Isnin, 7 Jun 2010

Hangat-hangat tahi DOT-DOT

Saja guna tajuk gitu. Kalau nak tulis yang biasa punya rasa macam terlalu tidak bersopan santun pulak. Selalukan kita tengok orang lumba-lumba nak buat baik? Yang menarik tu, buat baik ikut musim.
  • Musim sedeqah, semua pakat sedeqah. 
  • Musim solat kat masjid, semua pakat berkunjung ke masjid. 
  • Musim dengar tazkirah, semua pakat jadi insaf. 
  • Musim kena banyak program ibadah dan tarbiyyah, jadi rajin baca Quran etc. 
Habis je musim, habis lah segala ibadah dan amal soleh yang bermusim..

Bukan nak perli sesape. Tapi nak ingatkan diri sendiri. Kita ni kekadang nak buat baik, kena ada boster lah, kena ada pelonjaklah, kena ada contohlah.. Macam-macam kita ‘demand’ sebelum nak buat amal baik.

Tapi kalau nak buat amal tak baik, takde pulak kita bising-bising nakkan idola ke, nakkan sesiapa untuk dijadikan contoh ikutan ke.. Dengan konfidennya, kita ngumpat dan menggosip orang lain. Dengan beraninya kita kutuk-kutuk orang lain. Siap takde rasa bersalah pun bila kita solat lambat. Itu belum dosa-dosa yang mana kita lansung-tak-perasan-dah-terbuat.

~sedapnye lah bercakap, sekarang penulis ingat, penulis ingatkan orang lupa. Nanti orang ingat, penulis lupa, orang pulak ingatkan. Barulah jadi, nasihat menasihati~

Sekali orang tegur, berazamlah nak jadi baik. Buat tiga kali, dah mula rasa bosan. Payahnya lah nak konsisten dengan benda tak biasa ni.. Orang lain pun dah tak kata apa. Takpelah, berentilah buat.. Jadilah kita hangat-hangat air panas. Kejap je buat baik, kemudian kembali ke bentuk asal. Kalau bentuk asal kita tu memang dah ok dan mengikut perintah Allah lain lah cerita.

Itulah pentingnya niat kita berbuat kebaikan. Kita melakukan kebaikan bukan kerana orang tegur, bukan kerana orang suruh tapi kerana kesedaran dan keimanan kita pada Allah. Allah suka pada hamba-Nya yang mendekatkan diri pada-Nya. Barulah kita tak terpengaruh dengan kata-kata orang.

Orang bagi motivasi; kita semangat, 
orang bagi kutukan; kita hilang semangat, 
orang buat tak kesah; kita pun buat tak kesah.

Orang yang tahu alasan setiap perbuatannya pasti tidak akan terpengaruh dengan sindiran dan perlian manusia sekelilingnya. Praktikalnya, manusia sekeliling kita memang akan sentiasa memerli dan menyindir kita (lagi-lagilah kalau dulunya kita ini terkenal dengan kenakalan kita). Dan itulah masa yang sangat sesuai untuk kita buktikan bagaimana kita menggunakan nikmat pendengaran pemberian Allah.

Nasihat penulis pada diri sendiri dan kawan-kawan yang ada pengalaman yang sama, sabarlah kerana rahmat Allah itu luas. Sabarlah kerana ejekan manusia pada kita akan 'menganugerahkan'kan kita pahala. Yang penting jangan putus asa nak buat baik.

Kalau malas, mintak doa pada Allah supaya jauhkan dari rasa itu.
kalau tak larat, berhenti sekejap, kumpul tenaga, lepas tu sambung.
Kalau bosan, selang seli dengan amal baik lain.

Yang penting jangan putus asa. Usaha, usaha dan terus usaha.. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. baiii

Tiada ulasan:

Entri terkenal