Isnin, 9 Julai 2012

bila merasa diri yang terbaik

Dengan nama Allah...
Yang Maha Pengasih lag Maha Penyayang.

nak bagi tazkirah sebenarnya ni.
tapi kepala dah bengang pulak.

Jadi tazkirah kat diri sendiri dulu..

Sabarlah dengan pelbagai kerenah manusia jahil.
Mereka memerlukan petunjuk dari manusia yang telah menerima petunjuk.

Maka sabarlah.
sabarlah sebagaimana Nabi Nuh bersabar.
Sabarlah sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabar.

Fuh, nak ikutkan hati dan nafsu ammarah..
Sudah lama terbakar jadi arang melayan kerenah 'taktahu dosa pahala' ni..

...

bila duduk dengan dia..
ada je orang yang tidak amanah.. ada je pekerja malas.. ada je pekerja yang tidak cukup etika.
hingga telinga yang mendengar ini.. merasa seolah-olah, hanya yang bercakap itulah BAGUS kerjanya, tekun dalam kerjaya.. amanah dan berdedikasi dalam segala tugas.. tidak pernah tersalah dan silap..

Subhanallah!
Maha Suci Allah.

Sekali nampak ia fenomena biasa.
takde pape.
Tapi biasa yang tidak enak utk iman.
dan ada pape dengan iman.
Bekerja sambil mengata orang lain.
Berkerja sambil mengaibkan orang lain..
Beramal pahala sambil bermaksiat dengan pelbagai alasan yang kononnya lojik di aqal..

Amar makruf nahi mungkar ada caranya..

Harap-harap tidak terjerat dengan kesalahan yang sama bila menulis disini..
bekerjalah dengan ikhlas.. agar kita tidak 'susah hati' dengan ketidak ikhlasan orang lain..

Tiada ulasan:

Entri terkenal