Ahad, 31 Januari 2010

Pena 8

Pecahan kedua surah Al-Qalam menceritakan mengenai Kisah Tuan-tuan Kebun. Kisah ini menunjukkan AKIBAT perbuatan bongkak terhadap nikmat, kedekut dan menceroboh hak orang lain..

Kisahnya begini (penulis cerita ikut gaya penulis lah ye):

Ada sebuah kebun dimiliki seorang soleh. Selalu bersedekah. Tapi pewarisnya tak macam tu. MEreka berpakat pada satu malam untuk tidak memberi zakat. Tidurlah mereka pada malam itu dan jengjejeng!!!. Datanglah sesuatu dari Allah. Tahu apakah benda itu? Tak tahu jugak. CUma Allah cakap:

19-Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana daripada TUhanmu pada malam hari sedang mereka semua sedang tidur.
20-Lalu menjadilah ia kebun yang telah binasa semua buahnya.

Bangunlah (mereka tadi) dipagi hari untuk melaksanakan segala niat mereka.. Dengan kepercayaan mereka akan berjaya dalam perancangan mereka (untuk tidak memberi kepada orang miskin). Tetapi sebaik sahaja melihat kebun mereka, mereka berkata:

26-...sesungguhnya kita tersesat jalan.

TErkejutlah tu kan?..

Tetapi kemudian mereka kembali pasti:

27- (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata 'tidak kita tidak sesat). BAhkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri).

Haa, terjemahan ayat Quran yang betul-betul dalam ayat 22 ni cuma yang diluar kurungan tu. Yang dalam kurungan tu adalah yang ulama dah tafsir.

Nak cakapnya, mereka tahu lah bahawasanya mereka telah dihukum! Tampillah yang paling soleh, adil dan beraqal dikalangan mereka:

28- Berkatalah orang yang bersikap adil diantara mereka: Bukankah aku telah katakan kepada kamu semasa kamu hendak menghampakan orang miskin dari habuannya, elok kiranya kamu mengingati Allah serta membatalakan rancangan jahat kamu itu?

Dan sekarang barulah mereka mahu mendengar nasihat setelah terlambat:

29- Mereke berkata dengan sesalnya: Maha Suci TUhan kami, sesungguhnya kami adalah orang yang berlaku zalim!

Seperti biasa setiap orang berkongsi sesuatu akan berlepas diri daripada perkongsian ketika mendapat akibat yang buruk. Setiap orang akan menghalakan celaan kepada yang lain. Itulah yang mereka telah lakukan:

30- Kemudian setengahnya mengadap setengah yang lain sambil mencela-cela

Dan akhirnya mereka menerima:

31-Mereka berkata: Celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
32-Semoga Tuhan kita menggantikan kita dengan yang lebih baik dari kebun yang telah dibinasakan itu. Sesungguhnya kepada Tuhan sahaja kita berharap.

Tertutuplah kisah ini dengan satu komentar

33-Demikianlah azab seksa (yang telah Kami timpakan kepada golongan ingkar didunia) dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat)..

YA Allah takut sungguh mendengar ancaman yang dijanjikan untuk orang yang ingkar.. Adakah kita masih rasa mahu berbuat sesuatu mengikut rasa hati? Tanpa mempertimbangkan suruhan dan larangan Allah???

Jumaat, 29 Januari 2010

Pernah dengar

Beradab sopan sesama kita,
Beramal soleh juga bertaqwa,
tiada lagi yang lebih berharga,
Dari mendapat kasih, kasih sayang-Nya.

Tidak rugi kita berakhlaq mulia,
Malah Allah lebih-lebih lagi suka,
Beradap sopan kita sentiasa,
Mari bersama mengamalkannya.

Terhadap Allah beradap kita,
Moga mendapat keredaan-Nya,
Sesama insan jangan diabaikan,
Agar tercetus kasih dan sayang,

Dengar selalu pesanan ibu,
Perhatikan pula nasihat ayah,
Agar beroleh berkat hidupmu,
Didunia dan diakhirat sana..

Cewah! jiwang berkilat pula ayat-ayat di atas itu kan? Mustilah sebab itu bukan penulis yang karang. Itu nasyid masa penulis kecik-kecik dulu. Dalam dan mulia mesej yang tersurat dalam nasyid ini. Sudah tidak perlu penulis hurai. Cuma dalam banyak-banyak ayat yang jiwang itu, ada satu sahaja penulis mahu ulang tulis kembali:

TERHADAP ALLAH BERADAB KITA, MOGA MENDAPAT KEREDHAAN-NYA

Rabu, 27 Januari 2010

Lihat ini

“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas serta doa yang tidak dimakbulkan”

HR Ibnu Majah

Isnin, 25 Januari 2010

Selamat maju jaya

YA..masa untuk mengupdate blog telah tibe.. hehe.. Jangan pening dengan si nakal itu.
Masa untuk melupakan segalanya.
Dan masa untuk mengingati segalanya jugak.

Sakit hati, geram, tak puas hati..kantoii? -lupakan jelah. Maafkan lagi bahagia hidup.

Suka? gembira.. senang hati.. Alhamdulillah.
HANYA dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.
laaa.. terbalik lagi gambar. Biarlah malas nak betulkan. Ada gambar pun ok dah kan.. nah?
Yang bercuti tu.. tolong-tolong mk buat keje ye.. Musti tahu la diri itu telah ditujukan oleh saya.. Kuih-kuih-kuih (oh, ini cara suka yang baru dan lebih sopan dari hahahaha)..

Sabtu, 9 Januari 2010

Pena! 7

Perasan tak ayat 13 cakap "Yang jahat kejam yang selain itu tidak tentu pula bapanya"???

Tahu tak apa yang menarik dengan ayat ini? Sebenarnya kalau kawan-kawan tengok ayat ini; perkataan

-jahat kejam-


itu menunjukkan betapa teruk yang amat si pendusta dan musuh Allah. Itu dah terjemah. Perkataannya arab nya 'utullin itu maksudnya orangnya kasar, tidak berperasaan, kuat makan dan minum, tamak haloba serta bakhil..Keras wataknya, busuk hatinya dan buruk pergaulannya.. DAhsyat tak? FUh.. tak tahulah kalau ada orang cakap tak dahsyat lagi..

Tengok? Teruk habes musuh Allah kena kutuk dalam Quran. Ada rasa nak jadi musuh Allah lagi ke? Opss brutal pulak cakap.. Tapi nak buat cane.. Dah kalau nak banding dengan 'kebrutalan' manusia itu menghalang kerja dakwah Rasulullah itu? Ha fikir-fikir lah ye..

Kadang-kadang kita takut nak bagi tahu orang lain, ada ayat Quran macam ni kan? Tahu tak, ayat Quran turun bukannya hanya sebagai berita gembira untuk orang mukmin.. Ia jugak ancaman buat orang kafir.. Inilah antara contohnya. Kita mesti terima hakikat ini.

Orait sambung balik. Bukan sahaja jahat dan kejam yang Allah sebut. Ada satu lagi yang disebut dihujung ayat 13 ni. "Tidak tentu pula bapanya".. Ha perasan pape tak?? Ini jugak merupakan salah satu sifat musuh Islam. Faham tak?

Maksudnya, dia adalah pendatang dalam sesuatu kaum (keturunannya boleh dipertikaikan).. Sebelum ni, penulis pernah dengar kuliah subuh Ust zahazan dalam radio IKIM.. USt cakap, bila al-walid dengar ayat ni turun, terus dia cari 'ayah' dia dan bertanya tentang keturunan dia.. Barulah dia tahu bahawa selama ini dirinya (al-walid) bukanlah anak dari 'bapa' yang dia ada itu.. 'Ayah' dia punya simpan rahsia, tapi Allah dah pecahkan rahsia tu! ha kan?? DAH lah kena kutukan dahsyat, siap bocor rahsia yang dia tak pernah terfikir pun selama ini..

Akhir sekali, apa-apa pun Allah nak cakap pada kita anak-anak yang ramai, harta yang banyak itu BUKANLAH KEMULIAAN!.. Ia hanyalah ujian. JAdikanlah iktibar dalam sirah Nabi ini, bagaimana seorang yang telah diuji dengan Allah dua perkara ini telah terpedaya dengannya..

alangkah hinanya MUSUH ALLAH!

16-Orang yang demikian akan didedahkan kehinaannya, Kami akan adakan tanda di atas hidungnya yang berupa belalai itu.

bersambung

Khamis, 7 Januari 2010

Pena! 6

Amacam? Dah jupe ke jawapan nya? Tahu dah mesti tak de sape nak teka pon.

Jawapannya
Al-Walid bin al-Mughirah.

Tapi ade jugak yang cakap al-khannas bin Syariq. Sebab dua-dua ni sangatlah terselah 'ketokohan' mereka dalam memusuhi Rasulullah. Ia membuktikan busuknya hati, rosaknya jiwa dan lansung tidak menyimpan sebarang kebaikan pada mereka ini.

Ade banyak sifat tercela yang Allah senaraikan:

  • Pendusta -al-walid ini sebenarnya dah nampak betapa kebenaran Rasulullah, tapi kerana kesombongannya, dia tidak menerima bukti kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
  • banyak bersumpah -tidaklah banyak bersumpah kecuali orang yang suka berdusta. Ini yang nak bagitau kawan-kawan. Jangan suka sangat bersumpah dalam kehidupan seharian. Bersumpah petanda kita ini banyak berdusta. Bersumpah dalam mahkamah tu lainlah. Itu memang keperluan.
  • banyak mencela -tak payah hurailah kan? dah memang ob-bius pun tak elok.
  • membawa fitnah -Kalau dah semua orang tahu seseorang itu baik, kita aje yang cakap dia tu tak betul, sewel dan lain-lain.. maka itu menunjukkan kita ini memanglah pembawa fitnah ye tak? FAham tak ni? Dalam kes al-Walid ni, kan Rasulullah itu sudah diketahui semua orang Makkah, seorang yang bercakap benar dan bijak.. Tapi dia kata Rasulullah itu gila.. LOJIK ke??? Itulah orang kafir..Semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh Allah
  • seorang hina, tidak tahu menghormati diri sendiri dan orang lain pun tidak akan menghormatinya
  • suka menghasut -dah kalau asik-asik sebar cerita pelik-pelik fasal Rasulullah pada orang lain yang tak kenal Rasulullah, tak ke nama nye menghasut? Kalaulah kita tahu menghormati orang lain, tidakkah kita tak suka nak cakap sesuatu yang tak elok fasal orang lain? Apa lagi kalau cerita itu hanyalah pendustaan semata-mata..
  • mencegah kebaikan -tak nak kasi orang beriman itu bukan satu sikap yang baikkan? Tapi itulah yang al-Walid buat..Nauzubillah. Jangan lah kita menjadi orang yang menegah orang lain berbuat baik dijalan Allah..
  • melampaui batas -tak tahu dah nak cakap apa.. Tapi perkataan melampau itu dah cukup menunjukkan kedahsyatan al-Walid menghalang dakwah Rasul s.a.w; betul tak?
  • amat berdosa -setelah pelbagai kesalahan diatas; tidakkah itu dikatakan amat berdosa????
To be continued

Isnin, 4 Januari 2010

Pena! 5

10-Dan jangan kamu berkisar pendirianmu yang benar dan jangan menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah lagi yang hina pendapat dan amalannya

11-Yang suka mencaci lagi suka menyebarkan fitnah hasutan memecah belahkan orang ramai

12-Yang sering menghalangi amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi amat berdosa

13-Yang jahat kejam yang selain itu tidak tentu pula bapanya

14-Adakah kerana dia seorang hartawan dan ramai anak pinaknya maka dia mendustakan agama Kami?

15-Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, dia berkata "Inilah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala.

16-Orang yang demikian akan didedahkan kehinaannya, Kami akan adakan tanda di atas hidungnya yang berupa belalai itu.
HIasan

Mengikut tafsir yang dah dihurai ulama', ayat 10 hingga 16 ni sedang bercerita tentang seseorang, tahu tak sape? Jeng-jeng.. Teka lah dulu. Penulis kasi peluang untuk kawan-kawan teka. Nanti lepas 3 hari penulis akan sambung..

Sabtu, 2 Januari 2010

Pena! 4

Selepas pujian yang mulia buat Nabi Muhammad daripada Allah s.w.t, Allah menenangkan hati baginda s.a.w tentang masa depan baginda menghadapi orang musyrik..

5- Maka tidak lama lagi kamu akan lihat dan mereka juga akan melihat 6- Siapakah orangnya yang akan gila diantara kamu semua 7- Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang mengetahui orang yang akan sesat dari jalan-Nya 8- dan Dia jualah yang mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk

Dalam masa yang sama, Allah juga membongkar rahsia orang musyrik.. Macam kita jugaklah, bila kena kutuk macam-macam dengan musuh-musuh Islam secara terang-terangan atau sembunyi, kita mesti mengharapkan pembelaan sepatutnya.. kan?kan? Jadi macam nilah Allah kuatkan Rasulullah untuk menghadapi cabaran dakwah. Ayat QUran yang bernada pujukan buat Nabi Muhammad di beri nama 'ayat Tasliah'. Tapi penulis tak pasti, ini ayat tasliah ke tak. Jika dilihat dari segi isi kandungannya memang kebanyakkan ayat dalam surah Qalam ini berbentuk 'tasliah'; memujuk Nabi Muhammad s.a.w.

Dari sudut yang lain, ayat ini juga merupakan ancaman kepada sesiapa yang menentang dakwah baginda s.a.w. Jadi boleh lah kita cakap ayat ini menenangkan Nabi s.a.w tetapi menakutkan musuh Islam.
Hiasan saja kerana ada orang suruh letak

Oleh itu berpegang teguh lah pada ajaran islam yang kamu amalkan dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang mendustakan ayat Allah.

Kemudian Allah cerita lagi dalam surah al-Qalam ini tentang hakikat orang musyrik:

9- Janganlah kamu menurut kemahuan orang yang mendustakan agama Allah.
Mereka suka kalaulah kamu bertolak ansur menurut kemahuan mereka supaya lemah lembut pada zahirnya terhadapmu.

Apakah hakikat orang musyrik dalam 2 ayat ini? Mengikut apa yang telah di tafsirkan ulama', ia adalah sikap tawar menawar dalam perkara aqidah seperti mereka tawar menawar dalam perniagaan. Pelik kan tu? Tapi itulah yang berlaku pada orang musyrikin Quraisy..

Zaman Rasulullah dulu, orang Quraisy tawar Rasulullah kuasa, pangkat, harta, wanita supaya Rasulullah tinggalkan dakwah kepada Allah.. Macam orang british tipu Sultan Malaysia dululah.. sampai Residen jadi lebih berkuasa dari sultan. (Isk-isk kalau teringat sejarah Kesultanan Melayu ni, memang boleh rasa bengang).

sama je taktik yang dipakai musuh Islam untuk hancurkan kita: tawar menawar. Bezanya, Rasulullah tak tertipu dengan tawaran mereka. Tengok? Ingat senang nak jadi macam Rasulullah? Macam-macam cubaan kena tempuh untuk menyebarkan dakwah. Mesti tetap pendirian. Tak boleh dipengaruhi orang lain. Kita mesti yakin dengan ajaran Islam yang kita bawak.

Kata pakcik-pakcik, senior ikhwah dalam dakwah
'DAei adalah peniaga. Peniaga mesti yakin dengan bisnesnya. Bisnes para daei adalah dakwah'

Ini penulis tambah:
Bila dah yakin dengan bisnes sendiri, takkanlah nak tertipu dengan tawar menawar orang lain supaya kita tidak menjual barang kita?? Huh. Harap kita tidak tertipu dengan sesiapa pun. Insya Allah.

Orang kafir ni, mula-mula tawar menawar lah. Pastu kalau kita tak layan, dia pakai cara kasar pulak. Kalau tak caya tengoklah macam mana orang Islam diperingkat awal diseksa.

  • Bilal kena letak batu atas dada,
  • Mus'ab tak boleh makan, kena rantai kat rumah,
  • Yasir dan Sumayyah kena bunuh, Ammar kena pukul sampai tak sedar diri,
  • Zinnirah kena seksa sampai buta (tapi Allah kembalika penglihatannya), Abu Bakr pun kena ancam,
  • kalau tak salah Uthman bin affan pun tak terkecuali terkena penangan orang kafir QUraisy..
Dan banyaklah lagi kisah-kisah seksaan terhadap umat Islam peringkat awal dakwah Islam.

Agak-agaklah, kalau kita hidup zaman mereka sanggupkah kita mempertahankan Islam pada diri kita sebagaimana mereka? Sebelum nak mempertahankan Islam zaman tersebut, mestilah kena percaya dengan Rasulullah dulu.

Agak-agaknya, nak ke kita percaya pada Nabi Muhammad jika kita hidup pada masa itu? Ha fikir-fikir lah..

Jangan asyik fikir nak menikmati kesedapan hidup dizaman sekarang aje.. Semuanya nak selesa, cepat dan berkesan.. Kadang-kadang kita ni cepat sangat terlupa nikmat Allah. Nikmat IMAN dan ISLAM. Besar tau nikmat IMAN dan ISLAM. Tapi tak pernah kita hargai. KAlau orang buat baik pada kita, cepat je kita cakap terima kasih, tanda penghargaan. Tapi dengan Allah??

Aiseh dah jauh dah bercerita ni. K, mesti berhenti dulu.. Nanti sambung esok lusa pulak.

Entri terkenal