"Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya diri nya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia medapati Allah Maha Pengampun lagi Penyayang".
Surah An-nisa: 110
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya"
Surah An-nisa: 82
"Ya tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman iaitu -berimanlah kamu kepada Tuhanmu- maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami beserta dengan orang-orang yang banyak berbuat bakti"
Surah Ali-imran: 193
"Ya tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji"
Surah Ali-imran: 194
"Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya dengan berfirman: Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang yang beramal diantara kamu, baik lelaki atau perempuan, kerana sebahagian kamu adalah turunan sebahagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang di usir dari kampung halaman nya, yang disakiti pada jalan-KU, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti, Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan pada Allah lah segala pahala yang baik"
Surah Ali-imran: 195
Al-Quran adalah penyubur hati dan iman, pengubat duka, penghidup jiwa, penyelesai masalah..
Mutiara yang terkandung di dalamnya tidak akan terbeli dengan apa jua harta dunia..
Walaupun Al-Quran berlambak-lambak di rumah dan bilik, "mutiara" yang wujud di dalamnya, hanya mampu di temui oleh orang yang MENCARI nya dengan izin Allah
Rabu, 29 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Maksudnya: Allah matlamat kami. Segala perbuatan kita itulah matlamatnya. Kehadiran kita ke dunia ini pun itulah tujuannya. Dalam perj...
-
Membuktikan pengakuan dihadapan Allah tidak semudah melafazkan kata-kata iman di hadapan manusia. “Aku ikhlas” Setiap saat.. Iman kita di...
-
Biasanya orang suka mengetag dengan macam-macam soalan. Apalah maksud mengetag itu pun, tak dapat-dapat penulis fahami. Dibawah ini penulis ...
-
Sebelum memulakan perbincangan berkaitan tajuk kali ini, penulis mahu kongsikan satu ayat berikut: “Apabila kita mula merasakan diri kita ...
-
Punca Menurut pendapat Imam Ghazali: Urusan agama iaitu ilmu dan amal. Urusan dunia iaitu keturunan, kecantikan, kekuatan dan keperkasa...
-
Bila kita terlalu banyak berurusan dengan manusia, kebarangkalian untuk kurang mengingati Allah akan menjadi lebih besar.. Tapi bukan semua ...
-
Haiii.. Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.. Apa khabar kawan-kawan pembaca sekalian? Sihat kah iman kawan-kawan hari ini? Wah s...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan