Jumaat, 27 Julai 2012

Thanks Allah for granting me a brain

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah al-Hujurat ayat 13.

Ayat di atas ni sangat jelas erti dan maksudnya.

Sebelum meneruskan bebelan hari ini, suka cita penulis ingin bertanya beberapa soalan.

Elok tak kalau kita panggil adik kita sorang tu yang berkulit agak gelap sebagai 'woi hitam'??

Ataupun

salah seorang adik beradik kita mata sepet, kita pun panggil 'eh sepet'??

Elok ke macam tu?

Tak pun ada salah seorang adik beradik kita lahir hidung tak berapa nak hensem macam yang lain.. Kita panggil dia 'kemek'.

Elok ke???

Hai rasa macam cakap dengan budak-budak pulak.
Ye lah, dah kalau orang tua pun buat perangai macam budak-budak.. -_-'

Kawan-kawan yang dirahmati Allah..

Apa pun bangsa mereka, bagaimana pun rupa mereka.. Itu adalah sebahagian dari  KEBESARAN ALLAH!

Tidakkah akal kita (yang kita sanjung selama ini sebagai kononnya hebat itu) terfikir selama ini, perkara yang kita 'hina' kan itu adalah ciptaan ALLAH?? juga KEHENDAK ALLAH. Allah yang berkehendak menjadikan kita melayu ke cina ke india ke..

Memberikan layanan DOUBLE STANDARD pada BANGSA lain dari bangsa sendiri, seolah-olah kita 'menghina' ciptaan Allah! Sedangkan kita dituntut untuk ADIL meskipun kita tidak suka.

Allah tidak menyuruh kita memusuhi bangsa!. Terang lagi bersuluh dalam ayat ni. Tidak perlu tafsir seleweng kot lain..

Kita sebagai ummat islam, kita hanya memusuhi siapa yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya! Itulah musuh kita.. Bangsa apa pun orang yang berada disekeliling kita, jika dia tidak memusuhi Allah dan NAbi Muhammad maka kita tidka boleh mengisytiharkan 'perang' atau 'double standard' terhadap mereka.

Tawanan perang pun, Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan contoh pada kita untuk melayan mereka dengan baik. Inikan pula para kuffar yang tidak berperang dengan kita dan SAMA-SAMA berkhidmat di bawah negara kita!

Subhanallah!
Allahu akbar!

Itu belum lagi soal mengajak para non-muslim yang salah faham ini mendekati Islam..

Ampunilah kami ya ALLAH.

Selamat berpuasa dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya.





Tiada ulasan:

Entri terkenal