Selama cuti hampir dua bulan, sudah hampir 10 kali atau lebih pihak berkuasa kesihatan tempatan datang ‘menyembur’ nyamuk. Tapi hairan, semakin kerap mereka datang menyembur, semakin teruk penulis diserang nyamuk..
Demam virus A H1N1 sudah semakin berkembang, demam chikungunya pula tidak hilang-hilang.. Demam denggi pula tetibe kembali datang bertandang..
Itu penyakit fizikal yang menular dalam masyarakat kita. Semua orang boleh lihat dan rasai segala perkembangannya.
Penyakit sosial? Sudah lama merebak. Tapi pemimpin seolah-olah tak kesah pun.. Hamil luar nikah, buang bayi, tangkap khalwat, buli, bunuh, berlumba di jalan raya, penipuan sana sini..
Yang lain sikit dari yang di atas, tapi masih dikategori sebagai penyakit sosial: rakyat hidup susah menggunakan jalan mudah dengan mengadu pada TV dan merayu kepada rakyat Malaysia supaya membantu mereka..
Takkan kita tidak rasa apa-apa? Kenapa orang susah mencari tv? Mengapa mereka tidak mencari para pemimpin? Yang sentiasa menjanjikan ‘macam-macam’. Bukankah keadaan seperti ini seolah-olah menunjukkan pemimpin kita sebenarnya tidak perihatin dengan kita sebagai rakyat?
Setiap hari ada saja berita orang susah perlukan pertolongan. Mana orang sepatutnya membantu mereka? Mengapa perlu masuk tv baru mahu tolong?
Yang lebih teruk lagi, jika ‘dia’ turun membantu, stesen tv mestilah menyiarkan ‘jasanya’. Buat baik untuk publisiti? Mengapa? Kerja wajib yang telah diamanahkan pula, diputar belit kepada rakyat jelata kononnya sebagai Ehsannya sebagai pemimpin. Bukankah kebajikan rakyat itu AMANAH kepada para pemimpin? Tidak perlu di umumkan segala ‘jasa’nya seolah-olah pemimpin lain tidak melakukan apa-apa..
Marilah kita renung sejenak.. Kita rakyatnya.. Adakah kita sepertinya juga? Apa yang sepatutnya kita lakukan? Kita bukan orang bodoh yang boleh diperbodohkan. Ayuh, lakukanlah perubahan.. Demi kesejahteraan umat dan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan