Khamis, 22 Januari 2009

Itu sungguh menakutkan 2

Akhirnya, penulis pun berkatalah pada diri sendiri, “takpelah, tazkirah ini untuk diri sendiri jugak”.. Apalah yang nak ditakutkan sangat.. Selepas siri kegelabahan dari asar hingga Isya’, akhirnya penulis telah berjaya menyampaikan tazkirah pertama dalam sebuah majlis yang separa formal. Hmm sebaik sahaja menyampaikan tazkirah itu, hilanglah sejuk kaki dan tangan. Yang penulis rasa pada masa itu ialah, syukur pada Allah kerana memberi kekuatan kepada penulis untuk melawan segala rasa takut dan gelisah untuk melaksanakan perkara yang baik (memberikan tazkirah/peringatan)..

Rupanya, tidak susah memberikan peringatan. Peringatan adalah mengingatkan sesuatu yang orang lain sudah pun mengetahui. Bukannya kita memperkenalkan sesuatu yang baru.. Hanyalah ingatan. Dan memberi peringatan kepada orang lain samalah seperti kita mengingatkan diri sendiri. Yang menjadikan kita takut, gelisah, gelabah tidak tentu fasal, adalah kerana ‘setting otak’ kita bahawa tazkirah itu adalah untuk orang lain.. Itulah yang menjadikan kita sangat takut.. bimbang akan kemarahan orang, bimbang orang terluka, nanti kehilangan kawan dan berbagai-bagai perkara tidak logik lain..

Akan tetapi, jika kita meletakkan ‘setting’ tazkirah ini untuk diri sendiri dan ia cuma di sebutkan di hadapan orang lain. Maka hilanglah segala rasa takut dan gelisah itu. Kerana peringatan itu telah kita letakkan ia sebagai peringatan untuk diri sendiri yang perlu dikongsi dengan sahabat-sahabat yang lain..

Kesimpulannya, janganlah bimbang akan reaksi orang setelah kita menyampaikan tazkirah kerana ia hanyalah peringatan kepada diri kita sendiri dan kita sangat bermurah hati untuk berkongsi dengan orang lain. Selain itu, pastikan lah tazkirah kita itu praktikal dan mudah untuk diikuti serta difahami.. (kadang-kadang, bercakap menjadi hobi sesetengah orang.. bukan mahu memberi tazkirah, hanya melepaskan gian bercakap). Kita juga perlu memastikan, diri kita yang menyampaikan tazkirah tersebut menjadi orang yang pertama tersentuh dengan tazkirah yang disampaikan lidah sendiri..

Okay, selamat memberi peringatan dan menerima peringatan. Kita ini kan manusia, asal perkataan Arabnya bermaksud lupa. Ubat untuk lupa adalah ingat. Jadi, kita sememangnya memerlukan peringatan..

TAMAT

Tiada ulasan:

Entri terkenal