Sebenarnya penulis nak ngulas fasal sejarah yang kita belajar kat sekolah dulu-dulu. Sekarang tak pastilah macam mana. Tapi rasanya sama je kot. (Putar belit dan telah diadaptasi mengikut bayangan dan tahap kreativiti penulis sejarah barat).
Tahu tak, dulu penulis meluat sangat nak belajar sejarah. Benci nian lah. Tak tahan dah rasa nyampah. TAhu sampai jadi apa? Kalau soalan periksa keluar, penulis tak jawap ikut yang ada dalam buku teks yang kementerian buat tu. Penulis sanggup dapat karipap. HUruf D la. Gred D. Penulis jawap ikut pengetahuan sejarah yang sepatutnya. Apa sepatutnya cerita tersebut jadi. BUkan macam yang tercatat dalam buku teks.. Kecuali masa SPM je penulis terpaksa jawap ikut buku teks. NAnti fail SPM kan jadi masalah negara pulak..
Putar belit sejarah sebenarnya bukan sahaja terjadi pada sejarah negara kita tauuu.. Termasuk jugak sejarah kedatangan Islam, cerita laksamana Cheng Ho, dan lebih dahsyat lagi, fakta sejarah fasal sahabat Nabi pun orang putar belitkan.. Yelah cerita Mua'wiyyah dan Ali tu.. Fasal Abu Musa dan Amr Al-As. Peristiwa tahkim tulah. Takkan tak ingat kot. Itu satu je cerita dari banyak-banyak..
Nak bagi kawan-kawan nampak lebih dahsyat lagi. Anak Abu BAkr yang bernama Muhammad bin Abu BAkr pun kena fitnah bunuh Uthman. Dahsyat tak? Haa, memang dahsyat ler kawan-kawan oiii.
Dulu penulis tak tahu rupanya itu putar belit ahli sejarah dan para pendusta sejarah. Betapa peningnya penulis baca buku sirah. Kenapalah sahabat Nabi bergaduh sakan. MAcam tak pernah jumpa Nabi gayanya.. Sekarang barulah tahu.. Ada pemutar belit rupanya.
Perasan tak betapa buruknya Muawiyyah dalam buku sejarah SPM dulu? Huh, penulis memang tak boleh terima lansung cerita peristiwa tahkim yang tercatat di dalamnya. Ade ke Abu Musa dengan Amr Al-As bergaduh dengan cara tipu menipu? Lebih teruk lagi cakap Ali laknat Muawiyyah, Muawiyyah laknat Ali??. Astaghfirullah.. Memanglah dahsyat sangat buku sejarah kita tu..
Rasanya sekarang sejarah ini dah dikeluarkan dari silibus SPM. Sebab apa.. Mungkin kawan-kawan boleh agak sebab apa. Yang penting bukan sebab palsunya fakta dalam cerita tersebut.
KAwan-kawan tahu betapa mulianya Muawiyyah disisi Rasulullah?
Kawan-kawan boleh rujuk hadith sahih Bukhari. tapi tak ingatlah nombor berapa.
Antara isi kandungan hadith tu:
"Tentera pertama dikalangan umat ku yang berperang dilaut wajiblah bagi mereka itu syurga"
"Tentera yang pertama dikalangan umat ku yang memerangi bandar KAisar (Caesara) diampunkan dosa mereka."
"Tentera yang pertama dikalangan umat ku yang memerangi bandar KAisar (Caesara) diampunkan dosa mereka."
Orang yang dimaksudkan dalam hadith ni rupanya Muawiyyah dan anaknya Yazid.. Ini hadith Nabi. Memang pangkatnya tak diragui lagi. SAHIH. Kalau dah Nabi jamin macam ni pada Muawiyyah dan Yazid, betul kah segala sejarah yang kita belajar mengenai mereka berdua ini? Yang mengambarkan betapa mereka ini sangat gila kuasa dan harta?? Huh.. Memang bercanggah sekali.
Jadi lepas ni, kawan-kawan jadilah orang yang celik sejarah ye. Jangan ditipu oleh penipu-penipu fakta sejarah.. DAn yang paling penting sekali. Betapa berjayanya pemutar belit sejarah ini dalam memburukkan sahabat Rasulullah (especially Muawiyyah dan Yazid -dalam tulisan penulis ni lah, ramai lagi sahabat lain yang difitnah sebenarnya)... Kita tengoklah berapa ramai orang letak nama anak dia Abu BAkr, Umar, Usman, Ali berbanding Muawiyyah dan Yazid. Padahal Muawiyyah dan Yazid pun sahabat Nabi jugak..
Hehe, jadi saranan sampingan penulis adalah.. Letak la nama anak-anak dengan nama Muawiyyah dan Yazid pulak lepas ni.. (Kalau tak tahu nak letak nama apa laa)..