Isnin, 23 Julai 2012

DOing

Selamat malam.

Cara baca tajuk tu bukan dengan cara bahasa inggeris, tapi dengan bunyi huruf konsonan dan vokal bahasa Malaysia.

Dua tiga hari lepas rasa nak baca THE STAR.
Oh "berbintang-bintang" pulak kepala bila baca surat kabar tersebut, bukan kerana dia berbahasa Inggeris tapi..

FIKRAH yang di sampaikan dalam surat kabar tersebut..

Mahu tahu apakah perkaranya???

Tentang cinta bukan kerana Allah.
....

Kita kat unibesti [universiti] bukan main lagi belajar cara pergaulan yang halal dan di redhai Allah.
Kempen sana sini lagi... Say NO couple lets nikah >> haha ni buat ayat sendiri, tajuk kempen bukanlah sebijik macam ni, tapi maksudnya lebih kurang lah.

...

Tibe.. bila baca surat kabar yang 1 Mesia baca, suruh pegang-pegang pulak bila "bercinta"
Tak ke rasa naik ke "bintang"?!


Penat kita duk ajar, ceramah kempen, terang sungguh-sungguh..
Surat kabar tu senang-senang pulak ajar cara-cara nak bercinta sebelum kawin adalah dengan 'pegang-pegang' untuk menambah 'kasih sayang'.

Ini yang penulis nak cakap, maklumat hujung jari, maksiat pun hujung jari.

Era kita sekarang ini, tidak lagi sekadar era tidak malu buat maksiat, tapi era lebih 'advance'.. Seru ke-arah maksiat itulah erti 'keagungan'.


...

Tukar topik kejap.
Bagaimana kita faham, begitulah kita akan beramal..

Tolonglah.
Saya dah serabut dengar nasihat 'kelakar' macam ni.

Nasihat ajak kita buat dosa wahai hamba Allah yang dikasihi.. apakah ini bahan bacaan seharian kita?? Apakah tulisan sebegitu yang kita mahu ia memenuhi akhbar harian negara 'Islam' kita?

...

Kawan-kawan..
Tak cukup lagi ke bukti yang TERBENTANG di hadapanmu?

Bukti kita semua sangat perlu kembali pada Islam.. Bukti untuk kita benar-benar menganut Islam secara keseluruhan..

sudah.
cukup.
mungkin leteran akan berlaku jika tidak berhenti sekarang.

Sekian selamat berpuasa dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal