Sabtu, 21 Julai 2012

Kita tidak boleh 'berkira' sangat..

Selamat sejahtera dan selamat mengembara mencari sinar Ilahi di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini..

Wah.. Indah sungguh bintang dan langit ciptaan Allah!
Tidak pernah kelihatan buruk walaupun hujan lebat dan kilat sabung menyabung..

Manusia pun indah juga.
Macam-macam rupa Allah buat.
Tapikan..

bila manusia itu mula mengabaikan aqalnya..
bila dia mula pakai lojik tanpa garis panduan agama..

Yang indah itu jadi tak berapa nak indah la pulak..

......

Bekerja dan mengurus barang majikan..
Maka sudah terang lagi bersuluh, ia adalah barang majikan, bukan barang kita.

Sudah semestinyalah majikan telah percaya pada kita untuk menjaga dan mengurus barangnya, kerana itu kita mendapat satu tempat dan jawatan untuk bekerja dalam susunan organisasi majikan kita itu.

Bila ada orang cuba meminta kita menyeludup barang amanah tersebut, maka, kita sebagai pekerja yang amanah tidak akan melakukan sedemikian.

Barang itu boleh diberikan pada sesiapa pun, tetapi mengikut cara dan panduan yang telah ditetapkan.. Bukan dengan cara menyeludup dan memberikan sesuka hati kerana kita tidak mahu terlalu 'berkira'..

Maha Suci Allah!

Walaupun ia melibatkan barang biasa.. Tidak semahal kereta atau rumah, tapi ia tetap barang amanah!

Peliharalah amanah itu bukan kerana kita 'berkira' akan 'harga' barang tersebut, tapi kerana NASIB kita di hari akhirat akan dikira berdasarkan sifat amanah yang ada ketika menjalankan tugas!

Semoga Allah melindungi kami semua dari perbuatan pecah amanah. Amin.

Tiada ulasan:

Entri terkenal