Jumaat, 20 Julai 2012

Patutlah

Ada hadith Rasulullah menyatakan..

"orang yang menyambung silaturahim akan dipanjangkan umurnya"

Jika mengikuti perbahasan hadith ini dalam kitab Al-Adab dalam himpunan hadith Muntakhab, akan di dapati huraian yang jelas tentang maksud akan dipanjangkan umurnya..

entri ini bukanlah untuk memberitahu apakah yang dibincangkan maksud -dipanjangkan umur itu-

Tapi untuk memberitahu; PATUTLAH perbuatan menyambung silaturahim ini dapat ganjaran hebat!
Ganjaran dipanjangkan umur itu adalah ganjaran hebat tahu?! Kerana ia bermaksud, hidup kita lebih banyak pahala, disamping mengurangkan dosa selain cukup ruang masa untuk bertaubat.. Bukankah itu suatu yang hebat?!

Sebab.. bukan senang untuk menyambungkan silaturahim..

dengan orang yang berdendam dengan kita..
dengan orang yang sakit hati dengan kita
dengan orang yang kalau boleh takmau tengok, jumpa dan dahsyat lagi sebut nama pun takboleh.

Tahukah kita akan maksud menyambung silaturahim ini??
Ia bukan bermaksud orang buat baik kat kita, kita pun balas baik balik.. Itu dinamakan menjaga silaturahim..
Atau bila jumpa orang tak kenal dan kita berkenal kenalan..

Menyambung silaturahim adalah bila orang buat tidak baik pada kita dan memutuskan perhubungan dengan kita tetapi kita berusaha menyambung kembali hubungan tersebut! Inilah maksud MENYAMBUNG silaturahim..

Sesungguhnya, kejahilan kita, kelemahan kita membuatkan kita terjerumus dalam dosa. Allah sangat tahu akan hal ini, kerana itu Allah mengajarkan kita pakej lengkap cara bertaubat dan peluang taubat itu terbuka hingga sebelum nazak..

Maka penulis sangat ingin membersihkan hidup keluarga dan ummat Islam dari sifat dendam turun temurun yang telah di'ajar'kan syaitan pada manusia..

Dendam adalah antara kepakaran syaitan selain dari takabbur.

Semoga Allah menerima amal dan usaha kita walaupun kita tidak berjaya menyambung kembali silaturahim yang telah diputuskan! InsyaALLAH.


Tiada ulasan:

Entri terkenal