Ahad, 21 Jun 2009

Nasib baik! 3

Itulah perangai ‘salesman’. Degil dan tidak berputus asa itu memang bagus. Tapi muka tidak malu dan memaksa itu memang membengangkan. Sudahlah bercakap dengan ton suara yang paling kuat sehingga menyakitkan telinga. Sungguh tidak bersopan santun. Meluru datang sehingga penulis terundur ke belakang.. Bertanya segala maknenek soalan tanpa mengetahui terlebih dahulu dengan siapa dia bercakap. Dan yang lebih teruk berbohong. Di awal ‘perbualan’ mendakwa mahu membuat ‘survey’ tetapi di hujungnya terbuka pekung mahu orang melanggan perkhidmatannya..

Ha seperti biasa. Mari kita sama-sama bedah siasat hikmah kejadian ini. Yang mana bagus, kita tirulah. Yang mana k-o kita jangan tirulah.

  • Pertama sekali berdegil dan tidak berputus asa. Itu bagus. Jika kita gunakan sikap ini dalam usaha kita untuk menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Ia juga bagus untuk kita belajar melakukan ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lain. Tapi tidak bagus jika degil dan tidak putus asa dari ‘tidak mendengar nasihat orang’ yang terang-terang membawa kebaikan untuk kita. Degil dan tidak putus asa juga tidak bagus jika digunakan untuk ‘cari aqal untuk menghalalkan perbuatan salah kita’.
  • Kedua; tidak malu dan memaksa. Ha ini pun sama lah macam degil dan tidak putus asa. Jika tidak malu itu dan memaksa itu di gunakan pada tempat yang betul, memanglah okay. Contohnya bila belajar. Sudah tahu diri tidak faham, bertanyalah. Jangan duduk diam, senyap membatu aje. Tapi kalau kita guna tidak malu dalam hal buat perkara haram, maka itu adalah malu tidak bertempat. Bermaksiat sesuka hati dibumi tuhan adalah contoh tidak malu yang tak sepatutnya.. Manakala memaksa itu pula biasanya memang bersifat negatif. Kadang-kadang aje kita boleh guna sifat macam ni. Ye lah, sesape pun tak suka dipaksa kan? Tapi ramai orang yang perangai dia memaksa. Memaksa kepada perkara baik ok lah. Tapi janganlah kejam sangat. Manakala memaksa kepada perkara tidak baik, sudah tentulah tidak boleh.
  • Baik, seterusnya. Fasal bercakap. Haa ini memang masalah kalau kita ni kekurangan adab. Bukan senang mahu jaga lidah. Penulis sangat faham akan perkara ini.. Masalah bercakap bukan sahaja berbohong, mengeji (kadang-kadang kita tidak sedar kite telah melakukan sesuatu seperti ini), bertanya bertubi-tubi, mengumpat dan paling dahsyat adalah kesaksian palsu.

Haaa, bercakap itu jika digunakan dengan betul, memang dapat baaanyak pahala. Dengan bercakap kita boleh

  • menenangkan hati yang gundah,
  • mengembirakan yang sedih,
  • memudahkan yang susah,
  • menyelesaikan masalah,
  • mengeratkan ukhuwah,
  • menyampaikan ilmu,
  • menyelamatkan yang sesat kembali kepangkal jalan, dan berbagai-bagai lagi.
Tapi AWAS. dengan bercakap juga kita boleh
  • menyusahkan hati orang,
  • menyedihkan yang gembira,
  • menyusahkan yang mudah,
  • menyerabutkan masalah,
  • memecah belahkan ummah,
  • menyampaikan kecelakaan,
  • menyesatkan orang dan berbagai-bagai lagi..

sooo mahu pilih yang mana satu? silakan..

p/s: takutnya dengan penangan lidah. Semoga Allah membantu kita memelihara lidah. Tak nak masuk neraka..

Tiada ulasan:

Entri terkenal