Haa, cuti kali ini banyak betul kenduri kahwin. Tak terpegi penulis. Banyak sungguh, Yang jauh-jauh itu memang sah-sah lah tak boleh pegi. (kena kurung kat umah). Yang dekat-dekat pun berlambak. Penulis mahu ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang yang telah menamatkan zaman bujang dalam cuti kali ini. Maaf sesangat sebab tidak menghadirkan diri.
Kat rumah penulis ini ada satu pengantin yang sangat istimewa. Dia adalah OKU. Cara dia akad nikah adalah pakai isyarat. Macam orang bisu bercakap tulah. Yang bestnya, mereka ini masuk tv beberapa hari yang lepas. Perasan tak? Hmm, susah kot nak perasan kalau tak ‘alert’. Tak delah penting sangat pun.
Yang pentingnya, orang kahwin itu bagus. Sebab mereka ikut sunah nabi. Baguslah ramai yang kahwin. Supaya kurang yang berkhalwat.. Tidaklah banyak kerja orang Jabatan agama untuk membuat lawatan tidak diundang setiap malam..
Perkahwinan itu syariat yang mengangkat martabat manusia sebagai khalifah Allah. Ye lah, tidaklah kita ini jadi serupa macam binatang.
Pernah tengok program tv yang menayangkan tentang budaya haiwan-haiwan liar memastikan kemandirian spesis? Berbagai-bagai gaya haiwan tersebut guna untuk menarik perhatian pasangan. Misalnya, menggunakan bunyi, mengembangkan sayap dan bulu, bergaduh dengan jantan lain, menari-nari, dan berbagai-bagai lagi. Dan betinanya pula memilih jantan yang memenuhi seleranya sahaja.
Haiwan tiada garis panduan bagaimana memilih pasangan. Mana yang ada; itulah yang dicuba sampai dapat.
- Haiwan juga tiada peraturan untuk melahirkan zuriat.
- Haiwan tiada syariat nikah dan cerai. Haiwan tiada semua itu.
- Haiwan juga bebas melakukan mengikut nafsu yang dianugerahkan. Haiwan tiada aqal. Itu haiwan.
- Haiwan tidak dihisab diakhirat kelak.
- Haiwan dicipta untuk manusia.
- Haiwan dicipta supaya manusia dapat melihat kekuasaan Allah. Ia juga diwujudkan supaya manusia berfikir, supaya bertambah keimanan..
Kita manusia ada tugas dan tanggungjawab. Kita dicipta Allah untuk beribadah kepadaNya. Kita dicipta dengan peraturan dan undang-undang.
Adakah kita seperti binatang? Sudah tentu tidak.. Maka marilah kita patuhi peraturan dan syariat Allah. Kerana kita bukanlah binatang yang tidak mempunyai apa-apa peraturan. Syariat Allah mengatakan, kita tidak boleh bergaul bebas dikalangan lelaki dan perempuan, ayuh kita usaha.. Semoga Allah kira ia sebagai amal soleh. Syariat Allah kata, jika suka dan berkenan, berkahwinlah. Carilah jalan untuk berkahwin dan mendapatkan keredhaan Allah.. Haa, berkahwin untuk keredhaan Allah. Perkahwinan adalah ibadah seumur hidup..
Renung kejap: Jika mahu buat ibadah beberapa minit pun sudah malas, apatah lagi perkahwinan. Ibadah seumur hidop ooo..
Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab. Bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Allah mengetahui keperluan kita. Kerana itu Allah mensyariatkan perkahwinan..
Satu lagi isu yang sangat hangat dan tidak pernah sejuk.. Orang yang sudah dikira berumur tetapi tidak berkahwin. Janganlah kita menuduhnya yang bukan-bukan. Kerana dalam menghadapi isu ini, perkara pokok yang kita perlu fahami adalah; JODOH itu ketentuan Allah. Seperti juga, nyawa dan rezeki kita. Adakah kita ketahui bilakah tarikh kematian kita? Atau berapa banyak lagi rezeki yang masih kita ada untuk terus hidup dibumi ini? hAaa.. jodoh pun sama juga. Jika kita sendiri pun tidak tahu ada atau tidak jodoh kita, masakan kita tahu jodoh orang lain..
Oklah, apa pun, yang belum berkahwin, jom kita doa Allah berikan yang terbaik untuk kita dan yang sudah berkahwin berdoalah semoga perkahwinan itu berkekalan. Dan doa untuk mendapat keturunan yang soleh, kita semua kena doa. Tidak kira sudah kahwin atau tidak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan