Rabu, 11 Julai 2012

mujahadah membuang cinta dunia

Alangkah hebatnya Allah..
Alangkah indahnya ciptaan Allah..

Tapi ia hanya disedari bila hati dan fikiran mahu mencari dan berusaha..

Kenapa aku dihidupkan,
kemana aku dikembalikan,
Dan apa yang aku nak buat selama berada di dunia sebelum mati meninggalkannya..

Hanya kerana MALAS dan tak pernah terfikir tentang 3 soalan ini..

Maka CINTA DUNIA menyerang..
Ia tidak datang sekelip mata menjadi cinta dunia..

Bermula dengan tidak mengetahui tujuan hidup..
Menggunakan anggota badan yang Allah beri sewenang-wenangnya..

Mata digunakan untuk melihat perkara haram..
Juga untuk menatap segala 'kenikmatan' dunia yang sementara..

Hati mula tertarik dan rasa 'cinta'...
fikiran mula menguasai diri dan terus berusaha untuk mendapatkan 'kenikmatan' tersebut..

Maha Suci Allah..
Betapa mata yang tiada kunci dan pemberat..
Jika ia tidak dipelihara..
Memandang segalanya..
Hilang kemanisan iman...
Tiada kenikmatan dalam ibadah..
'lazat' dalam maksiat..
Semakin jauh dari Allah.

noktah.
Tiada lagi perkataaan yang mahu dikotakan pada hari ini kecuali..

Ya Allah! berilah kami kekuatan memelihara anggota yang Engkau amanahkan pada kami, sesungguhnya kami berlaku ZALIM terhadap diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, maka termasuklah kami dari kalangan orang yang rugi.

Aku tidak redha dengan suasana maksiat. selamanya aku tidak akan redha.. TAKDE KOMPROMI.

sekian.

Tiada ulasan:

Entri terkenal