Hari jumaat lepas-lepas, (entah dah berapa kali lepas dah) adalah hari terakhir penulis menyelesaikan tugas sebagai pelajar farmasi di sebuah kedai farmasi, Nature Care. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang dipelajari semasa berada di kedai tersebut. Nak tahu apa cerita nya. Nanti bila dah siap tulis, penulis akan masukkan dalam blog untuk dikongsi. Tapi bukan di sini. (Di blog satu lagi)..
Ada sesuatu yang ‘membengangkan’ telah berlaku. Nak tahu tak apekebenda? Okay, ni nak ceritalah.
Sedang penulis berdiri, sibuk-sibuk membuat catatan (apa-apa yang patut), sambil melayan pelanggan yang datang, tiba-tiba..
Masuklah tiga lembaga manusia. Dua lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiga mereka mungkin berbangsa India (dari rupa paras dan penampilan). Sungguh kemas mereka berpakaian. Dengan penuh keyakinan, mereka masuk ke dalam kedai. Ketika mereka masuk ke dalam kedai, ada beberapa pelanggan dan ‘supplier’ sedang berbaris menunggu giliran masing-masing.
Sebaik sahaja masuk terus saja salah seorang dari mereka mara kepada penulis dan berkata
“kak,kak, saya ada sikit soalan nak tanya kak”.
Penulis hanya berdiam diri dan melihat kepelikan orang tersebut.
“Takpa kak, saya Cuma nak buat survey”.
Aiseh? nak buat survey apelah pulak. Bisik penulis dalam hati. Sudahlah penulis berada dikedai itu hanya sebagai pelajar. Pekebenda dia nak survey ni? Penulis masih tidak menjawab dan berpusing memandang ke arah ahli farmasi yang ada di sebelah (agak jauh sedikit). Kemudian, si pembantu farmasi pun seolah-olah memberi arahan (dengan nada menyampah campur bengang),
“jawab jelah”.
Penulis pun layanlah soalan-soalan ‘survey’ lelaki tersebut. Tahu tak apa yang di survey? Antara soalan yang penulis ingat:
kak guna talifon line apa? 013 ke 012 ke 014 ke 019 ke 017 ke 016 ke.. Maksud saya kak ni guna line mana satu?
Penulis pun menjawab: Celcom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan