Sebenarnya penulis pun tak tahu kenapa kebelakangan ni penulis jumpa ramai sangat perokok di sekeliling tempat penulis tinggal ni. Semenjak tinggal dalam IPT dan semenjak kerajaan buat penguatkuasaan merokok dilarang di kawasan IPT, memang susah dah nak nampak orang merokok. Tapi sekarang macam dah makin ada balik.
Kotak rokok merata-rata orang buang. Macam-macam jenis, kecik dan besar. Putung rokok pun banyak terpenyet kat tepi-tepi jalan. Kadang-kadang tu, jalan kat tangga-tangga yang tersorok sikit, mesti jumpa kotak rokok, paling tidak pun putung rokok mesti ada satu dua. Pernah jugak penulis jalan-jalan kat tangga yang agak tertutup, bau rokok kuat betul. Ya Allah sakitnya kepala bau rokok. Nak tahan nafas pun tak boleh sangat..
Hai rakyat Malaysia tak pun penduduk Malaysia,
Adakah kalian ketahui terdapat satu Undang-Undang yang bernama:
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004
??? Tahu tak? Ha jika dan sekiranya tidak tahu inilah penulis nak bagi tahu. Ada macam-macam ‘cerita’ dalam undang-undang tu. Yang nak dimasukkan dalam blog ini adalah; Kawasan Larangan Merokok dalam Subperaturan 11(1). Ha apa dia agak-agak? Itu lah dia senarai tempat larangan merokok.
- Pusat hiburan dan teater,
- Hospital atau klinik,
- Lif dan tandas awam,
- tempat makan atau kedai berhawa dingin,
- Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam,
- lapangan terbang,
- premis kerajaan,
- Kawasan perhimpunan,
- Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi,
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak,
- Bas sekolah,
- Kaunter perkhidmatan dalam bangunan,
- Kompleks membeli belah,
- Stesen minyak,
- Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium,
- bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan,
- perpustakaan,
- kafe internet,
- Pusat Latihan Khidmat negara dan mana-mana bangunan yang diwartakan di bawah peraturan 22 (tak tahulah bangunan apa).
Kesimpulannya, hampir semua tempat dah tak di benarkan merokok. Jadi tak usahlah merokok dah. Menyusahkan diri sendiri aje. Kesimpulan kedua, kalau kita jumpa ada orang merokok kat tempat macam ni, kita boleh saman mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan