Isnin, 1 Jun 2009

Cek mek molek lagi


Senang aje buat cek mek molek.

Sedia bahan dulu yea.

  1. Ubi stelo (tak tahu orang luar panggil ubi apa. ubi yang berwarna oren tu. Mahu guna ubi keledek pun boleh jugak. Tapi ubi keledek warna kuning). tak kesah, dua-dua pun boleh. Yang penting jangan guna ubi keladi. Konfem tidak menjadi.
  2. Majerin ke butter ke tak kesah. tapi kalau guna butter lagi sedap.
  3. tepung. semestinyalah tepung gandum.
  4. minyak masak
  5. gula
  6. garam
Cara-caranya:

Pertama sekali; rebus ubi seketul dengan air dan garam. Jumlah air tu agak-agak sampai ubi separuh tenggelam. dalam air. Garam pulak jangan letak satu sudu. Masssinn. Letak hujung sudu je. Tinggallah ubi atas dapur lebih kurang 40 minit. Kalau nak atahu ubi dah masak ke tak, cucukkan garpu. Kalau garpu masuk terus dalam ubi, maka ubi dah masak. Kalau cocoh garpu tapi tak masuk dalam ubi, itu tandanya ubi belum masak lagi.

Selepas masak, kupaskan kulit ubi. Lecekkan dia. Boleh guna teknik apa saja. Asalkan ubi itu lecek. Kalau penulis, penulis guna motar and pestle. Selepas dah lecek semua, masukan marjerin. Lebih kurang satu sudu besar. Serentak dengan itu, masukkan tepung gandum. Jumlah tepung gandum pulak lebih kurang separuh dari kuantiti ubi yang telah dilecek tadi. Bukan separuh berat ubi tau. Separuh dari segi isi padu yang kita nampak.

Lepas dah campur semua, uli lah adunan sampai rata semuanya. Nak uli pakai sudu ke, pakai senduk ke, pakai tangan ke, tak kesahlah. boleh blake.

Bila sudah rata, jadikan bola kecil-kecil. Ambil satu-satu, tekan atas tapak tangan, kemudian masukkan gula, dan tutup balik. Buat macam nak letak inti dalam karipap lah kiranya. Orang Kelantan kata “gote biar jadi srupa dale gambar”. Tak tahulah orang luar sebut ‘gote’ itu apa.

Lepas itu boleh lah digoreng. Goreng sampai warnanya betul-betul keemasan..SIAPPP

Nanti boleh lah hidang pada mak dan ayah.. Cewah, anak soleh dah pandai masak. Bukan saja pandai belajar.. Selamat mencuba.


Memasak sendiri lebih baik dari makan di kedai yang tidak kita ketahui bagaimana rupa sebenar tukang masak makanan yang kita makan..

Kan makanan mempengaruhi pembentukkan ibadah kita..

Tiada ulasan:

Entri terkenal