Khamis, 25 Jun 2009

Tambah ibadah, hidup meriah

Macam mane tu ye? banyak ibadah dan hidup meriah. Siapa cakap beribadah tidak boleh jadi gembira? Siapa kata orang Islam tiada hiburan? Ingat nasyid dan lagu-lagu sahaja yang boleh memeriahkan hidup?

Meriah itu maksudnya kegembiraan. La? tidak percaya maksud meriah itu gembira? Okaylah jika tidak percaya, bukalah kamus. Nanti percayalah..

Tahu tak sebenarnya ibadah itu lah hiburan orang beriman. Kan maksud ibadah itu luas. Apa sahaja perbuatan yang selaras dengan syara’ dan diniatkan kerana Allah itu adalah ibadah. Jadi, segala yang kita lakukan boleh jadi ibadah. Dan dengan ibadah, kita boleh hidup meriah.

Ada orang kata: Alaa takkan laa tak boleh dengar nasyid lansung? Susahla saya..

Ada juga orang kata: Saya bukannya baik sangat nak rasa meriah dengan ibadah..

Selain itu ada juga orang kata: EH? Ibadah pun hiburan?


Ha? Macam mana ni? Hiburan itu ibadah ke ibadah itu hiburan? Sudaaahhh, penin dah la tu..

Senang aje. Dua-dua betul. Tak salah dengar nasyid.Dan tidak salah terhibur dengan nasyid. Tapi lagi baik kalau dengar ayat Quran. Dan lagi bagus kalau terhibur dengan ayat Quran dan solat.

Boleh aje dengar nasyid. Dengar perkataan yang baik-baik supaya ingat pada Allah, maka itu pun ibadah. Tapi kalau dengar ayat Quran, lagi best. Bukan sahaja dapat mengingati Allah, tapi dapat jugak berlatih menghafal kalam Tuhan. Haa, itu kelebihan yang didapati kalau kita suka dengar bacaan ayat Quran berbanding nasyid. So, ingat.. dengar nasyid tidak salah.. tapi kalau dengar ayat Quran lagi meriah..

Meriah kan maksudnya gembira. Mestilah gembira dengar bacaan ayat Quran. Sudahlah seolah-olah mendengar Allah ‘bercakap’ dengan kita, dapat pulak berlatih menghafal, nanti boleh jadi syafaat di akhirat kelak.. Haaa kan meriaaahh gitu.

Oleh itu, mari kita tukar persepsi dari persepsi

alaaa, tak meriah lah hidup tak de muzik dan hiburan..

kepada persepsi


hidup yang penuh dengan ibadah adalah hiburan hakiki dan berkekalan sampai hari Qiamat..

Okay, selamat beribadah dan semoga hidup kawan-kawan sentiasa meriah..

Tiada ulasan:

Entri terkenal