Khamis, 20 Mei 2010

Mendamaikan dua saudara yang bermusuhan

“Sesungguhnya rahmat Allah tidak akan turun dalam kalangan mereka yang memutuskan silaturahim"

“...Sesungguhnya mendamaikan antara dua saudara adalah sedeqah..”

(Al-Hadith)



Tazkirah aidilfitri 1429 ada suatu nilai yang besar. Walaupun pada mulanya kecewa melihatkan khatib adalah orang biasa-biasa sahaja.

“Ala pakcik ni pulak bagi khutbah raya”. Harapkan seseorang yang lebih baik dan hebat.. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang hamba-Nya perlukan..

Sesiapa yang merasakan dirinya sedang melakukan sesuatu yang seumpama dengannya.. Ayuh berbuatlah sesuatu agar amal soleh kita tidak tersangkut.

Jika kita bukan dalam kalangan yang memutuskan silaturahim, tetapi mengetahui ada insan-insan yang mempunyai masalah ini, maka bantulah mereka untuk berbaik semula. Jangan kita pula yang menjadi kayu api perbalahan mereka.

Kadang-kadang Allah meletakkan kita dalam situasi yang mana kita boleh memilih sama ada mahu memulihkan perhubungan dua pihak atau menjahanamkan hubungan yang sedia tidak mesra antara mereka.

Dan kadang-kadang juga, kita bimbang untuk medamaikan dua saudara kerana dengan baiknya mereka berdua, kita akan ‘tersingkir’ dari ‘persahabatan’ yang telah terbina kerana pergaduhan dan kerenggangan mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari situasi seperti ini.

Ingatlah, kita bersahabat dan berkawan kerana Allah. Jika kita tidak memerlukan mana-mana manusia di dunia ini, tidak perlulah Allah menurunkan pelbagai syariat dan suruhan menyuruh kita berlaku baik sesama manusia dan tolong-menolong.

Selamat berdamai dan memaafkan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal