Haa amacam? seperais dengan tajuk yang penulis pilih tu ke? Jangan ada sesiapa jatuh perasan pulak. Saja tulis tajuk tu sebab nak suruh kawan-kawan baca apa yang penulis ingin kongsikan. Kan surat khabar selalu guna taktik gini..
Surat khabar tu memang buat tajuk provok habis. Ni bukan provok lagi, sebab memang penulis nak cakap fasal MINAT. Masing-masing kita kan ada minat yang tersendiri. Dan minat kita tu boleh jadi macam-macam. Tapi yang penulis nak tulis ni minat yang semua orang ada.. Ehem.. cu (singkatan utk cuba) teka.. Apakah minat yang semua orang ada??
Hmm dapat teka tak?? Ooo tak dapat teka ek? Dengan itu penulis dengan ikhlasnya tidak mahu beritahu kawan-kawan lagi diawal penulisan ini.. Nanti di hujung penulisan lah penulis beritahu.. Qua-qua.. Jangan buat demonstrasi sudah (sebab tak puas hati dengan penulis tak nak beritahu)..
Minat ni lahir sebab kita ada kecenderungan. Bukan itu sahaja, minat kita juga di pengaruhi oleh budaya, pengalaman hidup, ilmu dan pendedahan yang kita dapat. Betul tak? tak setuju eh? ikut suka lah.. Setuju tak setuju pun di pengaruhi oleh faktor yang sama (minat masing-masing)..
Macam-macam cara kita tengok orang meminati.. Betul?? isk, asyik tanya je.. Takpalah, kalau tak suka, tidak usah di jawab.. Setiap orang ada minat yang tersendiri dan minat kita itu boleh jadi macam-macam.. Dan perkara yang kita minat tu bulih jadi baik dan bulih jadi tidak baik utk iman dan akhirat kita. Maka pasti kan apa yang kita minat itu membawa keuntungan pada kehidupan di akhirat atau lebih baik jika ia selaras dengan keredaan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan