Rabu, 4 Julai 2012

takkan mampu hingga "setting" minda bertukar

dah berkurun berniat untuk update.
tapi hingga sekarang gagal.

alangkah..
entah tidak tahu bagaimana mahu terangkan.
huru hara sekali mengurus masa.

Marilah kita kembali pada Allah.
Dengan cara menjaga hati, melakukan segala suruhan Allah..
Segala suruhan Allah itu maksudnya..
S.E.G.A.L.A lah...
Tidak cukup setakat puasa dan solat sahaja ok.

Oh, kemampuan itu hanyalah alasan.
Dari mana kita tahu batas kemampuan kita?
Jika kita sebenarnya tidak pernah mencuba hingga ke titisan darah terakhir?

Ya, mari kita berusaha.
Terima kasih pada yang mengajar erti sangka baik.
Ia memang banyak mengajar diri.

Dan rupanya bersangka baik dan membuang prasangka itu..
Bukanlah sesuatu perkara kecil atau biasa-biasa..
Ia adalah perang untuk melawan si syaitan..
Agar tidak bersetuju dengan idea karut mereka..
Idea jahat syaitan yang membuatkan kita sesama manusia tidak mampu berkasih sayang..

sedangkan, kasih sayang dan sangka baik antara kitalah yang akan menjadi salah satu faktor kekuatan Islam..
Dan syaitan tidak pernah berhenti menyesatkan kita.

APAKAH KITA MAHU BERHENTI DARI DAKWAH DAN BERBUAT BAIK, hanya kerana kita sudah puas melakukan kebaikan?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Tiada ulasan:

Entri terkenal