Khamis, 19 Julai 2012

Wawasan

Jika letak "wawasan puasa" tidaklah se'catchy' "wawasan".. Entah? itu hanyalah telahan.

Wawasan puasa sangat besar dan mulia iaitu >> taqwa.

Dari mana kita tahu akan hal ini? Allah telah sebut dalam Al-Quran..
Tapi adakah wawasan puasa itu tercapai setelah berakhirnya Ramadhan?

Menanti ramadhan setelah menjejaki fasa hidup yang baru;
(oh pastinya bukan perkahwinan tetapi fasa hidup berubah dari "tangan yang menerima" menjadi "tangan yang memberi"). Ye lah, dulu belajar, sekarang kerja..

menanti ramadhan setelah menyusuri fasa hidup baru membuatkan penulis terfikir..

Selama ini begitu gembira dengan kedatangan ramadhan kerana banyak sekali pemberian. Lupa terus, pada SIAPA yang menyebabkan manusia menjadi murah hati dan memberi.. Aduh bagaimana selama ini aku telah mencapai wawasan puasa jika dengan pemberian itu aku tidak dapat merasai kehadiran dan kekuasaan Allah?!

Kini Allah telah memberi peluang kedua.
Mengejar wawasan puasa dengan menjadi "tangan yang memberi".. Dengan SYARAT, memenuhi "guideline" yang telah ditetapkan Allah.

Tidak salah gembira dengan pemberian.. Tapi hikmah dan wawasan puasa itu jauh lebih bernilai dan perlu dikejar berbanding seketul kegembiraan yang hadir dek pemberian manusia.


....

Tidak dinafikan urusan terlalu banyak. Tapi masa juga tidak akan menunggu jika kita perlu meninggalkan urusan dunia untuk mengadap Allah selamanya.






Tiada ulasan:

Entri terkenal