahaman dan kehadaman kita mengenai konsep pergaulan lelaki dan perempuan yang telah Allah tetapkan pada kita.
Okaylah, sekarang penulis akan berikan 5 situasi yang dibenarkan oleh syara’ untuk kita berurusan antara lelaki dan perempuan. Selain menuntut kita supaya pandai dan mahir untuk bergaul sesama manusia.
Perubatan
Huraian ringkas:
Bila kita sakit, kita jumpa doktor. kadang-kadang sakit kita itu memerlukan kita selak sana, selak sini, ianya dibolehkan. Atau, untuk pemeriksaan, doktor terpaksa memegang dan mengetuk-ngetuk tempat-tempat tertentu, tidak mengapa, jika itu satu-satunya cara untuk kita mendapatkan rawatan.
Pembelajaran
Huraian ringkas:
Bila guru mengajar takkanlah kita mahu memandang lantai dan kertas putih kita itu? Waduh, tidak memberi perhatian namanya. Pandanglah guru sekali-skala tanda kita memberikan perhatian dan berminat dengan ajarannya. Jangan tenung pulak. Nanti jadi benda lain pulak.
Perniagaan
Huraian ringkas:
Mestilah kita perlu memandang ke arah peniaga atau pembeli supaya tiada berlaku masalah menipu atau menindas orang lain..
Berorganisasi
Huraian ringkas:
Ini termasuklah menyelesaikan urusan dalam persatuan dan di tempat kerja. Susahlah kalau kita terlalu membataskan pandangan sehingga bos sendiri pun tidak tahu bagaimanaklah rupanya. Tapi bukannya bermaksud sehingga dapat membilang berapa biji jerawat yang ada di mukanya.
Pertunangan dan perkahwinan.
Huraian panjang:
Perhubungan antara lelaki dan perempuan yang ada tujuan perkahwinan memang dibenarkan. Tapi mengikut peraturan dan panduan yang telah syara’ tetapkan. Bukanlah bermaksud mentang-mentang lah berhubungan kerana mahu berkahwin, selalu keluar berdua-duan dengan tujuan, makan, tengok wayang, lepas tensyen dan sebagainya. Hubungan sebegini tidak dibenarkan. Itu hanyalah menurut hawa nafsu semata-mata. Jika benar mahu berkahwin, segerakanlah perkahwinan, itu lebih mulia dan bermaruah di sisi Allah. Jika tiada niat untuk berkahwin lagi, tinggalkanlah perkara yang dimurkai Allah. Ayuh kita pohon kekuatan pada Allah supaya kita kuat untuk melawan hawa nafsu. Apabila kita meninggalkan perkara yang haram untuk kita, ingat, Allah akan gantikan pada kita sesuatu yang halal, yang lebih baik dan mengembirakan kita.
Ada satu cerita (tapi ana tidak pasti perawinya sapa –hilang ingatan-) : Seorang lelaki dizaman Rasulullah ingin merancang untuk mencuri di sebuah rumah. Pada malam harinya, dia pun berusahalah untuk melaksanakan rancangannya itu. Apabila dia masuk ke dalam rumah itu mahu mencuri barang, akan tetapi tidak jadi. Kemudian dia jalan-jalan dalam rumah itu dia ternampak tuan rumah itu sedang bersolat (wanita janda). Terdetiklah niat jahat dalam hatinya. Tapi dia batalkan juga hasratnya itu. Sebab dia batalkan dua-dua niat jahat itu, penulis tak dapat ingat. Rasanya, sebab si pencuri ini ada mendengar kuliah Nabi s.a.w pada siang harinya. Dan kalau tidak salah, kuliah Nabi s.a.w itu berkisar tentang meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah (Sesiapa yang ingat dan tahu cerita ini tolong betulkan ye, kalau tersalah). Akhirnya, pencuri itu pulang tanpa mengambil sebarang harta dari rumah tersebut. Entah macam mana (pun tak ingat jugak. waduh maaflah, banyak pulak hilang ingatan), kisah pencuri ini diketahui oleh Rasulullah. Kalau tidak salah ingatan, sebab dia pergi berjumpa Rasulullah dan mengakui perbuatannya. Akhirnya, lelaki pencuri itu, berkahwin dengan perempuan janda tersebut (tuan rumah yang dia cerobohi dahulu). Nampak tak? Pada akhirnya, semua yang suatu masa dahulu haram pada pencuri tersebut telah menjadi halal kerana ketakutan dia pada Allah..
Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari bersama dari cerita ini. pengajaran paling besar yang ada dalam cerita ini adalah: Tinggalkan perkara yang diharamkan Allah tidaklah membawa kerugian walaupun ia menghampakan hawa nafsu kita.
Tahu tak, hawa nafsu kita ni jahat. lebih-lebih lagi bila kita ikut sahaja apa yang ‘dia’ ingin kan. Kalau kawan-kawan pernah belajar aqidah dalam perbincangan hawanafsu ini, ada satu huraian cakap; apabila Allah menciptakan hawanafsu, Allah bertanya kepada ‘dia’ “Siapakah aku?” Tahu tak apakah yang hawanafsu jawab? “Aku?, akulah!. Engkau?, engkaulah!”. Kemudian Allah letakkan ‘dia’ dalam neraka (lama Allah letak). Tapi bila keluar, Allah tanya dengan soalan yang serupa, jawapan ‘dia’ pun serupa juga!?? Degil betul. Dah masuk dalam neraka yang panas membakar itu pun ‘dia’ boleh bersikap biadapp macam ‘itu’ lagi. Bukan sekali ‘dia’ dimasukkan ke dalam neraka, adalah beberapa kali juga. Akhirnya barulah hawanafsu menjawab “Engkau adalah tuhanku, dan aku adalah hambamu”. Hmm, nampak tak betapa jahat dan degilnya hawanafsu kita ini? Maka dengan itu, marilah kita sama-sama menjaga diri kita, supaya tidak dirosakkan oleh si hawanafsu kita yang jahat dan degil ini..
5 perkara ini juga boleh lah dikategorikan sebagai contoh situasi yang TJ ingin kan. Hubungan lelaki dan perempuan selain dari 5 perkara di atas, sama sekali TIDAK DIBENARKAN OLEH ALLAH. Di ulangi, tidak dibenarkan oleh Allah, bukannya tidak dibenarkan oleh penulis..
Terasa macam ada satu lagi perkara selain 5 di atas. Tapi macam tidak diingati. Sesiapa yang ingat boleh tolong tambahkan. Terima kasih.
Alright. That’s all from me. (I’m trying to speak english just as TJ advised me to ‘keep on trying’). I take ur advise and you take my advise. Give and take. Is my English correct? Never mind, just keep trying.. Thank you for that good advise.. I’m trying my best, to give something to my community and i’m keep trying..
p/s 2: Apa perkara pun cakap memang senang. Nak buat itu yang menjadi kisahnya. Jom kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang taat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan