Sabtu, 28 Julai 2012

hati berbicara

Ramadhan kembali lagi.

ia datang bersama tawaran hebat.

Pahala di lipat gandakan.

Melihat para Imam dari gaza datang ke Malaysia..
Umpama dikejutkan dari tidur.

Mereka hafiz dari medan perang.
Mereka hafiz dari tempat mulia dan penuh dengan ujian.

Maha Suci Allah.

Entah apa pun sebab kedatangan mereka, yang penting peringatan dan pengajaran yang aku dapat dengan kedatangan mereka..

Tidak pernah pun jadi makmum di belakang mereka lagi.
Tapi sudah terasa..

Bagaimana Quran yang aku hafal 7 tahun lepas?
Apakah aku sudah semakin faham?
Atau semakin banyak telah hilang dari ingatan?..

Serius ini buatkan penulis rasa nak menangis.
Mutiara bd, kalau menangis boleh ingat dan faham Quran ke??

Kawan-kawan..
Marilah kita belajar untuk faham apakah isi kandungan Al-Quran.
Jika belum menghafal..
Hafallah sebanyak yang boleh. Bukan hafal dan tinggal. Bukan hafal dengan tergesa-gesa.

Hafal demi cinta pada-Nya. Hafal untuk beramal.. Bukan hafal untuk menunjuk.. Bukan hafal kerana orang lain pun menghafal.. Hafal untuk memudahkan kita beramal dengan ajaran yang terkandung di dalamnya.

ya...
Sesungguhnya aku rindu pada suasana ibadah bulan ramadhan kala tiada gangguan untuk aku duduk dan terus mengulang dan menghafal kalam Allah.

"Ya Allah, Engkau telah menyaksikan perbuatan kami.. Maka ampunilah kami dan janganlah Engkau azab kami kerana lupanya kami, berilah kami kekuatan untuk terus mengingati segala firman-Mu.."

Tiada ulasan:

Entri terkenal