Rabu, 25 Julai 2012

Not because I'm malay but because i'm Muslim!

Sensitivity.
Biasa orang tidak ingin bercakap tentang sensitiviti, takut gaduh. Siapa bilang gaduh pulak? Beritahu sudah cukup dan dengar sudah cukup.

Segala perintah dan suruhan Allah adalah sensitiviti ummat Islam.
Apa lagi kalau benda Allah suka dan tidak suka.
Kita tidak boleh main kata Allah suka kalau kita suka sesuatu.. dan begitu juga sebaliknya.

....

Melihat peristiwa para muslimin di pegang dan di sentuh sesuka hati oleh orang jahil memang tidak dapat di elak rasa 'tidak enak'..

Sensitif.
Ia adalah suruhan Allah, perintah Allah..
Menjaga pergaulan lelaki perempuan.
Ia bukan sekadar pendapat penulis untuk tidak suka bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas.


BERSENTUHAN tau. Tengok pun Allah tidak beri.. [kecuali tidak sengaja], ini kan pun disentuh atau menyentuh...


Mana tahu tengok pun Allah tidak beri? Bacalah dalam Al-Quran... Kamu tidak akan merasa ia [perintah Allah untuk menundukkan pandangan itu sebagai] 'sesuatu' jika kamu tidak merasa penting dan berharganya sebuah Al-Quran serta BESARnya Allah dalam hidup kamu.


.......


oh ye ke?
Sorry.. mana saya tau itu agama kamu..
Saya ingat itu cuma masing-masing punya pendirian.


Tapi tadi orang yang saya sentuh itu ok je?
Takde respon macam tak suka pun??


....


Ini satu hal lagi.
Bila kita LANSUNG tidak berani mempertahankan syariat agama kita..
Siapa lagi yang akan pertahankan?
Siap kita pulak jadi fitnah.. sebab?
Kita tidak kesah pun orang lain langgar perintah Allah!


...


Oh ini bukan kesah 'bergaduh' tentang syariat  (rasa macam ganas pulak ayatnya).. Tapi ia tentang sensitiviti kita kepada perintah Allah..


Allah bukan manusia yang terbatas kemampuannya.
Tak takut ke buat sesuatu yang menyebabkan Allah murka?


....


Awak pernah tengok tak saya cakap sambil pegang orang lelaki lain? (of kos la yang cakap macam gini adalah perempuan kan)


"oh.. awak memangla tak buat. Saya faham sebab awak malay ma"


NO. I'm practicing like this NOT because I'm malay but because I'm MUSLIM..  

Selama ini kita lebih cemerlang "berdakwah"  perbezaan sifat melayu dan cina. Tapi kita tidak pernah terfikir, bagaimana mahu menyampaikan ISLAM hingga mereka yang non-muslim akan berkata:

"oh saya faham, awak tidak buat begitu kerana Tuhan awak tidak benarkan awak lakukan begitu"

Ini belum lagi cerita ajak orang masuk Islam ye.
Islam is not for Malays or Arabians only.

Tiada ulasan:

Entri terkenal