Jumaat, 13 Julai 2012

Sentuhan tarbiyyah?

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia pelbagai rupa dan warna. Maha suci Allah dari segala dosa dan kesalahan..

Sudah lama penulis tidak menyimpan ‘stok’ penulisan. Main tulis sahaja dan pos..

Akan menggunakan semula teknik simpan dan peram ‘stok’ hingga masak, kemudian barulah terbitkan di blog, mungkin lebih strategik dan effektif. MUNGKIN.

Sentuhan dan sapaan tarbiyyah bagi setiap orang sangat berbeza pengalamannya.

Ada orang mencari tarbiyyah dengan bersungguh-sungguh. 


Ada orang hanya mengikut dan ‘pegi jela’ dah orang ajak. 


Ada orang benci terus dan hanya mempunyai persepsi buruk terhadap tarbiyyah.. 


dan ada juga yang 'takde' hati pun dengan tarbiyyah

Cantiknya kepelbagaian pengalaman ini membuatkan penulis terfikir..


Apakah sumbangan kita dalam pengalaman ‘ada orang-macam-macam’ ini.. 

Tidak perlu berfikir panjang pun.. Alasan mengatakan tidak mahu terlibat dengan politik, kerana ‘kekotoran’ yang berlaku di dalamnya hanyalah alasan.. hm? Politik? Alasan tidak mahu menyertai tarbiyyah dan dakwah kerana merasakan diri belum cukup baik untuk bersama orang-orang baik juga alasan.

Ya.. Ada alasan boleh diterima, ada alasan tidak boleh diterima, bergantung kepada keadaan, masa dan alasan itu sendiri..

Diri sendiri lebih tahu samada alasan itu benar-benar satu pengecualian atau ia hanyalah untuk berlepas diri dari suatu tanggungjawab.. Manusia lain tidak kuasa menghukum. Dipihak yang menerima alasan pula, timbanglah alasan itu seadilnya dan buangkan jauh sangka buruk kita. Tidak untung bersangka buruk dengan alasan mereka, kerana Allah sahaja yang layak menghukum manusia.. Bukan tugas kita sesama manusia untuk menghukum sesiapa pun.

Sedikit anti-dot disini, dengan sangka baik kita pada seseorang bukanlah bermaksud menjadi tiket untuk kita lansung tidak siasat keadaan orang yang berada di bawah tanggungjawab kita.. bersederhanalah maksudnya.. jangan terlalu menyiasat hingga menjadi ‘pengintip’ atau bersangka buruk, tapi janganlah pula terlalu bersangka baik hingga tidak mampu tahu langsung alasan dan sebab ketidakhadiran.

Tarbiyyah mengajar kita menjadi mukmin yang seimbang dari semua aspek..

InsyaAllah.

p/s: bila baca balik tulisan ni, baru terfikir, mungkin ada orang takkan faham pun baca artikel ni.

Tiada ulasan:

Entri terkenal