Yang penulis nak kongsi dengan kengkawan ialah minat kita itu perlu di serta kan dengan:
- Sebab yang jelas, mengapa kita meminati sesuatu
- Faedah minat itu kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara
- penerimaan bahawa yang menjadi kan minat itu adalah dari Allah.. (faham tak maksud ayat ni? maksud nya, kita ridha yang minat kita itu bukanlah semata-mata datang dari diri sendiri tapi juga satu anugerah dari Allah)..
- Sikap yang bersederhana..(sikap ini sangat-sangat lah penting supaya kita tidak akan menjadi sebalik nya kerana ada sikap keterlaluan)
Rasanya itu sahaja perkara-perkara yang penulis rasa penting bila kita minat sesuatu.
Perkara-perkara ini juga perlu disertakan jika kita benci, nyampah dan tak minat dengan sesuatu.
Hmm jelaskan? apa yang penulis hurai.. Skop minat yang penulis tulis ni termasuklah suka, sayang dan teringin atau apa-apa lagi yang seumpama dengan nya. Manakala skop tidak minat pulak termasuklah benci, nyampah, tak hingin, tak lalu dan apa-apa lagi yang seumpama dengan nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan